GENG TIGA FARAH BERGABUNG - Aku Ain Kau Siapa

Saturday, April 6, 2019

GENG TIGA FARAH BERGABUNG

Image may contain: Nur Farahain, Farah Dinah Hassan and Farahuda Hud, people smiling, people sitting, people eating and indoor

GENG TIGA FARAH BERGABUNG

Dulu-dulu masa kecik mesti dekat sekolah kawan-kawan tanya , "nama awak siapa? nak panggil apa?". Begitu lah juga dengan nama aku. Nama penuh saya Nur Farahain. Tapi , selalu yang kenal aku akan panggil aku "Ain" . Sebab tu ler blog ni nama dia akuainkausiapa. Kah!. Sebenarnya , since kecil arwah ibu dan ayah memang panggil Farah , tapi semenjak adik aku lahir lepastu dia "memParahkan" nama aku. Boleh pulak kan dia panggil aku Parah. Tak boleh jadi gini , terus tukar panggil Ain. Itulah nama yang terlekat sampai sekarang sebagai Ain.

Lepastu masa sekolah pun boleh tahan juga ramai yang nama Farah. Aku rasa orang nama Farah ni glamer mungkin! Hahaha. Aku yang memegang nama Farah ni pun rasa sangat bersaing dan tercabar sebenarnya. HAHAHA. Lantas aku membuat keputusan panggil je aku Ain! Mudah ringkas dan senang orang nak ingat. Tapi , orang cina susah gila mau sebut nama aku. Terpelat-pelat dibuatnya. Aku tahu diorang susah nak sebut sebab dulu masa dekat matrik , aku sebilik dengan chinese. Kesian betul dia sebut nama aku terkulat-kulat. Hahaha.

Cukup sekadar cerita nama Ain dan kita buka pula tentang nama Farah. Kebetulan pula di JDT Blogger boleh tiga ketul nama Farah tersenarai. Aku Farahain , Faradinah dan Farahuda. Sampai kalau pergi event sama , ada yang konfius. Hahaha. Bukan itu sahaja , kadang bila geng yang lain panggil "Faraaa" , dah tiga-tiga semua nak perasan. Hahaha. Senang nak ingat , kita sebulat suara memegang nama di hujung je . AIN , DINA , HUDA . Hahaha. Itu pun kadang , tersasul juga. 

Pernah hantar whatsapp dekat dina , "Fara , ain dah sampai" . Bila baca semula , kau ni hantar whatsapp dekat diri sendiri ke? Hahaha. Begitu la ceritanya bila geng tiga farah bergabung. Baru-baru ni pulak , orang cakap Dina tu macam kembar Huda. KAH! Orang cakap , manusia yang memegang nama Fara ni memang jenis periang orangnya. Hahaha. Betul ke wahai geng farah farah ku?

5 comments:

  1. tadelah periang sangat cuma mudah terhibur.. hahahaha
    kita banyak kembar.. dengan huda dan dik bee :D

    ReplyDelete
  2. Ko tengok Dinah tu..senyum sama jeeee kan hahahahaha

    ReplyDelete
  3. dulu aku try gak panggil dinah...dengan didi...tapi last2 semua orang panggil dia farah..hahahahah

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.