Pengalaman Yang Paling Mengerikan - Aku Ain Kau Siapa

Thursday, January 7, 2021

Pengalaman Yang Paling Mengerikan


Pengalaman Yang Paling Mengerikan 

Sebelum aku nak mulakan kisah 52 hari aku ni, aku nak mintak maaf kepada blog ni sebab tuan nya mungkir janji. Berapa hari siot aku delay tak sambung kisah 52 hari ni ... Sorry sangat-sangat ! 

Itu lah orang cakap Kosisten . Bila kita stop je buat , nak mulakan balik tu payah betul kan. 

Anyway , kisah 52 hari ni dah masuk hari ke 31. Maknanya tinggal lagi beberapa hari je lagi nak kena tamatkan. Jom lah kita mulakan kisah hari ini..

My Scariest Experience 

Benda ni jadi dekat aku tahun lepas masa awal-awal covid tu. Aku macam lesu lemah longlai . Asyik terbaring tidur je . Aku rasa aku tak cerita kat semua orang . Aku just cerita dekat close people je . Dia macam simptom demam , sampai badan rasa lemah sangat. 

Tapi yang paling sedih sebab selera makan langsung tak ada . Aku siap nangis depan makanan weh . Paksa diri aku untuk makan tapi tak boleh. Sampai lah decide untuk pergi check dekat klinik . Memang banyak lah yang ditanya lagi-lagi kan sebab covid kan . Lepastu kena amek darah. Aaaaaaa yang tu seram nya. Terpaling seram doktor cakap awak tekanan darah rendah . Siap dah keluarkan surat incase aku dah sakit sangat untuk warded kat hospital. 

Tapi aku jenis lawan , balik rumah lagi rasa sedih sebab dapat ubat melambak. Hahaha. Aku takut ubat. Abang aku lah yang gigih hancurkan segala ubat-ubat tu dan bancuh dekat air sunquick untuk aku minum. Yang tu tak scary lagi , yang paling scary bila aku tumpah darah. 

Ngeri woi rasa nya . Aku tahu memang aku tengah period tapi lepas dah beberapa hari tu , darah keluar non stop . Aku tak sedar dan tak rasa sakit langsung pun. Sampai banyak kali bocor dalam rumah . Setiap berapa jam kena tukar pad . Ya Allah ngeri weh bila ingat balik kejadian tu . Sampai aku rasa malu lah . Yelah , aku kan duduk serumah dengan semua lelaki (adik beradik semua lelaki). Bocor weh .. melambak darah keluar..malu sangat rasa.. Memang tak perasan langsung darah tu keluar even pakai pad.

Sampaikan aku banyak kali menangis je sepanjang tempoh tuh . Aku rasa down sangat . Oh yer lupa nak bagitahu , doktor suspek aku kena demam denggi berdarah . Teringat kawan aku pernah kena demam denggi berdarah sampai pengsan , sedar-sedar je dia dekat hospital. Mujurlah aku tak kena seteruk itu. 

Alhamdulilah , lepas kejadian tu aku memang banyak rehat je. Muka aku pucat sangat . Aku kalau sakit yang terlampau aku tak suka bagitahu orang . Memang jenis perangai simpan sendiri je . Ngeri sangat kalau ingat semula kejadian tu . Sampaikan jiran sebelah cakap bila nampak aku dah boleh keluar rumah " lega tengok kak Ain dah boleh keluar rumah .. risau rasanya tak dengar gelak tawa kak ain" . Hahaha . Nampak betul aku kuat gelak .

Korang semua jaga diri tau .. Kalau rasa penat sangat kerja , atleast kena ada masa untuk rehatkan diri . Sayang diri kita .. Jaga diri seelok-eloknya . ❤️

5 comments:

  1. Wui, seram bebenor ni wehh! Stay healthy haaaa.... Aku haritu darah rendah, tgn shaking...Sebab diet x seimbang lul..Kwn aku jd cam kau..darah melimpah ruah.... tapi doktor suh turunkan berat badan... dia kalau period pun lamaa sgt... lepas buat scan semua... doktor ckp..ada darah period yang tersangkut dalam tu tersumbat..so disarankan dia kena cuba turunkan berat.. then skrg dia dah kurus sikit.. sebab takut sakit camtu lg.. kena MC.. masa tu pad pun beli paling panjang.. tukar byk kali.. seram dia...

    ReplyDelete
  2. Memang seram tu Ain, mujur Ain ada semangat utk pulih

    ReplyDelete
  3. Aduhai mmg scary if darah byk2. Take care ain. Nak wallet free? Jemput join GA saya http://www.aimisyahirah.com/2021/01/wallet-giveaway-by-misya-2021.html

    ReplyDelete
  4. Semoga dipermudahkan segala urusan..

    Jom join GA sahabat kita ni :)

    https://ejulz.blogspot.com/2021/01/wallet-giveaway-by-misya-2021.html

    ReplyDelete
  5. Mudah2an dah sihat dan sembuh sepenuhnya.

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.