Resepi Donut Cheese

Resepi Donut Cheese


 Resepi Donut Cheese

Bahan-bahan:

  • 4 cawan tepung gandum
  • 3 sudu besar marjerin
  • 2 sudu besar susu pekat
  • 1 sudu besar gula 
  • 1/2 cawan air suam 
  • 1/2 cawan air
  • 1 peket mauripan
  • Sedikit garam
  • Cheese slice

Cara-cara :

  1. Ambil setengah cawan air suam larutkan gula , yis segera dan kacau sehingga sebati . Biarkan sampai yis mengembang dalam 20 minit .
  2. Tepung gandum tadi ramas dengan marjerin , susu dan garam sampai sebati . 
  3. Bila yis dah mengembang . Masukkan yis tersebut ke dalam tepung tadi diselang seli dengan setengah cawan air sehingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan.
  4. Rehatkan doh dalam 30 minit , tutup doh tersebut dengan kain basah . 
  5. Selepas 30 minit , doh tersebut dah naik . Tumbuk doh tersebut untuk mengeluarkan angin .
  6. Boleh canaikan doh tersebut , jangan tebal sangat dan terlalu nipis sangat . ( untuk cheese saya buat dengan menekap kan menggunakan cawan minuman plastik ). Kalau donut biasa saya gunakan acuan donut .
  7. Sebelum menggoreng donut tersebut . Rehatkan donut itu selama 30 minit supaya ia mengembang dgn cantik.

Catat Ulasan

0 Ulasan