"KAK AIN NAK SIKIT HOTSPOT"

"KAK AIN NAK SIKIT HOTSPOT"

Oh iya, since Covid19 ni sebenarnya aku lagi kenal ramai jiran. Sudah semestinya anak-anak jiran. Makin lama makin bertambah jumlah yang aku kenal. Iyelah , time kita tak bergerak ke sana ke sini tu la kita banyak melekat dekat rumah. Rasanya semenjak majlis Yassin Dan Tahlil yang memang sudah menjadi kebiasaan kejiranan dekat sini yang menyatukan kami semua.

Lepastu baru-baru ni ade program hari malaysia di kawasan rukun tetangga ni. Paling meriah sangat rasanya. Time tu lah dapat berkumpul. Oh ya by the way , kawasan rumah aku ni dari dulu memang aktif dengan perkumpulan kompang. Ayah dan Abang aku sendiri dulu-dulu memang join sampai lah tenggelam dan kini nampaknya semakin timbul. Ini kerana anak-anak muda mula kembali. Wah gitu.

Dari program hari malaysia tu la kitorang semakin rapat. Dah bertambah yer jumlah adik-adik Kak Ain. Hahaha. Dulu-dulu mungkin seketul dua tapi sekarang segerombolan.Gituwww. Kebiasaannya , selepas program yassin dan tahlil akan ada latihan kompang. Selalunya aku lah yang tukang rekod video dan ambil gambar diorang. 

Tetiba pada hari itu , "Kak Ain....kak ain kan blogger..nak sikit hotspot". Hahahaha. Tergelak aku! Okay aku reply "boleh bayar seringgit.." Hahahha. (gurau je) . Aku gelak bukan sebab mintak hotspot tapi sebab dia cakap aku blogger! Jadinya geng-geng blogger ni memang jenis internet power lah ehk? Hahahaha.

Pastu aku keluarkan lah aku punya broadband dan bagi password. Diorang macam pelik ni ape. Pastu aku cakaplah "kalau hotspot akak tak lepas dik nak main game awak, yang sorang nak tiktok yang sorang nak main Instagram yang sorang nak   tengok Youtube" Hahaha.

Jujurnya , aku memang bukan lah peminat kanak-kanak tapi entahlah, diorang ni ibarat penyejuk hati gituw. Pada aku diorang ni sumber kebahagiaan.

Dasyat jugak penangan blog akuainkausiapa ni sampai di "kak Ain kan Blogger" .Lepas ni haraplah dia cakap "Kak Ain kan bisneswoman yang berjaya". Aaaaaa.. mesti rasa lagi seronok!. Amin.

Okay till the next post..Jangan lupa like komen dan share...Tiberrrrrr.Tu Youtube She Is Farahain 😝

Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. Budak-budak sumber kebahagiaan, betul ituu...Mereka tulus dan kelakar at the same time... Cuma kalau terjumpa yang degil tahap apa, itu menguji kesabaran sangatttt wey~~~~~~~

    BalasPadam
    Balasan
    1. aaahhh memang.... ade masa kita boleh jadi a good friend to them tapi kdg2 kite kena ade ketegasan jugak..

      Padam
  2. Kak Ain blogger ni ngetop skrg di kalangan adik2 BBU, hehehe

    BalasPadam
  3. anak ammi yang kecil skali kadang-kadang bila ammi bagi dia chance main phone pun akan minta

    Ammi "boleh tak nak hotspot 1"..ek eh...boleh main kira2 pulak ye hotspot.

    BalasPadam
  4. tak boleh blah ek ayat dia, ape ingat semua blogger ada hotspot ke..hahahahahhahaha

    BalasPadam

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.