112/366 : Cara Terbaik Untuk Menurunkan Berat Badan

9:44:00 PM




Assalamualaikum dan hello untuk hari yang ke seratus dua belas pada tahun ini . Alhamdulilah , rasa seronok bila kita dapat selesaikan apa tugasan yang hendak kita lakukan pada hari ini . Hari ini aku nak cerita pengalaman 3 bulan aku berada dalam misiku kurus membunuh lelelamk parasit . Hahaha .

Memang betul , untuk mencapai sesuatu kejayaan , cabaran itu memang akan datang dan disitulah kita boleh menilai adakah kita ini boleh berdiri kuat mengejar misi kita itu ataupun berhenti sekerat jalan . Fuhh , sepanjang 3 bulan ini memang pasang surut dibuatnya . Yelah , untuk merubah kepada sesuatu perkara baru bukannya ambil masa sehari dua . Tapi ia perlu kosisten sepanjang masa .

Makan pada hari ini , aku bertekad nak fokus serta komited dan berdisiplin untuk mencapai result yang lagi awesome lagi sepanjang misi penurunan berat badan ini . Dulu masa 6 minggu permulaan , aku siap tulis lagi apa yang aku makan , siap buat list apa exercise yang perlu aku lakukan untuk sepanjang minggu itu .

Malangnya , beberapa minggu aku terus dah tak buat . Semalam sebelum tidur , aku tengok program extreme weight loss  . Sebab aku nak dapatkan balik momentum semangat tu dan akhirnya aku cakap dekat diri aku "something that i need to change ! i need to plan it ! Imust go back to the right track !" .

Maka , petang tadi aku pun buatlah kembali jadual exercise aku dan jadual makan aku . Aku kena rekodkan . Kalau tak aku jadi macam tak on track ! Itulah , kekadang kita mesti bertegas kepada diri kita untuk mendapatkan keputusan yang lebih berjaya . 

Jadi , kepada korang yang kata nak kurus , jangan cakap tapi start to take action . Dari situlah kita boleh nampak sama ada kita ini seorang disiplin ke tidak . All the best !

You Might Also Like

3 comments

  1. betul juga catat aktiviti kita dengan apa yang kita makan kan
    nice entry

    ReplyDelete

Ain nak ucapkan terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Segala penulisan dan kandungan di dalam blog ini ialah dari ain dan rakan kenalan sekeliling serta dari carian google.

Nota cinta :
Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”. Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”. Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa” . Hahaha.

Untuk sebarang pertanyaan anda boleh menghantar terus ke email peribadi ain iaitu : nurfarahain91@icloud.com

JDT BLOGGER

SUPPORTERS