Resepi Meatball Ala Ikea

resepi meatball ikea

Resepi Meatball Ala Ikea

Meat ball 
Saya guna Ramly je..Grill dengan minyak zaitun ya

Kentang Putar
  • 3 biji ubi kentang (kupas, potong dan rebus empuk)
  • 1 sudu besar butter
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada putih
  • 1/4 sudu teh garam halus
  • 3 sudu besar susu full krim
Cara-cara
  1. Rebus kentang hingga empuk. Toskan dan lecek ketika masih panas sehingga halus.
  2. Masukkan butter dan susu cair. Kacau hingga lembut dan licin.
  3. Tambah garam dan serbuk lada putih secukup rasa.
resepi meatball ikea


 Sos Gravy
  • 2 sudu besar butter
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 2¹/² cawan air
  • 1 ketul kuib pati daging Knorr
  • 1/4 cawan susu cair
  • 1/2 sudu kecil gula
  • Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
  • 1 sudu besar kicap pekat untuk mengelapkan sos
Cara-cara
  1. Panaskan butter hingga cair. Masukkan tepung gandum dan kacau hingga sedikit perang 
  2. Masukkan air, kuib pati daging & renehkan sebentar.
  3. Masukkan susu cair, garam, kicap pekat dan serbuk lada hitam. Kacau rata
  4. Renehkan sebentar sehingga kuah hampir pekat.
resepi meatball ikea


Kredit: Nazri Ahmad

No comments

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.