56/366 : DIARY OF THE DAY - 25 FEB 2016

11:00:00 PM

Assalamualaikum dan hello kepada semua . Hari ini rasa macam agak keletihan sedikit . Terasa macam nak tidur dah ini . Tapi teringat yang belum update diary of the day iolls . Makanya kenalah buka blog sekejap dan update . Its a must thing that I should doing it everyday! Hehhe . So far , Alhamdulilah rasa seronok dan sangat enjoy bila dah kosisten menaip diary of the day ini . Jadi untuk hari ini , aku nak share tentang:


  • Pergi ke poslaju 
Petang tadi ain ada nak buat posting sedikit , makanya singgah lah ke pejabat pos laju . Dulu post office yang dekat dengan rumah ini terima untuk guna sistem poslaju . Tapi , sekarang semua dah kena refer ke pusat pos laju . Makanya , memang setiap kali kesana mesti penuh . Alhamdulilah , petang tadi tak berapa nak ramai orang . Lepas dah settle itu , ternampak lah ada seorang chinese ini , mak oi rasanya 5 beg besar jugak dia hantar untuk buat posting . 5 beg besar yang boleh isi banyak parcel . Entah entah 100 lebih parcel dia posting . Akak yang jaga kaunter  itu siap dah kenal dia dah "boy , hari ini banyak tak?" . Fuhh , respect lah dekat chinese itu . Simple je pakaian dia . Hehehe. 


  • Cipta resepi sendiri !
Semenjak aku tengah dalam proses kurus mengurus ini , aku banyak cipta resepi sendiri . Hahaha . Yelah , setiap bahan bahan yang diletak kena lah tahu kan sesuai ke tidak . Aku ada satu resepi ini , simple dan healthy okay ! Tak payah nak tergedik gedik pergi goreng sampai nak kena minyak panas bagai . Hahaha . Aku bagi nama Resepi Pemalas Tapi Sihat . Hahahha . Bahan bahan dia simple je , ayam , kicap , serbuk cili , seasoning . Settle ! Gaul gaulkannya dengan ayam itu . Masuk dalam mikrowave about 7 minutes settle ! Sumpah sedap . Macam ayam tandoori pun ye jugak . Normally aku akan makan dengan sayur yang raw sebab malas lah nak tumis bagai . Lagipun , mission aku ialah untuk kurangkan garam , gula , minyak , lemak . Alhamdulilah , gula dan lemak aku dah banyak kurangkan sebab aku dah membiasakan diri makan ayam dada serta i have strictly to say no pada kulit ayam.  Untuk kurangkan gula pula , untuk sekarang ini aku banyak minum air masak . So , dua dah settle tinggal lagi garam dan minyak . Macam mana nak selesaikan masalah ini ? Masak guna mikrowave . Secara tak langsung penggunaan minyak dapat dikurangkan . Bukan itu sahaja , resepi ayam pemalas aku ini siap masak , aku boleh nampak kot dalam ayam itu sendiri dah ada minyak . Jadinya , always love your body! Takkan lah hari hari nak belasah nasi lemak ayam tight kan! Hahaha .


Cukuplah cerita aku untuk hari ini . Assalamualaikum :)



You Might Also Like

3 comments

  1. Semoga berjaya dengan berat badan ideal..=) Keep it up Ain

    ReplyDelete
  2. Wahh apala bisniss chineese tu yer smpai 5 beg

    ReplyDelete
  3. singgah sini.. ^^

    jemput join GA Shawal.. :)

    http://akubukaninnocent.blogspot.my/2016/02/daebakfebruary.html

    ReplyDelete

Ain nak ucapkan terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Segala penulisan dan kandungan di dalam blog ini ialah dari ain dan rakan kenalan sekeliling serta dari carian google.

Nota cinta :
Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”. Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”. Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa” . Hahaha.

Untuk sebarang pertanyaan anda boleh menghantar terus ke email peribadi ain iaitu : nurfarahain91@icloud.com

JDT BLOGGER

SUPPORTERS