Aneka Resepi Puding Mudah Dan Sedap

 Aneka Resepi Puding Mudah Dan Sedap : Tekak ni bila musim kejap panas kejap sejuk mesti craving dessert . Tapi nak beli dessert kadangnya malas nak keluar rumah , apakata cuba resepi mudah ni. Ain nampak ada orang share dekat Facebook ni , Ain pun share sini lah sebagai rujukan kita bersama . Tanpa membuang masa lagi , ayuh scroll sampai habis .


agar agar laici

Resepi Agar Agar Laici

bahan -bahan :
  • 1 tin susu cair
  • 1 cawan air
  • 4 sudu besar serbuk agar-agar (kalau guna agar-agar tali pandai-pandai la yer)
  • 3 atau 4 sudu besar gula
  • 1/2 cawan air laici dan isinya sekali
cara memasak : 
  1. Masak air bersama susu cair sampai mendidih
  2. Masukkan serbuk agar-agar gula dan kacau sampai hancur
  3. Masukkan air laici
  4. Tuang dalam loyang , agak-agak dah suam baru masukkan isi laici
  5. Tunggu sampai keras baru potong
  6. Masuk dalam peti
credit : Zaimah Zakaria‎ #mahn

puding cocktail


Resepi Puding Coktail

Bahan-bahan:
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan susu pekat
  • 4 cawan air
  • 2 pek serbuk agar-agar
  • 1 tin koktail
  • 1 tin buah peach potong
Cara-cara membuatnya :
  1. Masukkan air, gula dan serbuk agar-agar dalam periuk , kacau dengan api perlahan.
  2. Selepas dah hancur semua masukkan susu cair dan pekat.
  3. Biar melegak kemudian masukkan pula buah buahan dalam tin.
  4. Tunggu melegak kemudian tutup api dan terus masukkan dalam bekas untuk dikeraskan, selamat mencuba dan buat ya.
puding trifle


Resepi Puding Triffle

Bahan-bahan:
  • 1 biji kek gulung | dipotong beberapa bahagian setebal 2 cm
  • 250 gm kastad
  • 500 gm gula
  • 1000 ml air
  • 250 ml susu cair
  • Sedikit garam
  • 1 tin buah-buahan campuran
Bahan puding:
  • 10 gm agar-agar
  • 500 ml air
  • Sedikit garam
  • 2 sudu makan gula
  • Sedikit pewarna merah
Cara-cara:
  1. Potong kek dan susun dalam bekas kaca memanjang. Tuang sedikit sirap dari tin buah-buahan campuran agar kek lebih cantik. Ketepikan.
  2. Masukkan kastad, gula, dan susu cair dalam satu bekas. Kacau sehingga sebati dan tidak berketul. Masukkan pula air dan sedikit garam. Kacau rata.
  3. Masak adunan kastad di atas api sederhana. Kacau selalu sehingga pekat.
  4. Tuang kastad di atas kek tadi.
  5. Tabur buah-buahan campuran tanpa sirap. Sejukkan dalam peti sejuk selama 10 minit.
  6. Sementara menunggu sejuk, masak agar-agar sehingga hancur dan mendidih. Masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa.
  7. Masukkan pewarna merah. Kacau rata dan tutup api.
  8. Akhir sekali tuangkan adunan di atas puding kastad tadi agar kelihatan cantik berlapis. Sejukkan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.
puding milo


Resepi Puding Trifle

Bahan-bahan
  • 20gram serbuk agar2
  • 1.5 litre air
  • 1 cwn gula
  • 1 tin susu cair
  • 1 1/2 cwn Milo
Cara membuat : 
  1. Masak agar-agar dan air hingga larut.
  2. Masukkan gula kacau hingga larut.
  3. Masukkan susu cair kacau sebati hingga mendidih.
  4. Bahagikan 2 bahagian, 1 bahagian campur milo,1 lagi biarkan kosong.
  5. Untuk melapis. Sapu acuan dengan sedikit minyak. Tuang lapisan milo dan sejukkan sakejap.
  6.  Dah mengeras tuang pula lapisan putih. 
  7. Ulang sampai habis sejukkan
credit : Shen Nursani

puding roti marble milo

RESEPI PUDING ROTI MARBLE MILO

Bahan-bahan:
  • 4 keping roti
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170 ml susu cair
  • 10 gram serbuk agar-agar atau sepeket
  • 1/2 cawan gula - boleh kurangkan
  • 2 sudu besar butter atau marjerin (cairkan)
  • 3 1/2 cawan air
  • Satu penutup esen vanilla
  • 2 sudu besar Milo dan 1 sudu kecil serbuk koko (bancuh jadikan pes supaya tak berketul-ketul)

Cara-cara:
  1. Didihkan 3 cawan air, serbuk agar-agar dan gula ke dalam periuk.
  2. Blend roti, telur, susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cawan). Masukkan esen vanilla blend lagi. Kemudian masukkan dalam periuk agar-agar yang sudah didih tadi.
  3. Masukkan butter atau marjerin dan kacau rata sampai mendidih lagi dan matikan api.
  4. Bahagi kepada 2. Satu adunan biarkan warna asal dan satu adunan masukkan bancuhan pes milo dan koko tadi.
  5. Ambil sesenduk warna plain dan tuang di tengah-tengah loyang. Kemudian ambil sesenduk warna coklat, tuang di atas warna plain tadi. 
  6. Biarkan puding gerak sendiri ke tepi , tak payah ratakan atau kacau. Ulang semula kaler plain dan buat hingga habis. 
  7. Ketika melapis atau me'marble'kan hendaklah dengan cepat sebab puding atau agar-agar ni mudah sejuk atau membeku.
  8. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang- kurangnya sejam.
*Nota : Kemanisan puding sila adjust ikut selera masing-masing. Bagi yang kurang gemar berlemak, kurangkan sukatan susu pekat.

puding karamel roti


Resepi Puding Karamel Roti

Bahan-bahan:
  • 3 sudu besar gula (dijadikan karamel)
  • 3 biji telur (saya guna gred AA) – dipukul lembut dan ditapis
  • 7 keping roti gardenia – dicarik-carik
  • 1 tin susu cair
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 sudu besar serbuk koko
  • 1 sudu besar tepung jagung (optional)

Cara-cara:
  1. Masukkan 3 sudu besar gula ke dalam loyang. Panaskan loyang dengan api perlahan. Senget-sengetkan untuk meratakan gula ke permukaan loyang. Tutup api bila gula dah mencair semuanya. Ketepikan.
  2. Panaskan kukusan.
  3. Masukkan susu cair, susu pekat manis dan roti ke dalam blender. Blend halus.
  4. Masukkan telur dan esen vanilla ke dalam bahan blend tadi. Blend sebentar.
  5. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Saya ambil 2 cawan dan campurkan dengan 1 sudu besar serbuk koko. Kacau sebati dan tapis.
  6. Masukkan adunan coklat ke dalam acuan karamel. Kukus 15 minit.
  7. Setelah 15 minit, cakar sedikit permukaan adunan coklat menggunakan garfu dan curahkan adunan selebihnya ke atas adunan coklat. Kukus lagi lebih kurang 30 minit dengan api sederhana.
  8. Sejukkan terlebih dahulu baru terbalikkan


puding roti

Resepi Puding Roti

Bahan-bahan :
  • Sepeket agar-agar tali (18g)
  • 4 keping roti gardenia
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 tin susu cair
  • 3 1/2 cawan air
  • Sesudu butter (optional)
  • Sedikit esen vanila

Cara - cara memasak:
  1. Blend susu cair, telur, roti dan esen vanila. Roti tu tak payah buang yang tepi. Semua pakai ye , tak membazir
  2. Basuh agar - agar dan masak smpai larut. (Guna air 3 cawan setengah tu)
  3. Dah larut agar-agar baru masukan gula dan susu pekat.
  4. Masukkan bahan-bahan yang diblend tadi , masukan butter.
  5. Masak smpai gelegak sikit, tutup api.
  6. Bahagikan 2 bahagian. Satu original dan satu dicampur sirap merah.
  7. Sendukan dalam loyang secara selang seli untuk dapat corak belang-belang.
  8. Dah sejuk masukan dalam peti ais. Boleh dihidang terus atau sejukkan.
** untuk warna, boleh je letak warna ikut suka masing-masing..nak letak warna pelangi pun tak apa..ikut kreativiti masing-masing ye..

** kalau nak buat banyak, gandakan bahan-bahan

credit : Engku Norhidayu‎ #mahn

agar agar roti milo

Resepi Agar Agar Roti Milo

Bahan-bahan:
  • 24 gram agar-agar
  • 1 tin susu cair
  • 4 ½ cawan air
  • 5 keping roti
  • 1 sudu planta
  • Milo
  • Gula secukup rasa

Cara Membuatnya:

  1. Roti dicarikkan dan dikisar bersama susu cair sehingga halus. Ketepikan.
  2. Masak agar-agar bersama 4 ½ cawan air sehingga hancur.
  3. Kemudian, masukkan gula secukup rasa.
  4. Tuangkan adunan roti yang dikisar ke dalam agar-agar tadi.
  5. Kacau perlahan dan masak dengan api sederhana sehingga mendidih.
  6. Masukkan planta untuk mengilatkan agar-agar sambil kacau perlahan-lahan.
  7. Apabila telah mendidih, tutup api.
  8. Asingkan sedikit adunan dan masukkan milo. Kacau hingga sebati.
  9. Tuangkan adunan roti tadi ke dalam acuan secara berselang.
  10. Sejukkan di dalam peti sejuk dan bolehlah dihidang

puding cocktail kastard aiskrim vanila


Resepi Puding Cocktail Kastard Aiskrim Vanila

Bahan-bahannya:
  • 1 paket agar-agar strip (30 gram)
  • 6 cawan air
  • 1 ¾ cawan gula
  • 4 sudu besar ais-krim vanilla
  • 1 tin buah-buahan koktel (500 gram) – asingkan airnya untuk disatukan dengan bahan-bahan kisar

Bahan-bahan dikisar (menggunakan blender):
  • 1 tin susu sejat Carnation
  • Air buah-buahan koktel
  • 3 sudu besar tepung kastard
  • 1 biji telur
  • ¼ sudu kecil vanilla
  • -Satukan bahan-bahan di atas di dalam blender basah dan blend sehingga semua bahan sebati dan halus.
Cara-cara membuatnya:
  1. Basuh agar-agar strip dan rendam lebih kurang 5 minit. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama 6 cawan air dan masak sehingga agar-agar larut.
  2. Selepas agar-agar larut masukkan gula. Kacau dan masak sehingga gula larut.
  3. Kemudian masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi dan kacau sehingga adunan mendidih dan agak kental. Gunakan api yang sederhana dan kacau berterusan kerana ditakuti adunan akan hangit/rentung di dipermukaan periuk.
  4. Sejurus sebelum diangkat, campurkan ais-krim vanilla dan kacau lagi sehingga ais krim larut. Kemudian bolehlah ditutup api dan biarkan ia sejuk seketika (lebih kurang 5 minit).
  5. Sementara itu jika suka boleh susun dulu buah-buahan koktel di dalam acuan yang sesuai.
  6. Setelah itu tuangkan ½ adunan tadi perlahan-perlahan di dalam acuan. Kemudian tambahkan lagi buah-buahan koktel sehingga habis. Kemudian tuangkan baki adunan tadi sehingga habis.
  7. Sejukkan di dalam peti ais. Lebih elok jika disimpan semalamam. Sediakan waktu malam dan sejukkan semalaman. Esok dah boleh makan


puding gula hangus

Resepi Puding Gula Hangus

Bahan-bahan A (Karamel gula halus):
  • 3 sudu gula halus
  • 3 sudu air

Bahan-bahan B (Puding):
  • 1 tin susu pekat (400 ml)
  • 2 cawan air
  • 5 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 2 sudu tepung jagung (boleh tambah utk keraskan)

Cara-cara membuat karamel gula halus:
  1. Cairkan gula dan air sampai pekat.
  2. Tuangkan ke dalam loyang

Cara-cara membuat puding:
  1. Pukul telur sehingga kembang bersama esen vanila.
  2. Masukkan kesemua bahan-bahan B yang lain dan kacau sehingga rata.
  3. Tuangkan kesemua bahan yang telah rata kedalam loyang yang telah berisi karamel gula hangus tadi.
  4. Kukus dan siap
  5. Lagi sedap dimakan kalau simpan dalam peti ais dulu
klik sini untuk lebih banyak Resepi okay

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Wah! Sedapnya semua desserts ni. nyaman jew lalu kat tekak.

    BalasPadam
  2. sedap pulak tgk gamabr-gamabr puding2 yang ain bagi ni

    BalasPadam

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.