MAKAN CHICKEN CHOP RM3 DAN MINUM TEH O BENG 50SEN BERSAMA ANAK JIRAN

akuainkausiapa

MAKAN CHICKEN CHOP RM3 DAN MINUM TEH O BENG 50SEN BERSAMA ANAK JIRAN

Sepetang diluangkan bersama anak jiranku yang bernama Asyira. A simple meet up tapi ianya memberi kenangan terindah untuk aku ceritakan di diari online ku ini. Permulaannya kami hanya berjalan kaki di sekitar kawasan perumahan aku memandangkan aku nak kembali aktif. Langkah pertama ialah perbanyakkan jumlah step harian la kan. Kalau nak dapat 10,000 langkah sehari kena la sepanjang hari tu aktif bergerak sana sini.Tak boleh duduk ngadap telefon je. Kihkihkih.

Ini kalau asyik duduk je mana tak gemuk! Hahaha. So, aku ajak ler si Syira ni berjalan keliling kawasan rumah. Dia sedap ler naik basikal. Aku ni naik kaki. Lepastu dia cakap , “a few hours later”. Kuang asam betul! Memula niat nak berjalan je sekali Syira ni cakap jomla kita belanja kak Ain.

Ni ibu bagi duit, ibu cakap 10hinggit belanja kak Ain kena habiskan. Jomlah pegi kedai depan! Kah! Aku pulak memang tengah lapar weh. Gila betul rezeki kiriman Tuhan ni. Tak aku sangka betul. Terus kitorang jenjalan ke kedai depan. Nampak chicken chop RM3 je sebungkus dan beli teh o beng 50sen je. Syira beli dua bungkus semuanya , untuk aku satu dan untuk dia satu.
teh o ais bungkus
teh o ais bungkus , yang orang panggil teh o beng! Hahaha

chicken chop
chicken chop RM3 sebungkus! sedap
Kitorang makan dekat kawasan terbuka KRT kitorang tu. Fun fact about Ain, aku ni tak perlukan pun kedai makan yang mahal-mahal untuk menceriakan harinya, she just need a great time to spent with. Rupa-rupanya chicken chop tu ramai jugak yang membeli. Sebab memang nampak bebudak tapau bawak balik dan ada yang makan dengan geng-geng diorang sambil main game. 

Banyak juga yang kitorang borakkan pada petang tu. Hmm, sebenarnya waktu tu aku tengah rasa sedih, tapi aku tak sangka dia lagi rasa sedih. Tuhan, Sesungguhnya Engkau Maha mengetahui. Dia hantar hambaNya yang cilik untuk merawat hati aku. Terhibur betul rasa dan terawat sedikit rasa sedih itu.
akuainkausiapa

Terima kasih kerana sudi belanja kak Ain dan tak henti-henti bagi salam dekat rumah kak Ain. Jadi anak yang solehah dan doakan semoga Allah terus melimpahkan rezekinya untuk kak Ain okay💕 
*kalau yang tak pernah baca kisah syira ni, boleh baca di sini Bermain Ice Skating

HAPPY BIRTHDAY TO MYSELF

akuainkausiapa

HAPPY BIRTHDAY TO MYSELF 

Yeay, its a day! Saya tunggu hari ini. Tanggal 8 Februari 1991, waktu itu arwah ibu bertarung nyawa melahirkan satu-satunya puteri yang dia ada. Diberi nama Nur Farahain. Sebagai pemegang amanah kepada maksud nama ini iaitu , “Cahaya Kegirangan Mata” , alhamdulilah! Aku bersyukur sangat kini aku sudah berusia 28tahun. 

Pejam celik pejam celik dah masuk 28tahun dah aku hidup. Kenapa ibu dan ayah letak nama itu? Kerana mereka berminat dengan pengacara yang bernama Nurfarahin jamsari. Betul la orang kata,  nama ni memang refleksi diri kita. Kegirangan itu sudah bukti yang nyata. Aku memang suka gelak dan bercakap.

Itulah personaliti sebenar aku. Jangan bagi aku stop bercakap dengan kau. Itu makna nya aku dah tak berminat dengan kau. Seketul Farahain ni senang je nak detect mood dia. Dia bukan lah complicated untuk dikenali. 😂 

What is my dream for being 28?


I need to find more happiness and love! Simple je kan. Tapi kau hingat senang ke nak jumpa orang yang boleh buat kau bahagia? yang boleh menyayangi dan mengambil berat pasal kau? Yang akan jadi manusia bertanya “Ain are you okay?”. 

Aku dulu pernah punya ramai manusia disekeliling ku. Tapi, pada waktu sekarang, aku pilih untuk mendekati dan rapat dengan mereka yang sudi menerima lemah dan kurangnya aku. Terima kasih kerana sudi menerima seketul manusia yang bernama Nur Farahain ini.

I aim for love and happiness..Can YOU teach me how?🙈

Assalamualaikum buat diri ini yang kini berusia 28 tahun.🦋

LEPAS GIAN MAIN ROLLER COASTER DI LEGOLAND

legoland malaysia

LEPAS GIAN MAIN ROLLER COASTER DI LEGOLAND

Ceritanya begini. Kami semua terlibat untuk event media invitation sempena LEGO City 4D Movie. Nah, sekali tengok kitorang dapat combo ticket all access. Uish begitu teruja sekali rasanya. Selepas dari launching 4D Movie tu , kami makan tengah hari dulu memandangkan organizer menyediakan makanan. Apa lagi bedal lah kenyang-kenyang.

Selepas itu, tetiba kitorang semua sebulat suara nak lepas gian dekat sini memandangkan dapat tiket free kan. Alang-alang gunakan lah sepuasnya. First kitorang naik tower dulu. Dekat sini kita boleh nampak the whole Legoland itu dari pandangan yang lebih tinggi. Ee, seronok sangat seketul Farahain waktu itu. 
lego 4d movie legoland malaysia
Kami bergambar di depan Lego 4D Movie

legoland malaysia
Muka bahagia kekenyangan
legoland malaysia
tengah tunggu nak naik tower. Kesian Mak Lin dengan Kim tertinggal di bawah. Bye kak Hernee nak balik dah~
Kan tadi dah makan kenyang-kenyang serta badan pun dah terlebih kandungan gula, Jom kita serbu naik roller coaster pula! Fun fact about me, aku ni sebenarnya takut gayat! Hahaha. Perasaan ni datang disebabkan oleh badan aku yang gemuk. Aku dulu paling takut macam mana la ehk kalau aku terjatuh dah la gemuk. Hahaha. Dah la berat siapa je yang boleh angkat aku nanti. Sampai begitu sekali overthinking aku!

TAPI , i need to fight that fear!

 Itulah semangat seketul Farahain. Hahaha. Apalagi, cuba je la naik roller coaster tu. Semua roller coaster yang aku naik sebelah aku mesti ada si Fara didi. Gasak la pekak telinga dengar aku jerit! Hahaha. Paling siot si Mak Lin tu dok saiko kitorang roller coaster tu begini la begitu lah. Siap jerit mengilai lagi masa dekat atas tu. Siot!  Tips to fight that fear : cuba tengok kanak-kanak disekeliling kita pada waktu itu. Diorang yang kecil pun tak takut siap repeat banyak kali lagi naik roller coaster , tak kan kita yang besar gedabak ni nak takut jugak? Khenn.. 
roller coaster legoland malaysia
Ko tengok MAK LIN dia punya lompat!
 
roller coaster legoland malaysia
Eee, ni paling best!

legoland malaysia
Kanak-kanak ribena keriangan selepas naik roller coaster
Ikutkan hati nak jugak main water park. Basah pun lantak lah tapi waktu pun dah petang. Insyallah nak repeat lagi datang sini nak lepaskan gian sepuasnya. By the way , terima kasih kepada Sis Lin bertindak sebagai ketua rombongan sekolah pada waktu itu serta ketua jurugambar sepanjang kanak-kanak ribena yang bernama Farahain ni melepasi cabaran roller coaster nya! Muah ciked.
sislin
Sis Lin ketua rombongan. HAHAHA

SELAMAT TAHUN BARU CINA 2019!

akuainkausiapa

Selamat Tahun Baru Cina kepada kawan-kawan yang menyambut nya. Balik kampung elok-elok yer!
Comel kan kami bergambar dengan abang kandung kak Sunah yang tak pernah berjumpa selama ini. Hahaha.

THE BEST PART ABOUT MONDAY BLUES

THE BEST PART ABOUT MONDAY BLUES 


Bestnya kalau setiap hari Isnin kita tak rasa langsung Monday Blues! Macam mana nak buat kita rasa seronok yer? I still remember my school life. The day i really exciting is Monday gais! 


Why?


Sebab ada perhimpunan sekolah. Semua orang benci dan menyampah time perhimpunan. Tapi itu yang paling aku suka. Gila kan! Hahaha. Sebab aku dulu masa sekolah menengah jadi pengawas. Nak dijadikan cerita muka aku ni memang kerja nak mencapub (mencari publisiti) je pada waktu perhimpunan. Aku jadi pengacara majlis semasa perhimpunan sekolah. Eee seronok tak terkata.


Itulah aku. Aku suka bercakap. Aku suka tengok audience. Itu buat aku hilang rasa gugup. Antara benda tak senonoh yang aku pernah buat ialah tersalah sebut nama guru besar 😂 Sampai budak form5 nganjing direct sound aku. Sebabnya tempat aku pegang mikrofon tu betul-betul depan budak form5. Mampus waktu tu diorang sound aku “Woi kau nak cakap-cakap ler betul-betul” 😂


That is me.. Love to talk and laugh ALOT! That define my happiness. Aku rasa kalau kita nak avoid Monday Blues ni ialah dengan cara buat apa yang kita suka dan minat. So, YOU! Talk to me ❤

LEGOLAND® Malaysia Resort Launches New Experience With LEGO® City 4D Movie – Officer in Pursuit!

legoland malaysia
The official launch of the LEGO® City 4D Movie – Officer in Pursuit with Mr. Kurt Stocks, General Manager of LEGOLAND® Malaysia Resort alongside LEGO® Emmet and LEGO® Policeman

LEGOLAND® Malaysia Resort Launches New Experience With LEGO® City 4D Movie – Officer in Pursuit! 


LEGOLAND® Malaysia Resort announced an exciting brand-new addition to LEGO® 4D Movie experience, with the launch of LEGO® City 4D Movie – Officer in Pursuit! that will have the whole family engaged and fully immersed in the 4D experience starting from 24 January 2019.

Fans will be able to watch LEGO® City Policeman chasing down mischievous crooks through the streets and skyscrapers of the metropolis. Packed with 4D effects with bursts of bubbles, strong winds and sprays of water, this attraction will provide a truly immerse experience of the LEGO® universe.

Adding on to the excitement from LEGO® City 4D Movie, LEGOLAND® is hosting the LEGO® Movie Event Days in conjunction with the upcoming launch of the LEGO® Movie 2: The Second Part. Visitors could relive moments from their favourite LEGO® Movie™ franchise.

In conjunction with LEGO® Movie Event Days, the park will be filled with fun-filled activities where visitors can truly connect with their favourite characters from the movie, including:

“The LEGO Movie” Scavenger Hunt
Wyldstyle, MetalBeard, Unikitty and Benny have lost their way and Emmet needs help to find his friends in the Miniland.

“The LEGO Movie” Mystery Mosaic
Guests work together to help build a mystery LEGO mosaic throughout the weekend.

Character Meet and Greet Session
Meet Emmet, Wyldstyle and a new character to be discovered from the film during character meet and greet sessions.

LEGO® Movie Building Activity
Create spaceship and escape from the Alien Invaders that are attacking Bricksburg. The master builder will win exclusive collectables from the movie.
legoland malaysia
Mr. Kurt Stocks, General Manager of LEGOLAND® Malaysia Resort sharing about the brand new addition to the LEGO® 4D Experience, the LEGO® City 4D Movie – Officer in Pursuit
"The launch of LEGO® City 4D Movie – Officer in Pursuit! and LEGO® Movie Event Days are created for families to fully immerse themselves in the world of LEGO®, a truly unique experience that is only available at LEGOLAND®. In 2019, we are committed to introducing new attractions to keep the park fresh and exciting for everyone. Our guests can look forward to fun-filled activities and experiences that allow children to learn while having fun at the same time,” said Kurt Stocks, General Manager at LEGOLAND® Malaysia Resort.
legoland malaysia
CS Lim, Finance Director of LEGOLAND® Malaysia Resort, Mahendira Raj, Director of Health, Safety and Security of LEGOLAND® Malaysia Resort and Mr. Kurt Stocks, General Manager of LEGOLAND® Malaysia Resort experiencing the realistic weather effects such as the bursts of bubbles, splashes of water and strong winds
“We’ve recently announced new annual pass packages for MyKad holders where Malaysians can enjoy unlimited access to LEGOLAND®’s Theme Park and Water Park, as well as free access to SEA LIFE Malaysia. With these valuable offers, LEGOLAND® is a great place for families to spend their weekend and school holidays,” Kurt added.

As the Lunar New Year is just right around the corner, visitors can look forward to the beautiful Garden of Prosperity decoration in the park, enjoy unique activities such as the Festive Building Activity where visitors can build their own Panda and Mandarin oranges out of LEGO® Bricks. There will also be exciting shows such as Lion and Dragon Dance session to ring in the New Year.
legoland malaysia
Viewers immersing themselves in the LEGO® universe as LEGO® Policeman chase down mischievous crooks through the streets and skyscrapers of the metropolis.
LEGO® Movie Event Days is happening from 24 January – 31 March 2019, every day from Monday to Sunday from 10:00 am to 6:00 pm. Enjoy early bird promotion with the new annual pass at RM239 for adults and RM190 for kids aged between 3 – 11 years old. With the new annual pass, pass holders will have unlimited access all year-round to LEGOLAND® Theme Park and Water Park, including free access to SEA LIFE Malaysia which is scheduled to open by first-half of 2019. The all-new annual pass is available for purchase at LEGOLAND®’s official website (https://www.legoland.com.my/) for a limited time only.

KEMBALIKAN RASA INI..

akuainkausiapa
Gambar Google

KEMBALIKAN RASA INI..

Dah lama aku tak menangis selepas solat. Niat ku habis je dari “cuti solat” aku nak buat solat istikarah. Sepatutnya aku buat semalam, tapi tula kalau dah namanya manusia. Bagi alasan seribu macam! Tapi, tadi... Aku lakukan juga. Kerana apa?

“Tuhan , kembalikan rasa ini”

Aku rasa sangat bahagia dengan “perasaan” itu. Perasaan dari dia. Si dia yang buat aku suka pada lagu Haram tu. Kerana Lagu Haram,  maksudnya begitu terkesan pada diri aku. Pagi tadi waktu sarapan roti sardin di kedai pun aku terdengar lagu itu.. Di fikiran ku secara tiba-tiba teringat kepada dia.

Tapi, aku tak nak berlebih sangat! Sebab aku tahu, ianya bukan perasaan yang halal.

Sebab itu aku nangis entah macam apa entah... “Ya Allah, engkau tahu apa yang aku rasa sangat.. Segalanya semua engkau tahu... Aku tak bohong!.. Cuma aku minta yang Terbaik DariMu Ya Allah.. aku kembalikan rasa bahagia ini kepadaMu.. sebab aku tahu..dan aku yakin.. Engkaulah yang punya Segalanya” 😪