HIKING DI BUKIT GASING

bukit gasing
Kau tengok drama giler seketul Farahain!

HIKING DI BUKIT GASING

Aku ni bukanlah sejenis perempuan yang gila hiking. Semuanya berlaku tanpa dirancang. Main redah je! Cerita nya aku pergi ke Shah Alam dan KL teman kak Sunah . Lepastu malam sebelum nak balik tuh , suami kak Sunah ajak hiking. Aku pun macam..."Haaa, serius ke?". Malam tu , Kak Sunah lah yang tolong fikirkan nak pakai baju and seluar apa untuk aku sebab aku memang bawak baju cukup cukup je. Hahahah. Godek punya godek , haaa settle. Baju aku pakai baju adik kak sunah (hahahhaha) seluar kak sunah punya .... Tudung tu pulak Sis Lin yang kasi. HAHAHAHHAA. Kasut pun pinjam kak sunah. Spender dengan bra je sendirian berhad. Hahahaa.

Malam tu kami tidur awal. Allah tuh saje nak suruh aku tidur awal jugak , dekat situ line tenet tepon aku sumpah tenat giler. Terpaksa ngecek data kak sunah. Dah kalau kak Sunah dah tidur , takkan lah aku pun tak tidur sama. Hahaha. Keesokkannya , selepas subuh kami pun siap siap. Dari Shah Alam ke KL.

Pendek cerita , sampailah kami ke tempat yang ingin dituju. Wow nampak lah ada beberapa orang yang turut sama nak hiking dan ada jugak yang dah nak balik. Permulaan aku mendaki , hmmmmm okay lagi.. Sampailah dekat jambatan gantung tuh , aku dah ..."YA ALLAH!". Aku ni jenis gayat sket sebenarnya. Aku rasa penyakit gayat ni sebab aku gemok! Aku risau kalau aku terbenam nanti siapa nak tarik aku ,dahla berat. Hahaha. (Sebegitu sekali imaginasi Farahain yer). HAHAHAHA.

Sepanjang berjalan di jambatan tu , aku punya lah berhati hati .... Mulut ni asyik menyebut "YA ALLAH!". Sampai je ke penghujung , aku toleh belakang ...mak oi punya ramai belakang aku....Dasar kenderaan berat! HAHAHHAHAA.. Yang paling kelakar , sebelum nak naik jambatan tuh , aku siap tanya soklan kelakar "kita kena lalu sini ehk". Ada rasa nak tampo tak kalau dapat soalan macam gini , dah kalau tuh je laluan dia. Hahahhaa.
bukit gasing

bukit gasing

Lepastu gedebak gedebuk mendaki , dekat hujung hujung nak sampai atas kot , sumpah pancit nak mampus! Masa tuh memang pancit sangat dan kaki dah mula rasa sakit. Sebijik macam lori berat yang lalu dekat highway nak naik bukit. HAA , macam siput babi lembab dia kan. Haa , macam tuh lah aku rasa. Hahahaha. But then , we manage to finish it! Yeay! Rasa bangga dengan pencapaian diri sendiri. Nak cakap jugak , eh nak tulis jugak...terima kasih sebab sudi melayan kerenah seketul Farahain. Hahahhaa..

By the way , ni satu pengalaman yang best! Aku suka aktiviti lasak macam gini. Semoga lepas ni , akan lebih banyak aktiviti lasak yang Farahain cuba yer! Hahaha.

6 ulasan:

  1. Bestnyaaa. suka la tgok blogger bonding mcmni. eh ke mmg dah kenal? eh kak sunah bukan johor ke? eh eh haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan ain cakap teman kak sunah ke KL dan Shah Alam tuuuu..tak baca betul2 ekkkkk 😝😝😝

      Padam
  2. haahahahahha.. terasa akk bab kenderaan berat tu. akk pun gayat jugak Ain, rasanya betullah fakta berat badan tu menambah feeling gayat tu, huhu

    BalasPadam
  3. Dulu zaman blajar suka sgt pegi hiking. Hehe. Kena ada geng sekepala

    BalasPadam
  4. Wah.. Ain Hiking.. Cayalah.. sha nie berangan jelah.. tak tahu tahun bila baru nak hiking..

    BalasPadam
  5. Wow..macam best je tuhhh!
    Hiking kat Johorr ah!

    BalasPadam

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.