Cara Masak Nasi Lemak


cara masak nasi lemak

Cara Masak Nasi Lemak 

*Ain jumpa resepi ni di Facebook , ada yang share ..Kita pun share sini la supaya rujukan bersama kan .


sambal tumis ikan bilis


Resepi Sambal Ikan Bilis
Bahan-bahan :
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Cili kisar
  • Ikan bilis
  • Minyak masak
  • Pes asam jawa
  • 2 biji Bawang besar dipotong nipis
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk secukup rasa/pak aji
Cara memasak:
1. Sediakan kuali
2. Panaskan dalam 2 senduk minyak masak.
3. Cuci ikan bilis. Toskan. Goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat dan toskan.
4. Masukkan dalam 1 setengah senduk bawang kisar. (Bawang putih dan bawang merah) Masukkan 1 sudu garam. Garam ni petua untuk bawang cepat garing. Bila bawang dah garing..warna keperangan masukkan cili kisar dalam 2 senduk.
5. Masukkan beberapa sudu gula. Gula ni masuk awal sebab untuk cili cepat garing. Masukkan pes asam jawa. Saya guna pes adabi sebab tak payah bancuh guna air.
6. Kacau rata.. masukkan bawang besar dipotong nipis. Budak-budak tak suka makan bawang kan. Tapi bila buat macamni tak nampak ada bawang. Biasa orang berniaga nak bagi nampak banyak sambal. Taruk bawang besar ni banyak-banyak.
7. Slowkan api. Kacau sambal sampai betul-betul garing. Proses ni ambik masa sikit. Bila dah ramai orang bersin.. bermakna sambal tu dah cukup garing. hehehehe. 
8. Masukkan air panas atau suam. Dalam 2 cawan. Kacau rata. Biar sambal pekat skit. Baru masukkan ikan bilis goreng tadi.
9. Kacau rata. Rasakan garam & gula secukupnya. Tutup api. Siap.

nasi lemak


Resepi nasi lemak
  • Beras
  • 1 biji kelapa parut (blend - 2 kali perahan santan)
  • Garam secukup rasa
  • Daun pandan
  • Hirisan halia ( jika suka, tak payah letak pon ok)

Cara-cara :
  1. Cuci beras bersih-bersih.
  2. Masukkan santan mengikut sukatan beras yang nak dimasak. Sukatan air atau santan mengikut jenis beras yang biasa dimasak sebab ada yang jenis kena lebih air. Ada jenis yang cepat lembik. Saya guna kaedah sukatan jari.
  3. Ukur berapa tinggi beras dengan jari tengah.
  4. Pastu sukatan air atau santan sama paras ukuran tinggi beras (jari letak atas beras bukan dalam beras bila sukat paras air)
  5. Masukkan garam. Kacau rata.
  6. Daun pandan dicuci. Carik - carik kan. Ikat.
  7. Masukkan dalam periuk nasi.
  8. Masak guna rice cooker atau masak guna dapur gas. Jika guna rice cooker kadang-kadang bila separuh masak penekan tu dah naik, boleh angkat periuk dan masak atas dapur gas. Kacau rata. Tutup periuk dan kecik kan api. Masak sehingga nasi betul2 masak.
credit : Chek Kuna Ahmad‎

No comments

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.