Rewang Masak Nasi Ambeng

Rewang Masak Nasi Ambeng

Lebih kurang 2 minggu berturut-turut ain menolong memasak nasi ambeng. Orang sini selalu nya panggil rewang . Rewang ni macam bergotong-royong bersam-sama untuk mengadakan kenduri / majlis atau program . Jadinya kejiranan wanita tempat ain ni setiap hari sabtu memang akan masak-masak dan makanan tersebut diedarkan kepada kejiranan serta membuat program CSR . 

Minggu pertama yang ain join tu masak nasi ambeng dengan tambahan ayam masak lemak cili padi . Masa ni kena siapkan 12 ekor ayam . Ain tolong la bersihkan ayam tapi yang kali kedua masak nasi ambeng tu hanya 7 ekor. Kali kedua tu ain banyak siapkan sorang-sorang dah nak habis baru ada makcik yang tolong . Itupun tolong siapkan bahagian yang kecil-kecil macam hati dan pedal . 
Bila ain tolong siang ayam...rasa macam rendah diri betul..Yela , siapa je yang nak buat kerja yang geli-geli macam gitu. Lagipun dekat rumah memang ain la yang kena bersihkan ayam dan ikan . Nak tak nak memang dah diajar oleh arwah ibu... kena juga pandai buat. 

Selain itu , dengan join rewang ni secara tak langsung ain belajar juga cara memasak dengan lebih sedap . Masa time masak tu , ain memang tengok betul-betul cara menumis , bahan-bahan yang disediakan dan cara memasak tu . Balik je dekat rumah nanti ain akan cuba masak sendiri . Gitu la cara ain belajar masak .. Yela , kita kan hidup sendiri-sendiri .. Ibu dah takde . 😔😭
Nasi Ambeng ni sedap makan dialaskan bersama dengan daun pisang . Jadi nya selepas selesai memasak , makcik-makcik ni  siap ade station masing-masing .  Daripada letak nasi sampai la ke ikan kering dan terakhir sekali sampai ke sesi membungkus .
Penat memang penat ..tapi pada ain ni pengalaman.. Dapat belajar cara memasak supaya masakan lagi sedap . Ade makcik siap sponsor apron kaler pink sorang satu . Hehehe . So Sweet 💕

7 ulasan:

  1. Wah, jarang orang2 muda nak join aktiviti rewang macam ni, Ain. Ke.. ada calon mak mertua kat situ? heheh.. gurau jer, akak tau Ain tolong dengan ikhlas, kannnn

    BalasPadam
    Balasan
    1. calon mak mertua dekat krt lain..tapi kwsn uda jugak lah... ehh 🤭🤭🤭eh eh ehehhh 🤭🤭🤭🤭

      Padam
  2. Seronok masak ramai-ramai macam ni. Mesti ain dah terer masak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahhaha.aahh seronok...xlah teror mana . tapi boleh lah 🤭

      Padam
  3. Aaaaaaaaaaa, teringin rasa air tgn mu! Hiihii~

    BalasPadam

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.