UNTUK ORANG PEREMPUAN ,NAK TANYA BILA LAST DRIVE KERETA MANUAL ?


UNTUK ORANG PEREMPUAN ,NAK TANYA BILA LAST DRIVE KERETA MANUAL ?

Aku mula tanya soalan ni dekat diri aku. Hahaha. Bila last aku drive kereta manual ehk? Hahaha. Aku rasa masa aku test drive JPJ lah. Hahaha. Which is masa tu umur aku 18tahun. Sekarang dah 28tahun. Gila dah 10tahun aku tinggal kan. Lama betul. Ni kalau suruh drive manual, mampus mati enjin banyak kali.

Anak jiran la yang bertanya, kenapa kak Ain tak try bawak kereta yang ini? (sambil dia tunjuk). Aku pun buat pengakuan la yang aku  dah lama tak bawak kereta manual. Hahaha. Bukan itu sahaja , boleh gigil rasanya kaki ni kalau nak kena drive. 

Untung budak-budak zaman sekarang, dah ada lesen Auto. Senang je! Zaman aku dulu eeee paling menyampah masa pergi kelas memandu. Dahla ada pakcik gatal . Terus aku report dengan ayah aku. Hari berikutnya, aku belajar dengan pakcik lain. Nasib pakcik tu kawan ayah. Siap drive extra mile lagi weh. Dia siap cakap , "Ain awak drive ke rumah pakcik kejap.. Pakcik nak ambil lauk makcik masak". Hahaha. 

Masa test JPJ pula aku drive separuh jalan je. Lepastu pegawai tu suruh uturn. Aku ingat dah fail.Rupanya lulus. Mungkin mood dia okay. Hahaha. Aku salute betul orang yang drive manual car especially perempuan. Well, pemandu perempuan kan selalu dikecam. Hahaha. Ingat, lepas lepas ni nak belajar balik la bawak manual.  

Untuk kaum wanita , bila last korang memandu kereta manual? 😂

Dan,

Awak, boleh ajar saya ke? Ke awak pun dah lama tak bawak kereta manual?.🤣

Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. Kak PC tak pernah memandu guna auto..manual..tapi dah lama sangat-sangat tak memandu..rasanya mahu tak bergerak kereta ni..kejung je kak PC dalam kereta sambil lap peluh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahhaahahaahh.. kejung sambil lap peluh 🤣🤣🤣🤣

      Padam
  2. Maybe dua tiga bulan lepas, sebab ada masa bawa kete Pak Inche. Kalau terpaksa boleh jer bawa lagi cuma malas mengenangkan jammed pergi balik kerja, lenguh lutut main clutch, hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaahahhahaaa.....teringin nak tengok kak seri bawak kereta manual... masih sopan ke tidak.. hahahhaahhaa...

      Padam
  3. akak last bawak kereta manual beberapa jam sebelum masuk wad nak bersalin aritu. kah..kah.. habis seat driver basah lencun.

    BalasPadam
  4. sama la kita..akak pun last bawak manual masa belajar memandu dan masa test JPJ..hahahah

    BalasPadam
  5. admin numpang promo ya.. :)
    cuma di sini tempat judi online yang aman dan terpecaya di indoneisa WA : +85587781483

    BalasPadam

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.