26/366 : DIARY OF THE DAY -26 JAN 2016





Assalamualaikum dan hello kepada semua . Hari ini , sudah muka surat ke 26 Diary of the day aku menulis . Aku pun tak pasti sama ada ianya seronok untuk dibaca atau ianya membosankan . Hahaha . Who cares ? Hahahaha . As long as i know apa yang aku buat , to be consistent with the blogging that are so mean to myself . Alhamdulilah . Jadi hari ini aku nak kongsi tentang menjadi 'DIFFERENT' . Contohnya macam , orang berlari kehadapan , kau seketul je yang lari ke belakang . Haa , lebih kurang macam gitu lah maksudnya . Dalam kes aku ini  , ianya tentang :



  • Join Kelas Dekat Gym Semua Cina
Yurp , kalau masuk kelas gym dekat tempat yang aku dah subscribe ini , kau boleh lah nampak seketul je haa paling bambam dan seketul je yang pakai tudung . Aku lah tu .Hahaha . Tapi , tak semua kelas aku join . Aku banyak join kelas yang high intensity lah . Setakat zumba tu aku boleh je pasang youtube joget sensorang dekat rumah . Hahaha . Kalau dekat kelas itu , memang aku je la seketul orang melayu . Aku tak segan pun , malah aku tak kisah pun . As long as I know my mission , that would be so much okay ! . Selalu nya diorang speaking chinese sepatah pun aku tak faham , tapi aku tak kisah pun .Aku senyum je . hahaha . Last month ada lah dalam 4-5 kelas aku miss . Bila aku comeback balik , diorang siap tanya lagi , "Hye  , long time no see woah"  . Hahaha . See , being different from others doesn't mean kau ini tak ada kawan ,as long as kau tahu macam mana nak bawa diri kau , mesti kau akan rasa selesa punya . 


Oh , tadi kan ada kelas resistance band tau , yang mana dia pakai getah untuk lakukan workoutnya . Pergh , best weyh (padahal sakit gile) . Yang kelakar nya , kena buat aktiviti in group ,makanya diorang siap kira lah guna bahasa chinese dia . At that time , aku dah rasa macam tengah belajar kelas mandarin tahap 1 . Hahaha . Aku pun ikut sama lah apa diorang dok sebut . Siap gelak gelak lagi . Yelah , kena buat sampai 100 kali . Haa , diorang pun kira la sampai 100 . Hahaha. 



  • Suka Mencapap (Mencari Publisiti)
Untuk perhatian sesiapa yang tak tahu apa itu mencapap , ianya bermaksud kombinasi perkataan mencari publisiti . Hahaha . Tapi , aku suka eja mencapap sebab bunyi dia lagi nampak betul perkara show off itu . Hahaha . Ye , kalau kau nak jadi different from other , sifat mencapap ini kena sebati juga lah dalam diri kau . Aku sebenarnya suka pakai baju striking (warna terang ) tau . Selalu juga la kena tegur dengan kawan , "Ain kau ini kuat mencapap lah " . Hahaha . Sebab dah kau je seketul pakai baju terang , mesti lah orang perasan kan . 


Bukan itu sahaja , sifat mencapap ini memudahkan untuk orang cepat kenal kau , tahu nama kau . Hahaha . Tak percaya ? Cuba lah mencapap kan diri anda . Hahaha .



Erm , makanya itu sahaja la apa yang aku mampu untuk menaip . Penat kelas dekat gym tadi tak habis lagi . Hahaha . Okay ! Assalamualaikum . Bye !

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Wow.. semoga berjaya sehingga ke hujung tahun dan tahun2 seterusnya. Buat daily diary ni memerlukan komitmen yang tinggi. Memang hebatlah dah nak masuk sebulan. :)

    BalasPadam
  2. eh kitorang kat sekolah dulu pun ada guna word mencapub tu haha

    BalasPadam

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.