Assalamualaikum . Kembali lagi dalam #RandomSyukur yang mana ain akan kongsikan kisah throwback ataupun kisah kehidupan yang berlaku . Untuk tahun 2022 ini , ingatkan dah tak ada lah nak pegang jawatan memandangkan dah malas nak aktif tapi apakan daya , amanah dan tanggungjawab yang dipercayai oleh masyarakat .
Kalau yang pernah baca entri yang lepas bertajuk Perkhabaran Duka , semua dah sedia maklum makcik setiausaha kejiranan wanita tempat ain dah meninggal dunia . Jadinya jawatan setiausaha di serahkan kepada ain . Berat tanggungjawab ini yang ain perlu galas dan sebenarnya ain memang dah tak nak dah pegang apa -apa jawatan memandangkan ain dah pernah merasa berjawatan ni sejak dari bangku sekolah sehingga ke zaman universiti . Bertanding pilihan raya untuk menjadi wakil pelajar pun dah pernah . Pada ain , cukup dah pengalaman berjawatan ini dan ain tahu apa yang akan berlaku terutama kepada orang yang tidak suka kepada kita .
Baru - baru ini juga telah diadakan Mesyuarat untuk pemilihan AJK KRT untuk tahun 2022-2023 dan nama ain telah diangkat lagi ke KRT induk . Aduhai , ikutkan memang ain tak nak tapi sebab layanan baik dari ibu ibu (kejirananwanita ) disini , ain terima je la . Tak cukup dengan jawatan Setiausaha Kejirananwanita , ain dipilih menjadi Ketua Jiran Muda disini .
Aduhai , takut sebenarnya bila berjawatan . Sebab nya menjadi harapan masyarakat disini , ain pula jadi kekok . Cuma bila dah berjawatan pada usia 31 tahun ni kan , Ain dah banyak tak agresif macam zaman belajar dulu . Dulu - dulu bila orang hentam ain , maki ain dan bermacam lagi ain lawan balik . Berbeza dengan sekarang ain lebih banyak cool , dan berdiam serta belajar buat keputusan secara rasional dan dalam keadaan tenang .
Niat ain bila diamanahkan sebagai Ketua Jiran Muda ni tak besar mana pun cukup dapat melahirkan anak anak jiran yang lebih berkualiti , jangan buat benda merepek , saling kenal mengenali sesama jiran dan mencorak masa hadapan dengan lebih bagus . Nak tambah lagi , gunakan social media dengan cara yang betul . Memandangkan ain memang bekerja dalam dunia social media , jadi tak salah untuk ain educate anak anak jiran disini .
Cuma tu la dalam pada kita masih dengan situasi covid la dan entah apa lagi isu semasa ni , tak banyak aktiviti kejiranan boleh dilaksanakan . Harap sangat ain dapat jalankan amanah dan tanggungjawab ini dengan bagus . Insyallah ~~
Hebatlah Ain, akak tak mampu jadi macam Ain tau. Semoga Ain berjaya memikul amanah ini dengan lebih efisyen.
BalasPadamTahniah
BalasPadamTeruskan perjuangan
Baguslah campur masyarakat, nanti kalau apa-apa kita susah ke apa ke, mereka juga yang bantu dulu Ain.. so utamakan jiran tetangga..
BalasPadamBesar tanggungjawab tu... Moga terus aman kawasan perjiranan kau dan terdidik anak anak muda kat sana.. Amin
BalasPadam