AKU PAKAI INAI MEKAH

AKU PAKAI INAI MEKAH | Sehari sebelum ain pulang ke kampung , ain berkesempatan untuk bermalam di rumah Blogger Sis Lin kerana kami bertiga (Sis Lin , Kak Sunah Sakura dan Ain ke Westin Desaru ) . Jadinya , sis kan baru pulang dari menunaikan ibadah umrah . Alhamdulilah , sis beri ain ole ole (buah tangan) dari mekah. Seronok pula bila dapat inai mekah . Maklumlah , dah lama jari ni tak berinai . Seingat ain jari ni berinai kalau jadi bridesmaids je tau . 


Baca : kisah ain jadi bridemaids selama 4 tahun 

sheisfarahain memakai inai


Cara mudah untuk memakai inai pada kuku :

  1. Bersihkan tangan dan kuku terlebih dahulu
  2. Pakai inai setebal yang mungkin sebelum tidur 
  3. Biarkan inai tersebut kering
  4. Apabila inai dah kering , top up pada mana mana bahagian yang kurang 

cara pakai inai


Selepas bermalam di rumah Sis Lin , keesokkannya ain terus ke kampung . Beg yang sama ain bawa , jadinya pada sebelah malam selepas solat magrib tu ain pun melukis la inai mekah di jari ni . Tak susah pun nak guna inai mekah ni . Pakai suka suka je. Oh , satu lagi sebab nak tutup satu jari yang kena celup masa PRN Johor tu . HAHAHA . 


inai mekah


Tu yang kalau perasan , satu jari tu je gelap semacam . Pssttt : teringin nak rasa excited yang sebenar bila berinai pada jari (iaitu pada hari perkahwinan) . Selama ni asyik jadi bridemaids je kan , tumpang gembira wedding orang je ... Insyallah ~ jodoh pasti bertemu . Tiber~

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. eh nak pakai jugak la sempena Ramadan...hahahahha

    BalasPadam
  2. Nampak mula semacam je kann inainya, sekali dah pakai kemain merah hehehe

    BalasPadam

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.