LUNCH YANG LUAR BIASA

 

lunch yang luar biasa sheisfarahain


Lunch yang luar biasa 🤣


Memang lah luar biasa , sebab ianya dimasak oleh mak mak kejiranan rumah Ain . Gambar lama , tapi kita abadikan disini . Kenangan makan lauk tengah hari sewaktu gotong royong sempena majlis hari raya .

Apa yang istimewanya lauk makan tengah hari ni sampai kan bila tengok je gambar ni , pasti akan teringat kesedapan makanan ni .

Fuhh , nasi nya ambil sikit je , tapi banyak meratah lauk . Siap 2 3 round menambah lauk . Kerabu kaki ayam tu memang favourite ain ! Meratah tu je , nasi cuit sikit sikit je . Lepastu siap ada lauk sambal pecel gado gado ! Peh terangkat beb . 

Di hirup sekali lauk asam rebus keladi . Weh 🥲Menitik air mata rasa sebab shedapp yak amat ! Begitu la seketul farahain yang memang suka mencuba lauk lauk kampung.  Mana nak cari weh kalau bukan makcik makcik sini yang masak.

Nostalgia sungguh rasa ! That's why ain ambil gambar . Kehidupan begitu lah kan , benda yang indah selalu akan diceritakan . 

Macam tu juga kalau setiap hari yang kita lalui. Kadang ada hari tu , indah belaka kadang sendu yak amat ! Tapi , hidup mesti diteruskan . Samala kita , ada hari sembur perfume kemain banyak melimpah.. Ada hari sampai terlupa nak sembur .. Dah uchuk acamm.

Nak Wangi ? 
ihadiah.com kan ade 

XoXo , 
Ain ❤️

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. kaki ayam selalu buat kari atau sup aje...tak pernah buat kerabu lagi

    BalasPadam
  2. Masakan kaki ayam boleh buat awet muda

    BalasPadam
  3. Luar biasheee, makanan kampung selalu sedap di tekak, lelagi yang masak kawasan kejiranan kesayangan kita...gituuuu

    BalasPadam

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.