RUNTUHNYA EGO SEORANG WANITA - Aku Ain Kau Siapa

Thursday, April 11, 2019

RUNTUHNYA EGO SEORANG WANITA

akuainkausiapa


RUNTUHNYA EGO SEORANG WANITA 

Kau tengok tajuk aku , dasyat giler kan baca nya. Rasa macam betul-betul runtuh dan roboh. Hahaha. Iya , jawapannya ya betul! By the way , aku menaip pada jam 1:11pagi . Petang dan malam nya aku decide untuk spent time dengan mereka. Sebabnya , aku tak ada dekat JB sampai hari Ahad. So, i was thinking why dont jumpa diorang kejap kan. Have a chit chat. That day , aku memang super duper serabai paling selekeh di dunia. Kau tengok jela. Tapi , aku pedulik apa. That is me. Itu la diri aku , yang jenis slumber badak pakai seluar track dengan tshirt ke sana kemari. (Nampak sket macam budak sekolah) Kah! 

That day semuanya dilakukan secara spontan. Kitorang sempat produce dua video. 1 video food feview dan 1 video song Challenge. Hahaha. Bestnya lepak dengan diorang ni , they are so spontan. Diorang bukan jenis gegurl yang 24jam nak kena nampak cantik. Bla blah blah , lepak-lepak dan malam tu , aku pun hantar ler si Aliyah ni ke rumah dia. Sambil tu we borak-borak. Depan rumah dia je pun. Hahaha.

Dan, runtuhnya ego seorang wanita! 
wanita itu ialah aku...

She keep asking me , "Cerita lah dah ade boyfriend ke , siapa lelaki yang kak Ain minat"...senang cakap pasal jodoh..Woi, memang la dia baru 15 tahun , tapi aku suka cara pemikiran dia kadang lagi matang. Ayat yang buat aku rasa macam deep giler , "Kak Ain ni sebenarnya ego tuuhhh tinggi melangit.. Ni kepala ... Ego kak Ain tuhh haaa tinggi (sambil dia mendongak).. Orang dengan si budak kecik tu dah puas dah buat macam-macam dekat kak Ain... Tengok jela... kak Ain kalau tak nak angkat call , memang tak angkat kan?" . " Kadang kita jangan salahkan orang lain tentang apa yang kita lihat.. Tapi kita tengok diri kita balik..." (Gais , menitik weh air mata tapi tak mengalir ler) MASIH EGO!

Balik dari rumah , aku nangis. Betul apa yang dia cakap. Terdiam sekejap muhasabah diri. Teruknya aku! Sambung lagi apa yang dia cakap , "orang tahu Kak Ain ni macam mana... Kak Ain kan pengawas dulu... Siap ada lagi gambar dalam frame dekat sekolah... Kak Ain cakap dulu kak ain garang.. Pengawass memang dibenci ramai orang..tapi kenapa dia masih lagi nak tegur kak Ain". Dia ialah teeet.. Someone yang aku explain dekat Aliyah tadi. Dah si Aliyah tanya pasal kawan lelaki.. aku jawab la. πŸ˜‚ Kak Ain ni nak kata kasar? , tak kasar sangat lah tapi hati tu mesti lembut kan . Cuma tu lahh.. cuba belajar turunkan ego tu sampai ke lutut or kaki.." Hahaha. gelak aku dibuatnya! Tapi , she really mean it! 

Terima kasih untuk kata-kata itu. And thanks bff jiranku Aka DOM Family ! They really make me feel who I am.. Oh , gais ... DOM Family yang membawa maksud Dunia Orang Muda. Pergi follow our official Instagram @duniaorangmuda . We all akan produce and shoot more content tentang realiti orang-orang muda! ( sempat promot) πŸ˜œπŸ˜†

#kakainsaythankyou #kalaunaktahusiapaDIAlelakiitu #dialalelakiyangbuatsayajatuhcinta #jatuhcintapadalaguHaram #jatuhcintabetulbetul Hmmm, kitaaa sajaa tahu ❤️

2 comments:

  1. kadang2 Allah hantar bdak2 untuk buatkan kita sedar.. :)

    ReplyDelete
  2. Perghhh da ada official IG pulakkkk..kalah naszkenyang nanti πŸ˜‚

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.