MENGINAP 3 HARI 2 MALAM DI RUMAH BLOGGER SIS LIN

jdt blogger

MENGINAP 3 HARI 2 MALAM DI RUMAH BLOGGER SIS LIN

Yes , gais Geng Katak kembali lagi bersidang untuk kali kedua. Kali ini geng katak sudah bertambah ahli nya , iaitu Fara Dina. Pun dari kaum kerabat JDT Blogger. Hahaha. Kebetulan mendapat review di hotel Double Tree, maka oleh yang demikian kami sebulat suara untuk bersidang lagi. Cumanya kali ini lebih lama dari biasa. Serta pertambahan ahli lagi. Hahaha. Gaya bertambah ahli tu macam ramai je kan padahal seketul je. Hahaha.

So, kami sampai di rumah Sis memang pada waktu makan tengah hari. Ya Allah Sis kemain bersungguh dia masak. Korang boleh tengok je lah apa yang dihidangkannya. Meriah meja makan rumah Sis pada waktu tu. Aku ni memang awal-awal dah tau datang rumah Sis kosongkan perut. Kihkihkih. Kebajikan dari segi makanan anak katak memang terjaga sepanjang penginapan kami. Penginapan katanya! Hahaha.
lauk makan tengah hari
Hidangan makanan tengah hari kami
Kami check in memang just nice lah untuk bersantap pada waktu tu, Sis kemain membuli aku , disuruhnya aku untuk mengetuai bacaan doa makan! Kah! Ngap ngup ngap , perut dah kenyang! Perut senak woi banyak sumbat makanan. Persidangan bersambung di depan ruang tamu rumah Sis. 

Suasana nya sebijik macam cyber cafe uolls! Sis ni pula jenis kalau ngadap laptop dibukak sekali dengan tv. Aku ni pulak tak boleh macam gitu. Hahaha. Banyak kali cubaan untuk menutup tv, akan tetapi direport oleh Kak Sunah! Pandai dia sekarang kerja report terus dekat Sis. Tau la ain suka “halu pulis”. Dia “halu Sis Lin” . Hahaha. Masing-masing pada waktu tuh mengadap laptop dan update blog.

Tetiba Sis Lin bertindak sebagai manager dan Kak Sunah sebagai yang meng edit blog-blog. Blog blog siapakah? Geng JDT Blogger. Jangan memain. We all punya blog sekarang masing-masing dah canggih! Orang kata blog kitorang sekarang ni semuanya sedap mata memandang. Kat mana nak tengok list blog JDT Blogger? Tengok je dekat side bar aku, JDT Blogger. 

Tahu macam mana Sis dan kak Sun buat? Pertama, Sis akan tengok dulu blog nya macam mana, owner blog tu sifat dan karakternya bagaimana, lepastu Kak Sun akan take over edit bab-bab coding tu la. Kemain kau. Dalam tempoh 3 hari 2 malam tu je, aku rasa ada lah 5 blog berjaya di make over! Tabik spring betul effort diorang woi.

Aku pulak buat apa? Aku biasalah dengan dunia aku sendiri. Hahaha. Kejap terbaring, kejap tertidur, kejap tengok tv. Hahaha. Kejap tergelak sensorang tengok youtube. Aku ni jarang tengok tv. Tapi selalu layan Youtube la. Fara Dina pula update blog, edit-edit gambar sambil-sambil tu pun dia tengok tv juga. 

Sampai lah waktu malam Sis ajak keluar , lepas magrib kitorang pun keluar. Apa lagi, mencari makanan la. Dekat kawasan yang banyak food truck. Apa yang kami beli? Kuih peneram (yang ni sumpah ranggup gila, aku yang tak berminat pun terus tak boleh berhenti makan) dan seterusnya kami beli apam balik hipster seperti di dalam gambar. Hahaha.
jdt blogger
3 ketul anak katak Sis Lin
Sis ajak pergi dekat kedai makan katanya ada lempeng disitu. Sayang nya, lempeng sudah habis tapi jemput-jemput je yang ada. Oleh yang demikian kami order jemput-jemput dua set , minuman serta kuih peneram(kuih telinga keling) tu kami makan disitu. Apam balik hipster tuh bila pula kitorang makan? Supper uolls! Hahaha

Selesai makan kami pulang ke rumah Sis dan sambung semula ngadap laptop diruang tamu sampaila pukul 12 malam kot supper time! Sis paksa suruh habiskan apam balik tuh sorang ambil satu potongan. Hahaha. Aku pula sempat meratah beberapa ketul ayam kari masakan Sis pada waktu tengah hari tu. Ya ampun memang sedap sehingga menjilat jari. Pukul berapa kami tidur? Aku rasa pukul 3 pagi kot. Kitorang sebulat suara tidur bersepah di ruang tamu tersebut. Hahaha.
apam balik
Hipster kan packaging apam balik dia 

apam balik
makcik ni tukang bungkus je , yang buat tu anak dia mungkin. Hahaha.

restoran pasir gudang johor

jemput jemput
Set jemput-jemput dimakan sambil berbual-bual
Hari kedua kami bermula agak lewat, kerana masing-masing lepas subuh membuta semula. Hahaha. Diorang dah terjaga aku je yang masih membuta. Aku sebenarnya dengar je perbualan diorang tapi apakan daya sedapnya tidur. “Ain!!! bangunnn!!” jerit Kak Sunah. Hahaha. Aku memang betul-betul bangun pun sebab terbau Nasi Goreng Kampung Sis Lin. Okay, ayuh kita lihat menu sarapan “breakfast like a king” kami pada hari kedua.

Peh! Kan dah cakap sepanjang check in kami disini tidak perlu risau tentang kebajikan makanan. Tersedia rapi. Hahaha. Sebelum makan, aku basuh ler muka dulu sekali dengan membuang. Rupanya diorang tunggu aku di meja makan. Hahaha. Maafkan ain , lama pula dekat toilet melepaskan hajat! Hahaha.

Sambil-sambil makan kami pun berborak la sampaila tetiba henset Sis berbunyi notification dari Email. “Eh eh eh aku menang lah contest Dutch Lady tuuu”. Pumpang pumpang sembang tiber Kak Sun pun dapat notification juga. “Arrrgghhhhhhh aku pun menang...” Hahaha. Kelakar woi waktu tu. Dengan baju kelawar nya diorang tu tengah bersarapan sekali dapat berita gembira. Hahaha. Diorang jerit memang kelakar gila waktu tu. Hahaha. Yela, diorang join suka-suka je tak harap menang pun sekali rezeki menang! Berbaloi woi. 
nasi goreng kampung
Nasi Goreng Kampung Sis Lin kemain mengancam
Dengan masih berbaju kelawar sambung edit blog-blog yang direquest. Kelakar woi sampai ke petang diorang khusyuk melayan. Kalau aku dah mabuk pitam dah. Sampai la ke petang , “woi mandi solat!” Hahahahha. Malam nya pula  kitorang ada invitation food feview di Double Tree. So lepas asar kami pun bergerak. Sampai je double tree , makan makan time. 

Lebih kurang pukul 9 malam kami pun pulang. Sampai dirumah masing masing perut senak. Hahaha. Apa lagi, sapu minyak angin ler. Seperti biasa diorang sambung lagi edit meng edit blog. Sampai lah pukul 12 cyber cafe ditutup. Lebih kurang pukul 1 pagi gitu kami tertidur. Sempat ler sebelum nak tidur tu borak-borak. Diorang dok tanya aku pasal crush! Kahkahkahh. 
jdt blogger
Kami di Double Tree Hotel 
Hari terakhir sebelum check out kami bangun subuh agak lewat juga. Subuh gajah namanya. Hahaha. Lepastu aku gasak sambung tidur semula tapi memang dah cakap nak gerak awal. Sebab pagi tu aku ada meeting dekat Pulai Flora, which is dah dekat dah dengan rumah Kak Sunah. So kami pun mandi dan bersiap-siap kemas semua bantal dan selimut masuk dalam bilik. 

Breakfast waktu tu simple je Sis buat tapi kenyang woi sampai ke malam. Malam tu baru aku cari makan. Hidangan simple je mak-mak bekal kan suruh anak makan sebelum masing-masing pulang ke rumah ialah hotdog dan nuget beserta roti disapu dengan jem durian D24. Sambil makan sambil berborak pasal Sis Lin yang rupanya tak suka minum susu. Hahahha. Kelakar dia cerita zaman persekolahannya. Konon dulu sengaja dia bersiap lambat sebab tak nak minum susu. Hahahha.

Oleh itu, tamat lah penginapan kami geng katak di rumah Sis. Sekali lagi, jutaan terima kasih atas layanan tuan rumah kepada kami. Semoga Allah terus melimpahkan rezekiNya buat tuan rumah. 💜

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. wow..bestnya penginapan mewah giteww..:)

    BalasPadam
  2. nasib baik bapak katak takde, kalau tak, mak katak tak pandang anak katak ni, hahahaha.... halu pulisssssssss

    BalasPadam
  3. Ameen..hhahha..seronok aku baca..terbahak2 gelak

    BalasPadam
  4. Alhamdulilah...di kala hati kesepian, datang mereka-mereka ini menyinari kemeriahan rumah..
    Terima kasih buat Ain, Sunah dan jua Farah, maaflah kalau kadang Sis ko ni terlampau garang dalam displin diri dan juga suka membebel dan cakap banyak..
    Dan menahan bau hahahahaha :p

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum.ain...seronoknya anak2 katak bermalam di rumah ibu katak yer...mmg terbaik la...

    BalasPadam

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.