HARI PERTAMA AKU DI KELANTAN
Selepas merempuh cabaran pengembaraan dari Johor Bahru ke Kelate, kami selamat juga sampai. Bayangkan call time pukul 5 pagi, memang serabai habis aku. Lantak la serabai ke, yang penting selamat sampai. Baru la aku dapat rasa perasaan orang nak balik kampung yang terpaksa hadap perjalanan yang jauh. Pheew. Berbalik kepada tajuk , untuk hari pertama kami sampai pada petang. Dah nak masuk waktu hitea katanya.
Sampai je kami check in menginap di Sudara Beach Resort . Kami makan dulu sebelum untuk mengisi perut sebelum masuk ke bilik. Pada sebelah petang pula, kami di bawa ke Akademi Nik Rashiddin yang terletak di Jalan Tok Bali , Bachok Kelantan. Dari resort yang kami menginap dekat je dengan Akademi ni. Apa yang ada disini?
Akademi Nik Rashiddin (dikenali sebagai Pusat Sumber Kandis) ditubuhkan pada tahun 2000. Ia merupakan pusat untuk pengetahuan tradisional dan pemeliharaan warisan Melayu.
Ditubuhkan oleh Nik Rashiddin Hj Nik Hussein, yang dilahirkan dan dibesarkan di Kota Baharu dalam semangat seni dan kraf tradisional Melayu Timur Laut. Keris Tajong, sebagai simbol dan identiti orang Melayu adalah sinonim dengan karyanya. Indah diukir, keris secara fizikalnya unik dengan nilai-nilai intrinsik tersembunyi.
Terletak berhampiran pantai di Kg Kandis di atas tanah seluas 6 ekar, ia dikelilingi oleh rizab semulajadi pantai dan seni bina di dalam kampung petani dan nelayan. Aroma dan tumbuh-tumbuhan terapeutik meningkatkan landskap, yang direka kondusif untuk tempat perlindungan Woodcarvers.
Pusat ini menawarkan pakej pelancongan, aktiviti penyelidikan dan perundingan mengenai seni ukiran kayu untuk semua lapisan kehidupan termasuk pelajar dari peringkat rendah, menengah dan tinggi, sarjana, artis, artis, penyelidik dan pencinta seni
(sumber : Akademi Nik Rashiddin)
Selepas itu kami pulang semula ke resort dan pada malamnya kami dinner santai disitu. Hari pertama banyak dihabiskan untuk perjalanan sampai ke Kelantan. Nantikan cerita hari kedua pula ye. ðŸ¤
Ain..nnt dtg lagi yer..:)
BalasPadaminsyallah ... akan datang lagi..sebab tak habis menjelajah lagi negeri kelate tuu..heheheh..
Padamjangan lupa: malam itu kami disajikan dengan karaoke daripada seketul ain
BalasPadambahahahahhaa...tiadaaa lagii yang ku harapkannn... hahhahaa
PadamHahahahaa lepas menjamu selera, menjamu telinga pulak kan...
BalasPadamMadu tiga kan Ain hahahahahaha
ajee gilerrrr pak hajiiiiii naik pentasss terusss dua laguu tak benti. hahahhaa..
Padamwahh bestnye berjalan2.. nak ikutttttt
BalasPadamaiskrim potong memamg sedap
BalasPadam