AKU JATUH CINTA SAMA KAMU , BUMI LASKAR PELANGI !

AKU JATUH CINTA SAMA KAMU , BUMI LASKAR PELANGI !

pulau belitung
kami bergambar di Replika Sekolah Laskar Pelangi

Wah wah wah, katanya cinta itu sukar ditafsirkan! Tapi cinta yang ini sangat senang ditafsirkan. Hahaha. Entahlah, aku ni jenis manusia yang sangat suka mempelajari dan mengenali adat serta budaya masyarakat pada satu-satu tempat tersebut. Misalnya di Pulau Belitung! Aku suka bagaimana tour guide kami iaitu @mtngetaways menyusun itinary nya. Sepanjang berada di Bumi Laskar Pelangi ini, setiap detik ada sahaja benda baru kita akan tahu.

Jejak ke Replika Sekolah Laskar Pelangi

pulau belitung
Semua sangat kalerful kan. kredit gambar : Sis Lin

Waduh waduh...sampai sahaja di replika sekolah laskar pelangi ini, aku terus teringat babak-babak yang ada didalam filem Laskar Pelangi. Terlintas di dalam hati aku,"macam gini rupanya sekolah diorang ehk..sekolah aku kira masih canggih la jugak". Itu belum lagi kes nak beli kapur pun siap berhutang! Lantas hati ku terus teruja nak tahu siapalah sebenarnya pejuang kepada cerita Laskar Pelangi. Katanya kami akan dibawa ke Museum nya sebentar lagi.
pulau belitung
Kami dalam sekolahnya

pulau belitung

pulau belitung
Sebenarnya,zaman sekolah dulu aku suka duduk tepi tingkap sebab nak berangan

pulau belitung

Di replika ini kami sempat beramai-ramai menyanyikan lagu Laskar Pelangi. Aduh,liriknya memang sangat bermakna lagi-lagi orang seperti aku. Aku suka lagu itu bila ku hayati liriknya. Nampak benar dalam hati ada teman kan kau Ain! Luar je nampak perempuan kasar, dalaman aku boleh tahan jugak jiwang karat. Kahkahkah. Anyway, selepas kami group photo nya beramai-ramai di sini , kami berangkat pula ke Dermaga Kirana. Katanya tempat lokasi penggambaran Kekasih Paksa Rela. Maafin gue dong kerna gue enggak layan drama melayu. Gue layannya drama sinetron aja. Hahaha. Oh, bercakap tentang sinetron , teringat dulu-dulu masa kecik-kecik memang gila layan sinetron. Kerna nya di Johor Bahru boleh mendapatkan siarannya. Hahaha. Ain! Dah tersasar jauh nampak penulisannya. Hahaha. Okay , apa yang kami buat di sini? Aku berangan-angan ler. Nak bawak kekasih paksa rela aku pulak nanti ke sini. Kah! Tapi, pemandangannya memang cantik sangat. Memang sesuai la untuk shooting.
pulau belitung
Dekat Dermaga Kirana

pulau belitung

pulau belitung

pulau belitung

pulau belitung

pulau belitung
Settle penggambaran ala-ala sinetron "Aku Jatuh Cinta Sama Kamu, Bumi Laskar Pelangi" , terus langsung saja bergerak untuk mengisi perut. Kerna perutnya udah lapar. Kami makan di tepi laut. Peh, awas ya kamu yang memang tak tahan panas. Cuacanya memang panas luar biasa berbanding di Malaysia. Kerna disini kan dikelilingi dengan pantai. Apakah kamu lupa? Hahaha. Apakah menunya? Loh , kamu lihat aja pada foto yang udah ku letak ituh. Hahaha. Oh disini juga gue nyempat order air kelapa. Peh lepas tuh memang tumbang sekejap dalam bis. Sedar-sedar dah sampai dekat Rumah Ahok. Hahaha. Dahla dalam bisnya di pasang lagu-lagu dangdut indon , tak ker gue langsung ketiduran. Hahaha.
pulau belitung
Ni lah menu lunch nya..

pulau belitung

pulau belitung

pulau belitung
Tour guide Otty yang keep entertaining us!
Di Rumah Ahok kami singgah bentar aja dong kerana tour guidenya bilang kita harus bergerak cepat kerna mahu lihat sunset di Tanjung Pendam. Wah, lagi lah excited hati ini. Sebelum tengok sunset, kami sempat singgah ke Vihara Devi Kwan Im. Disini sebenarnya kuil dan tempat  semayang mereka. Tapi , macam ain ni just ambil gambar kenangan sebab kawasan itu berwarna-warni. Oh lupa mau bercerita yang kami juga singgah ke Museum Kata Andrea Hirata. Nah, disinilah banyak sejarah tentang penulis Laskar Pelangi itu. Aku ni konon belek-belek setiap satu persatu. Hahaha. Langsung terus aku tabik spring kepada beliau. Yelah , dia lah sebenarnya watak Ikal di dalam Laskar Pelangi itu. Kan dah cakap sebelum ni, aku tak tengok filemnya sebelum datang ke sini. Konklusinya , nak datang ke bumi Laskar Pelangi ini, mohon dinonton duluan dong filemnya.
pulau belitung

pulau belitung
Dengan Sis Lin merangkap ketua rombongan cik kiah kitorang!

pulau belitung
Dalam Muzium Kata Andrea Hirata

pulau belitung

pulau belitung

pulau belitung

pulau belitung

pulau belitung

pulau belitung

pulau belitung
Ngopi duluan dong!

Oh ya, kami juga nyempat ngopi duluan dong di Warkop Millenium. Dekat sini merata nampak warung kopi. Pastinya menjadi lokasi kegemaran ketua rombongan cik kiah kami iaitu Sis Lin. Sambil pekena kopi, sambil tu juga makan pisang goreng. Wow, lagi lah seronok perut ku ini. Kemain warung je woi siap kasi wifi lagi. Tapi, minum duluan dong. Takkan semuanya gratis, bankrap nanti diorang. Hahaha.
pulau belitung

pulau belitung

pulau belitung

Sampailah masa untuk melihat sunset di pantai Tanjung Pendam. Wohoo.Nasib trip kami ni ada abang boomerang merangkap abang drone juga! Nyempat ler kami duduk-duduk dan layan pemandangan disitu. Lepas dah layan view pasti perutnya udah berkeroncong lagu Goyang Nasi Pandang dong! . Lalu kami terus dibawa tour guidenya ke Belitong Timpo Duluk. Nah dekat sini aku teruk dibuli. Hahaha. Dekat sini konsep #makanmakankurus boleh digunakan. Gasak aku paling muda di meja. Makanya aku yang ceduk lauk paling last. Hahaha. Berbalik semula kepada permulaan cerita aku di atas, istimewanya trip dengan MTN Getaways ni ,kita juga belajar tentang budaya orang Belitung. Kan seronok sambil jalan-jalan sambil belajar adat dan budaya. So, sangatlah berbaloi kan untuk korang follow trip dari MTN Getaways ni.
pulau belitung
Sayalah penulis blog akuainkausiapa.Kenapa? Nak berkenalan ke?

Cerita hari kedua aku di Pulau Belitung tamat disini.. Badan memang melekit-lekit pada waktu ni satu sebab cuacanya panas, keduanya sebab itinary nya yang full day woi. Tuh yang buat lebih seronok. Ohhh, kalau yang belum baca entri sebelumnya...mohon dibaca dong..
TENTANG KEINDAHAN BUMI LASKAR PELANGI YANG TIDAK DIKETAHUI
INDAHNYA BUMI LASKAR PELANGI !

Sekian jatuh cinta aku buat kamu ya , Bumi Laskar Pelangi ❤️

ku mahu titipkan dua pesanan buat kamu semua...
pertamanya , ayuh terus langsung masuk ke website dan social media MTN Getaways,
Website : https://www.mtngetaways.com/
Facebook: https://www.facebook.com/mtngetaways01/
Instagram: https://www.instagram.com/mtngetaways/

keduanya, kalau mahu lihatin lagi fotornya , kamu orang langsung terus ke instagram gue di @farahainzfa dan @awakcutimana 

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Seronok dapat tengok tempat orang kan? Tak pasal² nyanyi sekali lagu laskar pelangi tu. ^^

    BalasPadam
  2. Suka betul akak tengok view kat sana.cantik sesangat..rugilah kalau tak jejakkan kaki kat sini kan...

    BalasPadam
  3. wow... menariknya... cantik tempatnya...

    BalasPadam
  4. weh, mana nak cari cerita tu? nak tengok

    BalasPadam
  5. memang patut pun boleh jatuh cinta... teringat lagu laskar pelangi...

    BalasPadam

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.