Seminggu Turun Berat 100 Gram 🤣


Alhamdulilah , walaupun berat minggu lepas menunjukkan 70.3 kg dan turun kepada 70.2 kg .namun masih tetap bersyukur ! Ada penurunan . Ain tak banyak buat extreme exercise . Sebab tengah tak ada mood nak bersungguh exercise . Cumanya morning walk pada jumaat dan sabtu . Lepastu setiap petang sapu daun kering depan rumah dan siram pokok . Pastu ada lah kemas kemas rumah . Gitu jelah aktiviti .

Makan yang paling banyak ain fokus . Ain jaga portion . Walaupun makan je nasi setiap hari . Sebab pada ain , nasi sangat mengenyangkan ! Ain tak nak paksa diri telan makan kering kering dan bersalad je setiap hari . Ain nak jadikan kawal portion makan ni sebagai lifestyle. So that bila nanti dah maintain berat badan yang normal , badan tak rasa terkejut . 

Sebenarnya tak sabar nak tengok angka pemberat tu bertukar kepada 69 kg ! Sumpah tak sabar gile! Insyallah , jika berjaya ...akan ku puasa sehari ! lagi sikit je tu bertukar nak kepada 69 kg .. Bagus juga timbang berat seminggu sekali ni . Nak jadikan rutin mingguan la. (Walaupun paling penakut naik penimbang berat)

Jadinya ain akan lebih berusaha betul betul kawal pemakanan . Kawal pemakanan bukan bermakna tak makan langsung yer . 😜

Catat Ulasan

0 Ulasan