'NIKMATI 5 KEMERIAHAN' BILA KE BUFET RAMADHAN PULAI SPRINGS RESORT


Alhamdulilah, kita telah menghampiri kepada bulan Ramadhan. Bulan yang paling dinanti-nantikan untuk semua umat Islam yang menyambutnya. Bila bercakap tentang bulan puasa ini, tak lain tak bukan semestinya tentang makanan. Hehehe. Boleh dikatakan semuanya kita akan nampak sedap kan. Semuanya kita akan teringin nak rasa.




So, this entri Ain nak 'payung' korang kemeriahan bila berbuka puasa di Pulai Spring Resort.


  • Parking Free
Korang tak perlu risau tentang parking, kerana ianya percuma tak perlu bayar. Parking pun tak jauh mana dari ruang bufet ramadhan tersebut. Insyallah , dijamin selamat. Yang penting kita rasa selesa dan dapat enjoy the food dengan tenang kan. Hehehe.




  • Surau yang selesa
Makan-makan juga, solat jangan dilupakan. Di Pulai Springs Resort alhamdulilah sangat selesa untuk kita menunaikan solat Magrib dan juga Terawih. Masuk waktu solat dekat Johor pun awal kan, so cadangan aku minum sedikit dan terus solat dulu. Lepas itu, baru rasa seronok nak makan semua juadah yang ada kan. Hehehe. Tapi kalau nak makan sedikit itu, boleh je ambil yang ringan-ringan seperti dessert ataupun mungkin boleh ambil yang makanan seperti murtabak atau sate.





  • Selera Tekak Melayu
Bila korang melangkah masuk je , korang dah boleh dengar lagu irama tradisional. Alahai, mungkin boleh berzapin dulu sebagai exercise sebelum berbuka puasa. Hahaha. Sesuai dengan irama lagu tradisional itu , aku boleh katakan buffet di sini banyak mengikut selera tekak Melayu. Walaupun ada juga hidangan western tapi time berpuasa ini, tekak mesti nak juga rasa masakan Melayu kan. Boleh dikatakan menu yang berkaitan dengan kambing seperti Kambing Gulai Kawah dan Kambing Kuzi sangat la sedap. Peminat daging kambing ini boleh la makan puasa-puasa yer. Hehehe.



  • Dessert Yang Sedap
Peminat dessert macam aku ini memang wajiblah jadikan first try bila berbuka puasa nanti. Aku siap pusing 3-4 kali juga nak betul-betul cuci mata tengok dessert mana yang nak dimakan. Boleh dikatakan hampir kesemua dessert dan buah-buahan aku cuba. Memang sangat sesuai dengan tekak orang yang berpuasa. Kita perlukan juga manisan untuk menghilangkan tekak craving orang berpuasa kan. Manisan yang disediakan tidak terlampau manis antaranya ialah ABC , cendol, ais krim Malaysia dan yang akan menjadi tumpuan ramai semestinya minuman populari di Klebang iaitu Coconut Shake.







  • View cantik untuk ootd
Sebelum berbuka puasa tu, korang boleh lah selfie dan bergambar di sekitar kawasan Pulai Springs Resort ini sebabnya view dia sangatla cantik dan sesuai untuk korang jadikan pic ootd. Ain sendiri banyak juga posing ootd dekat kawasan itu. Hehehe. Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan gambar view yang cantik. Dahla selfie dan ootd tu, jangan lupa tag instagram @pulaispringsresortjb




Kesemua pengunjung dijemput untuk menikmati kemeriahan hidangan yang disediakan bermula dengan harga RM 108 untuk dewasa dan RM 54 untuk kanak-kanak. Selain itu, para pengunjung juga akan menerima tawaran eksklusif iaitu dengan setiap pembelian 9 orang dewasa, percuma seorang (promosi 9+1). Bukan itu sahaja, malah, pelanggan yang menjamu selera pada minggu pertama bulan Ramadan iaitu daripada 19 Mei hingga 25 Mei 2018 hanya perlu membayar RM85 untuk dewasa dan RM43 untuk kanak-kanak. Sementara itu, bagi pelanggan yang ingin membuat pra-pembelian baucar, pelanggan boleh mendapatkan baucar tersebut dengan harga RM90 untuk dewasa, RM45 untuk kanak-kanak dan nikmati penjimatan sehingga RM18 seorang. Pra-pembelian baucar ini boleh didapati daripada pihak resort bermula 1 April hingga 10 Mei 2018.



PULAI SPRINGS RESORT 
Jalan Pontian Lama, 81110 Johor, Malaysia
UNTUK TEMPAHAN :  
07-5212121 /  +6017 7455776 (Pengurus Restoran) -Whatsapp

Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. ni kalau dah puasa nampak coconut shake ni mau terliur..

    BalasPadam
  2. Surau selesa dan parking free memang menjadi tarikan lah..

    BalasPadam
  3. akak tengah membayangkan ain berzapin dulu sebelum berbuka puasa XD

    BalasPadam
  4. Banyak pilihan.... makanan pun nampak best tapi tulah harga dia .... tak de yg murah ye Ain...
    Sama je standard ngan KL

    BalasPadam
  5. mak aiii....lamb kuzi dengan desserts tu sedap nyaaa

    BalasPadam
  6. Boleh tahan mahal jugak harga untuk dewasa tu..

    BalasPadam
  7. Kambing itu lazat! Tapi asam pedas dia paling shedap!!!!

    BalasPadam
  8. bahagianya tengok menu dia :D

    BalasPadam

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.