96/366 : Masak Ayam KFC Sendiri !

11:07:00 PM



Assalamualaikum dan hello kepada semua ! . Alhamdulilah , hari ini aku rasa happy sebab akhirnya aku dapat menaip diary of the day ini menggunakan laptop kesayangan aku ini . Makanya , insyallah aku recover balik mana blog blog yang dah lama aku tak blogwalking dan tak tinggalkan jejak . Terima kasih ye pada korang yang sudi baca dan komen serta rajin jengah ke blog aku yang biasa ni je . Jadi , ini cerita aku pada hari ini :


  • Dah settle edit blog !
Seperti yang korang tengok blog aku , adoyai terasa nak puji diri sendiri setiap hari . hahahaha . Comel dan cantik sangat blog aku . Hahaha . Puji diri sendiri .Cuba korang imagine macam mana aku tengah puji diri sendiri ini . Aku edit sendiri okay ! . As my wish , memang nak blog aku simple dan friendly user especially mobile user . Nowadays orang dah jarang dah online pakai komputer kan . Hahaha . Makanya , aku nak sesangat blog aku ini tak makan qouta orang dengan banyak . Hahaha . Alhamdulilah , semalam aku spent masa dalam sejam untuk edit header dan edit template blog . Lagipun , aku memang tak nak serabutkan langsung blog aku ni . Jadi , tolong komen okay ke idok blog aku ini . Mohon cakap cantikkkkk banyak kali . hahahahhaa . 



  • Masak Ayam KFC sendiri !
Yess , aku tak tipu ! Kebetulan aku ternampak tepung Kentucky dekat kedai RM 2 . Pastu aku terdetik nak membeli , jadi aku ambil je lah . Dan , hari ini aku cuba lah . Ya ALLAH , senang je rupanya . Hahaha . Ayam tu salut dengan putih telur lepastu gaul dengan tepung tuh dan goreng . Buat sendiri lagi puas hati sebab aku kan tengah dalam proses menguruskan berat badan . So , penggunaan minyak mestilah dikurangkan . Normally , kalau beli ayam uncle bob kan minyak dia mak oi boleh pengsan tengok , ayam kfc pun boleh rasa berminyak dia kan . Aku pulak kalau boleh minyak sedikit yang amat aku guna . Aku pun dah start guna minyak jagung instead of pakai minyak biasa . Siap kena pergi kedai lagi beli minyak sebab rumah aku jarang guna minyak . Hahaha . Aku buat ayam kfc ini untuk lunch dan dinner . Fuhh , kepuasan yang amat . Ditambah pula dengan aku buat homemade coleslaw sendiri . Aku ada pernah cerita ni . Ini entri tentang aku buat coleslow ini .   Coleslow cepat dan sedap ! . Untuk korang tu , rajin rajin belajar masak sendiri weyh . Sebenarnya kan , memasak ni kita kena explore sendiri . Baru boleh tahu apa yang kau expert apa yang tak . Jangan lah asyik masak meggi dengan masak air je yerk .Hahaha .


Okay , cukuplah untuk hari ini . Assalamualaikum :)




You Might Also Like

0 comments

Ain nak ucapkan terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Segala penulisan dan kandungan di dalam blog ini ialah dari ain dan rakan kenalan sekeliling serta dari carian google.

Nota cinta :
Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”. Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”. Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa” . Hahaha.

Untuk sebarang pertanyaan anda boleh menghantar terus ke email peribadi ain iaitu : nurfarahain91@icloud.com

JDT BLOGGER

SUPPORTERS