SELAMAT KEMBALI KE JOHOR , BORDER SINGAPORE MALAYSIA TELAH DIBUKA

SELAMAT KEMBALI KE JOHOR , BORDER SINGAPORE MALAYSIA TELAH DIBUKA | Jelas terpancar kegembiraan dan keterujaan semua rakyat Malaysia yang bekerja atau yang menetap di Singapura apabila berita sempadan telah dibuka secara rasmi pada 1 April 2022 . Hampir 2 tahun lebih sempadan ditutup dan menyebabkan ramai yang bekerja di Singapura terpaksa menetap di sana dan duduk berjauhan dengan keluarga .


Teringat pula kepada kawan -kawan ain yang bekerja disana , sedih sangat sewaktu pandemik Covid 19 berlaku pada tahun sebelum ini . Bayangkan , ada yang sampai ke tahap depression dan asyik rasa sedih sebab berjauhan dengan keluarga . Untuk pengetahuan , orang Johor yang bekerja di Singapura selalunya akan berulang - alik ke sana setiap hari . Mesti ada yang tertanya , dekat ke Singapura tu dengan Johor sampai boleh berulang - alik kan ? Jawapannya memang dekat . 

sempadan johor singapura


Gambar diatas ni di ambil pada tarikh 25 Mac 2022 , begitu lenggang dan sepi laluan masuk untuk ke Singapura . Tapi , selepas 1 April 2022 ni pasti akan lebih meriah dan kembali jem semula . Di bawah ini ain sertakan sekali butiran lengkap prosedur untuk masuk ke Johor . 


keperluan masuk ke johor

panduan pelepasan kastam johor

panduan masuk johor dari singapura

prosedur masuk ke johor

prosedur masuk malaysia dari singapura


Selamat berpuasa kepada semua ummat Islam dan selamat kembali ke tanah air mu , ke pangkuan keluarga yang tersayang . Semoga hari yang terindah menanti dirimu . 


Baca juga artikel tentang negeri Johor : 

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Sebak tengok video rakyat Malaysia pulang di Tambak tu, Ain.

    BalasPadam
  2. mak saya asal Singapore, memang rasa sangat bila dia tak dapat berjumpa adik beradik dalam tempoh yang lama

    BalasPadam

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.