104/366 : Berubah Itu Tak Salah !



Assalamualaikum dan hello kepada semua . Hari ini rasanya teramat penat . Ikutkan penat memang dah good night dah awal awal , tinggalkan sahaja dunia blog ini . Hahaha . Misi update diary of the day mesti diteruskan walaupun tak tahu nak update apa dan rasa bosan je diary of the day ini . Hahaha . Jadi , untuk hari ini aku nak cerita tentang berubah !

Sebenarnya dalam hidup kita ini memang kena ada perubahan . Tapi , harus diingat mestilah perubahan yang kearah kebaikan . Jangan lah makin teruk berubahnya . Hahahah . We all grown up day by day year by year ! Its a normal thing people . Dulu pun aku tak boleh terima bila orang cakap berubah itu macam ,"ehh kau dah tak sama lah macam dulu.." . Memanglah , tahap lawak kau masa zaman sekolah dulu mana boleh sama dengan melawak kau masa dewasa . Hahaha . Bukan itu sahaja , the way you think , the way you speak also will change dari dahulu sampailah sekarang .Its a good things !

Ramai orang sebenarnya tak berubah kerana menjadi seorang penakut . Penakut untuk mengahadap masa hadapan . Sedangkan umur kita juga berubah , mestilah cara kita pun berubah . Contohnya macam diri aku sendiri , aku biarkan diri aku dipenuhi rasa sedih selepas ibu aku meninggal . Aku biarkan masa hadapan aku macam gitu sahaja. Sampailah tahun ini aku berazam , i wanna get out of this situation . Aku benci jadi diri aku yang penakut untuk ke hadapan . Aku nak berubah .

Pada ketika dan saat yang kau bertekad dengan diri kau untuk berubah , tolong jujur dengan diri kau dan kelilingi diri kau dengan manusia yang boleh menerima perubahan diri kau itu . Ingat ! Hanya beberapa orang sahaja yang sanggup untuk bersama dengan kau dan sudi menerima perubahan yang kau lakukan itu .

Ingat ! Berubah kearah kebaikan itu satu kewajipan yang kau harus lakukan untuk kehidupan kita kerana kehidupan ini amatlah indah tuhan berikan kepada kita !.

Catat Ulasan

0 Ulasan