Resepi Donut Inti Nutella Bomboloni

 

Resepi Donut Inti Nutella Bomboloni

Resepi Donut Inti Nutella Bomboloni 

Bahan-bahan A:

  • 24 keping roti Gardenia (dipotong bulat)
  • 4 biji telur
  • 2 sudu besar susu 
  • 1 sudu besar gula
  • 1/2 sudu teh serbuk kayu manis
  • 1 sudu teh ekstrak vanila
  • 2 cawan coklat kacang hazel (paling mudah boleh guna Nutella!)


Bahan-Bahan B:

  • Setengah cawan gula
  • 1 sudu teh serbuk kayu manis


Cara Memasak:

  1. Masukkan 4 biji telur dalam mangkuk sederhana
  2. Kemudian masukkan susu, gula, serbuk kayu manis, ekstrak vanila ke dalam mangkuk tadi dan kacau hingga semua bahan sebati (bahan-bahan A)
  3. Celupkan roti yang telah dipotong bulat ke dalam mangkuk tadi dan letakkan ke dalam dulang pembakar (untuk kek cawan)
  4. Kemudian isikan coklat hazelnut di atas roti dan tutup dengan menggunakan roti yang telah dipotong bulat tadi juga.
  5. Setelah kesemua roti ditutup, letakkan gula, serbuk kayu manis (bahan-bahan B) di dalam mangkuk kecil dan taburkan ke atas roti tadi.
  6. Bakar selama 25 minit dengan suhu 180 darjah celcius.

No comments

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.