Dah Turun Berat Badan ! Yahuu

Assalamualaikum . berita gembira buat diri ini . Berat badan dah turun woi . Alhamdulilah . Dah turun sebanyak 5.5 kg ! Gila . Journey untuk turunkan berat badan kali ini aku tak rasa stress langsung . Sangat enjoy ! Lepastu aku jadi lebih sayangi diri sendiri . Giteww .

Maklumlah sebelum sebelum ni , memang tak faham sangat kenapa orang suruh "love yourself" . Lebih banyak tak serius kepada diri sendiri . Kisah nya kan , aku ni penakut betul nak timbang berat .

Maklumlah dah bertahun tahun gemuk ! Tapi , macam mana boleh ada keberanian tu ? Bila dua ke tiga orang kawan tegur badan aku dah susut . Ada yang tengok posting gambar aku pun cakap benda yang sama . Aku ni bukan lah jenis perempuan yang nak menutup (cover line . amek gambar supaya tak nak nampak gemok punya orang) . Kalau dah gemuk tu , kau edit lah macam mana , tetap diri kau sendiri yang merasa gemuk tu. 

Tapi bila eh ada orang yang perasan aku dah kurus , kita jadi curious nak tahu la berat terkini . Yeay ! dah turun . Patut ler ade seluar masa sebelum puasa aku pakai kemain ketat , tapi sekarang rasa selesa sangat . 

Target lagi dua minggu nak timbang lagi . I aim for the number to drop down!!  Insyallah.  Ain boleh 💪🏻 Harap sangat by end of 2021 ni .. Uish badan ku memang dah nampak beza , susut dan kurus serta sihat .Amin ! .

3 comments:

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.