Cara Hias Ruang Solat

cara hias ruang solat
Cara Hias Ruang Solat

Ruang solat digunakan untuk solat berjemaah, malah boleh digunakan untuk mengaji dan tempat ahli keluarga berkumpul untuk memenuhi keinginan rohani. Jadi, ini merupakan cara hias ruang solat untuk rumah anda.


  • Saiz Ruang Solat

Saiz ruang solat sangat penting sebaiknya ia mengikut bilangan penghuni rumah tersebut supaya selesa untuk melakukan ibadah walaupun di ruang yang terhad.


  • Arah Kiblat

Rekaan mestilah berpandukan arah kiblat supaya lebih baik agar anda dapat menggunakan ruang dengan lebih efektif dan menyeluruh.


  • Pemilihan Warna

Kebanyakkan tempat ibadah ni selalu mengunakan warna-warna terang seperti putih, hijau muda, dan biru muda. Warna ini akan menghasilkan ciri yang sejuk dan nyaman terutama ketika hendak beribadah. Jadi pemilihan warna sangat penting untuk sesebuah ruang supaya mampu menyejukkan mata bagi mendapatkan ketenangan ketika beribadah.


  • Pemilihan Perabot

Ruangan solat tidak memerlukan anda untuk meletakkan banyak perabot. Anda boleh menambah rak untuk kegunaan meletak buku-buku ilmiah, keagamaan dan Al-Quran. Selain itu boleh letak rak untuk meletakkan kain telekung dan juga sejadah. Ia akan lebih teratur dan kemas


  • Pencahayaan

Ruang solat perlu ada pengudaraan dan pencahayaan semula jadi yang secukupnya. Sebolehnya berdekatan dengan tingkap. Jadi, bila pengudaraan dan pencahayaan dah sesuai, pasti sekeluarga selesa nak guna ruang solat tu. 


  •  Deko

Deko dengan menambah aksesori minimal yang tidak terlalu menonjol seperti artwork frame ayat-ayat suci atau 99 nama Allah.


  • Tempat Wudhu

Jika sesuai dengan ruang dan bajet kewangan anda, boleh juga menyediakan satu paip untuk memudahkan anda berwuduk. Anda perlu pastikan tempat mengambil wuduk berhampiran dengan ruangan solat.


kredit : wainscoting termurah by AF.Creative

4 comments:

  1. Baguskan kalau ada ruang solat khas yang kemas dan cantik di rumah sendiri.

    ReplyDelete
  2. Jadikan satu bilik yang sesuai untuk ruang solat di rumah

    ReplyDelete
  3. Teringinnya ada ruang solat yang luas dan lapang..

    ReplyDelete
  4. teringin juga nanti ada ruang solat berasingan di rumah sendiri..

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.