BILA ABANG BOMBA TERJAH KAWASAN JIRAN TETANGGA

cara padamkan api di rumah

BILA ABANG BOMBA TERJAH KAWASAN JIRAN TETANGGA

Ceritanya begini , aku kan rapat dengan anak-anak jiran disekeliling kawasan rumah ini, aku borak ler dengan si Asyira ni dekat DM Instagram , "tengah buat ape?" ,lepastu dia cakap "Kak Ain tau yang ade gotong royong nanti? Jomla nanti kita jumpa okay". Kisahnya aku agak sibuk sedikit beberapa hari dan tak sempat langsung menjengah peti surat. Oh, terus aku pergi check. Laaa, 9 Februari pagi rupanya!. 

Lepas dari subuh aku tidur balik semula kerana hari semalam nya ialah hari jadi aku, biasala tidur lewat dan kepenatan sangat. Sampai la abang aku kejut dia cakap "Ain kau kata nak pergi gotong royong kan ni dah pukul berapa dah ni!" Hahaha. Terus aku bersiap dan berjalan kaki ke kawasan tempat perkumpulan KRT kami. 

Okay aku nak buat pengakuan jujur , aku tak buat pun gotong-royong tu, just tayang muka je. Hahaha. Rupa-rupanya makcik-makcik dah bergotong royong masak sesama hari sebelumnya. Menu hari kejadian ialah Nasi Lemak dimakan bersama dengan Mee goreng , teh O sebalang , kopi sebalang , hidangan kuih. Maafkan Ain tak menolong! Sebab dah ter auto left group whatsapp kejiranan wanita dan tak dapat tahu langsung apa-apa info. Insyallah ni dah comeback , kalau ada kelapangan masa insyallah pasti akan ku hadir. Hahaha.
cara padamkan api di rumah
Jangan main-main makcik-makcik jiran i power tau bab-bab padamkan api!

cara padamkan api di rumah

cara padamkan api di rumah
API ! api !!! ( aku ler tu yang tukang jerit)HAHAHA
Dah sampai berkumpul tu baru la ku tahu yang selepas bergotong-royong diselitkan sekali ceramah dari abang bomba. Tunggu punya tunggu akhirnya sampai juga abang bomba. Bagus sangat ceramah ringkas tepat dan memang setiap jiran tetangga harus tahu tentang info yang disampaikan. Antaranya ialah tentang cara-cara nak padamkan api , apa sebenarnya fungsi dan kegunaan alat pemadam api.

Ini aku attachkan cara-cara nak padamkan api! Sumber dari google dan yang penting jangan panik. Jika berlaku kebakaran di rumah, kita sebenarnya kena berfikir macam mana nak padamkan api serta yang ditekankan oleh abang bomba pada hari itu ialah 3 perkara iaitu haba , udara dan bahan. Haba ni datang dari api itu sendiri , bahannya nya pula ialah apa yang terkandung di dalam alat pemadam api serta udara. Nak tahu apa sebenarnya bahan untuk padam kan api? Jawapannya ialah baking soda. Ala yang selalu orang guna untuk buat kek tu. Sebab tu kalau lepas guna fire extinguisher habis putih kan itu la sebenarnya baking soda. 
Sumber di sini 
Pada hari kejadian itu juga, abang bomba mengajar macam mana kalau waktu tengah memasak berlaku kebakaran dan macam mana nak padamkan api itu dengan menggunakan kain yang basah. Apa yang penting ialah keselamatan pada diri kita. Terima kasih abang bomba sudi terjah ke kawasan kejiranan tetangga kami.

2 comments:

  1. Perghhh crush baru pulakkkk hahahahaha

    ReplyDelete
  2. haaa...baguss..boleh aku link ke entri ni nanti..tungguuuu

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.