BETUL KE LELAKI YANG SUKA MENYAKAT KITA TU SEBENARNYA DIA SUKA KITA? - Aku Ain Kau Siapa

Tuesday, April 2, 2019

BETUL KE LELAKI YANG SUKA MENYAKAT KITA TU SEBENARNYA DIA SUKA KITA?

Image result for awak
gambar : google

BETUL KE LELAKI YANG SUKA MENYAKAT KITA TU SEBENARNYA DIA SUKA KITA?

Giler kemain panjang tajuk posting kau kali ini cik Farahain woi? Mungkin inikah yang dinamakan cinta? Hahaha. Sebenarnya , ini idea spontan. Teringat pula pada moment-moment masa belajar dulu. Aku ni boleh dikatakan sangat rapat dengan abang aku. Jarak umur selang dua tahun je, bila dekat sekolah menengah dulu masa aku tingkatan 3 dia tingkatan 5. Cikgu-cikgu dan senior-senior aku ramai yang kenal abang aku. So , aku ni pun boleh ler juga tumpang glamer abang aku, ceh aku pun boleh tahan glamer juga dekat sekolah! puih! perasan sendiri.

Tetiba masa dalam kereta nak teman abang aku beli burger , dia cakap lah tu kawan dia ...blah blah blah..Terus spontan aku bertanya , "masa time-time sekolah dulu kan , kalau budak lelaki yang jenis suka menyakat budak perempuan tu dia tuu dah kenapa ehk?". Jawapan abang aku "Itu sebab budak lelaki tu suka dekat budak perempuan tu..dia sakat sebab nak dapatkan perhatian budak perempuan tu". Aku senyum dalam diam. Hahaha. *Gelak dalam hati.

So, Awak suka saya ler kan ? Tapi tak nak mengaku? Dari sekolah sampai sekarang kenapa nak keep in touch dengan saya? Hahaha (Ayat ni memang sengaja aku letak sebab aku tahu 'awak' yang aku maksudkan tu dia tau blog aku , dia baca blog aku). Awak , penat dah ni tau saya acah-acah bagi hint banyak dekat awak , awak masih tak perasan ke? 

Awak masih tak perasan ke yang awak dah pun dapat attention dari saya? Kah! (Aku rasa kawan-kawan aku yang baca ni komfom menyampah rasa nak ludahkan aku je ni...tiba-tiba Ain tulis macam gini)

Sekian! By the way ...Awak...setiap kali saya dengar lagu Haram , saya rasa macam awak tengah tujukan lagu tu untuk saya!.Kbye! Sebelum ada yang nak muntah....Aku chow dulu..hahahhaha.

9 comments:

  1. hahahhahahahhaha..kenape aku kena baca benda ni malam2 ni haaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. bahahahahhhaaa...biarr jadiii igauan mimpi ngeriiii...hahhahahhahahahhaa

      Delete
  2. hehehe comel je. cepat la 'awak' tu baca =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahaa...eeeee,,malu kite awakkkk...hahahhhaha..

      Delete
  3. Kalau ada jodoh farahain dan dia.. Makan nasi minyak la kitaa.. Yeayyy 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. xnk nasi minyak.. kite hidang spaghetti carbonara yerr. 🤣🤣🤣

      Delete
  4. ya betul tu...
    saja nak bagi kita bercakap atau ade respon dengan dier..
    so menyakat je jalan terbaik..
    dari situ pun boleh kenal dia siapa..dan dier pun akan kenal kita siapa..

    Uyui pun dengan Mr Macho hasil sakat masa darjah 2..sampai sekarang menyakat tu memang hobi Mr Macho..^_^
    dah anak anak pun ikut sekali

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhahhzhaha... pehh dari darjah 2 ehkk.. sweeet angat 💖💖💖

      Delete

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.