JAWAPAN DARI TUHAN - Aku Ain Kau Siapa

Monday, July 29, 2019

JAWAPAN DARI TUHAN

Image may contain: ayat sentao
Tweet ni jawapan dari Tuhan

JAWAPAN DARI TUHAN

Tuhan itu baik sangat! Maha baik dari segalaNya. Fuh! Kita je selalu lupa Dia. Aku selalu rasa “oh kalau tak tinggal lima waktu.. mungkin aku selalu akan ingat tentang Dia”. Tapi sebenarnya tidak.

Tuhan itu yang Maha Mengetahui. Dia yang Maha Adil dari segala aspek. Kadang Dia beri rasa gembira yang terlampau, kadang Dia beri rasa sedih yang dasyat. Sebab Dia rindukan rintihan hambaNya. Its like a wake up call. 
“Ain, sometime you need to feel this pain even its hurts you” Mungkin boleh meninggalkan parut di hati. Dengan cara itu, aku terus belajar. 

Belajar tentang kehidupan! Aku hilang! Hilang banyak perkara pada saat ini. Sedikit sedikit nikmat yang Tuhan bagi ditarik. NikmatNya bukan hanya sekadar rezeki dalam wang ringgit. Fuh! Tarik nafas bila difikirkan semula. 

Selesai subuh tadi, aku buka telegram, dan aku jumpa ayat tu! Mendalam betul maknanya. Aku pujuk hati aku.. untuk menerima ayat itu dengan berlapang dada. Aku ulang lagi ayat pertama dalam coretan ini, “Tuhan itu baik sangat!”😭 Baik sangat sebab Dia beri jawapan terhadap persoalan aku tentang yang ini. Aku ni selalu tanya, tanya dan tanya.. Tapi, sedikit pun Dia tidak henti menjawab persoalan dari hambaNya.

Aku hilang diriku
Sementara mengejar kamu
Aku hilang nyawaku
Kerna' ku mahu cintamu

Dan aku hilang
Hilang...

Dari cintamu, dari hidupmu
Dari segala-galanya
Dari cintamu, dari hidupmu
Dari segala-galanya
Milikmu ohhh milikmu

Cukuplah..lagu ini sebagai simbolik kepada apa yang aku tanyakan pada Dia. Kerana dalam lirik lagu ini terungkap semua persoalan. Aku orang yang sukakan muzik. Muzik itu seakan terapi dalam jiwa aku. Mungkin orang kata itu lagha! Tapi, kalau itu satunya pengubat jiwa, kenapa kita perlu tolak. Lagu itu ada maksud yang ingin disampaikan. Hanya bila kita hayati lirik nya.

4 comments:

  1. kdg kala apabila rasa down tu lah cara ALLAH utk mengingatkan hambaNya..
    Semoga dipermudahkan semuanya :D

    ReplyDelete
  2. betul...kalau kita halakan lirik tu pada Pencipta, dah ada manfaat lebih kat situ

    ReplyDelete

  3. cuma di sini agen jud! online dengan proses yang sangat cepat :)
    ayo segera daftarkan diri anda di agen365 :)
    WA : +85587781483

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.