TRIBUTE UNTUK SAHABAT DUNIA AKHIRAT

TRIBUTE UNTUK SAHABAT DUNIA AKHIRAT

Setiap perempuan dia mesti akan ada seorang kawan baik lelaki yang dia akan all out everything! Aku punya juga pada suatu ketika dahulu. Sekarang, dia sudah pergi. Dia dah meninggal. Aku pernah tulis tentang dia. Kalau belum baca, sudikan baca RINDU SEORANG SAHABAT. Kalau dah baca, boleh teruskan bacaan disini. 🙂
TRIBUTE UNTUK SAHABAT DUNIA AKHIRAT
Kali terakhir kitorang jejak negeri Kedah

Suka mencuba makanan yang pelik-pelik

Dia ni antara kawan lelaki aku yang sangat cerewet. Cerewet almost everything kot. Weh, dia punya cerewet lagi dasyat dari aku. Aku ni kira perempuan habis simple dah la. On certain part je aku cerewet sedikit. Dia ni cerewet bab makan! My gosh, dulu kitorang ni geng tak lepak mamak. Konon geli euwww lah. Tapi sekarang aku okay boleh je layan mamak. Dia ni suka sangat ajak JJCM tempat makan pelik-pelik konon nak mencuba rasa makanan baru la.

Antaranya yang selalu dia ajak aku ialah teman dia makan sushi dan cuba makanan korea! My gosh. Rasa nak maki je dia weh. Aku ni drama kpop pun haram tak layan, inikan nak cuba rasa makanan korea. Memang tak la aku nak layan dia. Aku dulu siap bagi pesanan penaja dekat dia “Kau kalau nak ajak aku JJCM makanan pelik-pelik, ajak jela orang lain. Lagipun aku nak makan apa weh kalau aku teman kau”. Hahaha. Sebegitu sekali aku anti makanan pelik ni. #ainseorangperempuanego #diarasadiajebetul #taknakmencuba
TRIBUTE UNTUK SAHABAT DUNIA AKHIRAT
inilah geng budak senget

Sekarang, bila aku dah start join team JDT Blogger, alhamdulilah kami menerima banyak jemputan review makanan! Haaa, tak kan ko nak cakap “euww i tak makan lah ni”. Hahaha. Baru-baru ni 4Fingers pun baru buka di Johor Bahru. Aku pun cuba. Ayamnya ala-ala ayam makanan Korea kan. “Halim, you win!” Kau ni sebenarnya ajak aku tu dulu sebab kau nak buka pemikiran aku, nak biar aku ni jadi lebih bersifat terbuka dalam menerima benda-benda baru. Kau educate aku melalui makanan. Hahaha. It sound so stupid! Giler apa sembang pasal makanan je , pemikiran dah terbuka! Kalau la dulu aku follow je tekak pelik kau tu, dah banyak mungkin makanan pelik aku dah cuba. Hahaha.

sushi makanan jepun

Next sushi! Aku start jadi penggemar sushi ni bila start cuba rasa dan beli. Main pilih ikut kaler, alaa kan sushi tu harganya ikut tag warna kan. Hahaha. Memula pilih yang nampak mata macam berkenan, okay beli. Aku start beli sushi kedai tepi tepi dulu. Hahaha. Kedai tepi-tepi kata kau! Nak masuk kedai sushi standard Sushi King masih tak reti, beli jelah Sushi  kedai tepitepi. Haa, tadaaa tekak aku dah mula boleh terima sushi! Again, Halim you win!

makanan korea dan air berkarbonat

Next, aku cuba pula makanan Korea. Halim, kalau kau masih ada,mesti kau dah bahan aku kaw-kaw punya. “Seriuslah ain makan makanan Korea”Hahaha. Yes! You win again. Bila aku makan dekat Chicken Lab ni, aku teringat terus dekat kau. Beriya dulu-dulu kau bercerita gaya hidup Kpop makan kena pakai sarung tangan plastik sebab ayam dia pedas. Katanya! Hahaha. Padahal kau allergik benda pedas,tapi sebab obses nya kau dengan makanan pelik ni sampai sanggup kau cuba. Bukan tu je, kalau pergi 7eleven, kau suka cari air Barbican kan. Dekat Chicken Lab pun aku cuba minum. Again, Halim you win! Beb, i know you can see my life now. My journey to achieve my dream.
TRIBUTE UNTUK SAHABAT DUNIA AKHIRAT
masa wedding kakak Syiera

Tribute untuk Halim, bukan untuk kita tangisi dia yang telah tiada, tapi aku nak bagi kredit penghargaan untuk dia. Dia sahabat baik aku dunia akhirat tapi dia juga salah seorang yang membentuk siapa aku sekarang!

Aku tak mintak banyak, selesai membaca ini sudikan sedekahkan Al-Fatihah untuk dia.

Abdul Halim Asmawi Bin Zakaria
05 Februari 1990-10 Mei 2017

Aku rasa aku ni spesis perempuan yang mesti kena ada seorang bestfriend lelaki macam kau. #akurasaakudahjumpa#tapiakutakbagitaudialagi#sebabtetibaakujadipemalu
#bestfriendokaybukanboyfriend #boyfriendituceritalain Kah! 😜

4 comments:

  1. sha rasa sebab entry yang pasal sahabat ain ni la sha follow ain! alfatihah untuk arwah sahabat ain :)

    ReplyDelete
  2. Moga sahabatmu dalam keadaan tenang gembira di alam sana..
    Dia juga me nunggu sahabat-sahabatnya di sana..
    Sahabat yang baik akan sentiasa mendoakan kita, walaupun telah tiada..

    ReplyDelete
  3. eeeeeeeeeeeeeee sape tuuuu bestfriend lelaki macam beliau? haaa, nak bergosippp dengan mummy katak lah

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.