Makanan Diet Aku Hari Ini !

Bismillah . Assalamualaikum . Setelah seminggu ganti puasa , Ain dah bertekad untuk menjaga pemakanan . Kenapa ?. Nama pun dah kena lockdown . Duduk rumah je kan memanjang . Jadinya , memang makanan semua dari sumber memasak sendiri la kan . 
So , why dont i give a try to losing a weight. Aku pernah sebulan turun sampai 6 kilo lebih . Tu pencapaian paling besar.  Nak turun berat badan , nak kurus memang kena jaga pemakanan . 
Jadi , hari ini hari pertama . Selalunya digalakkan 5-6 kali meal kan siap ada snacking semua . Tapi untuk hari ini dapat achieve 4 meal sahaja . Sebab lepas subuh tidur balik malas nak makan membawak sampai ke pukul 12 baru makan.
My first meal for today ialah secawan susu dan sebiji epal . Susu tu ain beli susu tepung just bancuh je . Sekadar alas perut sebab tak breakfast kan. 

Seterusnya dalam pukul 2:30 gitu ain makan lunch . Late lunch juga tu kan . Hehehe . Haa , menu hari ni nasi ayam . Tapi sebab nasi tu kan dimasak guna margerin , jadi ain tukar kan kepada 2 ketul nasi impit . Kenapa ?. Ada balance banyak lagi nasi impit tak masak masa raya . Sebab dalam rumah ni ain je yang suka nasi impit . Peket nasi impit tu pun dapat orang kasi . Habiskan jela stok yang ada . Ain buat setiap meal 2 ketul je boleh . 

Ayam tu pula ayam perap dengan kicap dan sedikit madu . Lepastu masak guna air fryer . Stok sambal tu pula buat lebih semalam. Sup tu pula ain just tumis bawang putih , letak balance ayam semalam masak tak habis , letak sekali fishball dan sayur kobis . Perasa kan garam sedikit . Oh ain letak rempah sup sikit . Simple ! 
Lauk tu makan lunch dan dinner sekali . Lepas dinner jam 9 rasa macam nak snacking sebelum tidur so ain rebus je jagung . Belah dua sebab sebelah lagi untuk abang ain . Settle ! 

Susah ke senang jaga pemakanan ni ?. Susah . Tapi try la buat yang terbaik . Setiap makanan ain ni tak lah 100% diet tapi boleh la kurang daripada minyak , lemak , garam dan gula .
Petang selepas asar , ain exercise sekejap. Dah lama juga tinggal exercise so ain mulakan dengan skipping dan senaman ringan di rumah . Boleh pula anak- anak jiran sebelah mengikut sekali buat exercise. Hahaha . "Kak Ain , esok kita buat lagi okay yang macam gini" . Dah jadi cikgu PJ diorang pula .Hahaha .* Selfie sikit muka lepas exercise hari ini. Kihkihkihhh 🤩

Post a Comment

2 Comments

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.