"Desperate betul kau nak cari jodoh eh"


Assalamualaikum . mungkin ada yang paham mungkin ada yang masih belum kenal ain. Ain pun tak salah kan persepsi orang pada diri Ain . Gambar di atas tu kawan ain Huda dia mention dekat Instagram Story . Spesis ain ni pulak suka buat lawak . 

Ain mentioned story tu dekat Instagram dan Ain tulis la " haluu puliss.. nak carik jodoh boleh tak.. k bye " . Ketahui lah apabila ain "berhalu pulis" tu maksudnya ain tengah buat lawak . Tak sangka kawan sendiri boleh menilai aku ni desperate . Sedihnya rasa . 

Jujurnya , bila dah 30 dan masih tak berkahwin memang kena cop macam gini ehk . Bila kita post pasal jodoh pun ada juga yang menilai aku macam gitu . Ada yang kata aku memilih . Memang la kena pilih , ingat jodoh tu macam beli jajan dekat kedai dua ringgit ke?  Siapa je yang tak nak kahwin ?  Siapa je tak nak ada lelaki kat sebelah yang boleh hidup susah senang dengan kita ?  Siapa je yang tak nak bangga bertitle kan Puan ? Siapa je yang tak nak ada orang cinta kita ?? sayang kita ? 

Entahlah , dari awal tahun lagi ain dah banyak terasa hati bila ada orang sentuh isu ni . Minta maaf kalau kawan tu terbaca posting ni , tapi hati aku kena jaga jugak ! I'm sick of it ! Ada yang acah -acah keneng gitu tapi aku sendiri boleh rasa lelaki tu tak ada effort nak berkenal dengan aku . Kalau tak dah lama dah dia tegur aku . Maaf la , pada aku nilai Jodoh tu terlalu tinggi disisi aku . Ianya hadiah paling bermakna dari Tuhan untuk kita merasai cinta . 

Tahu la dah kahwin , dah ada suami , dah jumpa jodoh . Tapi tu bukan lesen nak cakap perempuan umur 30 ni desperate , memilih sangat . Orang tak tahu aku selalu nangis . Tuhan yang jadi saksi air mata tu . Tuhan selalu dengar rasa sedih tu . 

Sampai satu tahap i keep asking myself "aku ni teruk sangat ke sampai tak ada orang boleh bagi rasa cinta tu pada aku ?" . Sedih nya . Hmmm.  Tak apa la .. mungkin yang lambat datang ni akan membimbing aku ke syurga Allah .  Aku ni tak ada pebimbing di rumah . Semua banyak sendiri - sendiri . Ibu dah meninggal. Tapi satu pesan ibu akan sentiasa aku ingat .

"Ain boleh kawan dengan ramai lelaki , tapi satu je ..kalau nak cari suami , memang kena pilih betul -betul " . 😭

*sambil taip ni pun air mata mengalir.. Ya Allah , semoga Engkau berikan aku kekuatan .

Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. Ui.. sedih uiii... aq pun nk 30 series dahh.. moga kita dua pun dpt jodoh yg terbaikm.. Amin .

    BalasPadam
    Balasan
    1. amin . insyallah sama2 kita doakan yang terbaik utk kita ❤️

      Padam
  2. Soal orang belum jumpa jodoh, belum dikurniakan anak adalah isu sensitif. Soalan macam ni takkan keluar dari mulut akak. Apapun semoga yang baik2 sahaja untuk Ain ya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq akak .. kdg2 mungkin org melihat dari sisi yg berbeza cara kita melawak ..

      Padam
  3. uiii sapa tu meh kita bebelkan dia jap. Kemahen nak cakap orang desperate dah kenapa. eh emosi la ckp kwn baik aku desperate. bongok tau dia tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. haip puasa.. sebab tu ain pilih luah dkt sini .. sebab rasa nya .kalau luah kat Instagram nanti lagi byk org salah faham.

      Padam
  4. setuju dengan kak seri! kenapa ada lagi orang mentaliti gini? aduhai..jangan sedih ain! akak doakan moga sesiapa pun kenalan akak yang belum berjumpa jodoh, akan Allah temukan pasangan paling baik untuk diorang..ameen!

    BalasPadam
    Balasan
    1. amin.. tq akak .. sambil lap air mata 😭

      Padam
  5. Ramai je yang kahwin di usia muda. Tapi tengok lah apa yang jadi. Tunggang-langgang rumahtangga. Kes mentaliti kahwin awal sebab berharapkan rezeki bertambah, nak elak zina etc. Tapi tak nak usaha.

    Bagi saya, bab jodoh ni benda yang tak boleh dipaksa. Sampai masa, sampai lah jodoh.

    BalasPadam
  6. Semoga dipertemukan jodoh dgn org yg baik2. Aamiin

    BalasPadam
  7. Ain, Uyul pernah ada dalam fasa tu. Hahahaha. Kalau ingat balik, rasa nak ganyang je mulut mulut puaka tu. Tapi satu tips Uyul nak bagi, tips dapat jodoh. Uyul guna tips ni dan ianya menjadi.

    Ain doa pada Allah, spesifik. Nak kahwin umur bila. Nak suami macam mana. Inshaallahhh, Allah dengar. Uyul memang doa nak kahwin umur 30, memamg spesifik Uyul doa. Nak suami sekian sekian, Allah bagi. Alhamdulillahh. Semoga Ain dipertemukan dengan jodoh yang tepat, yang menerima dan menyayangi Ain sepenuh hati. Aminnnnn.

    Jodoh tu rahsia Allah, tak lambat tak cepat, ianya akan sampai di waktu yang tepat.

    BalasPadam

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.