KUCING SEBAGAI TERAPI BUAT MANUSIA

KUCING SEBAGAI TERAPI BUAT MANUSIA | Siapa dekat sini yang ada bela kucing dekat rumah ? Korang bela kucing berapa ekor ? Korang suka kucing bulu kembang atau kucing biasa je ? Selalunya berapa kali bagi makan kucing ? Itu la soalan soalan biasa buat si pecinta kucing.


Ain tak ada kucing . Ada kawan nak bagi kucing pun ain tak nak . Tak larat la nak menjaga . Tapi , tetiba life ain sekarang ada pula kucing di rumah . Kucing jiran sebelah . Lili namanya . Nak dijadikan cerita lili dan beranak 4 ekor . Lili ni bulunya ada kembang sikit sikit . Geram tengok . Comel je . Daripada dia belum beranak lagi dah muncul dalam hidup ain .

kucing sedang tidur



Kisahnya , lili ni siap dah house tour rumah ain sebab nak cari port beranak . Ain cakap dekat lili "hey , beranak dekat rumah kau je la kan lagi senang". Anak jiran pun macam tak boleh agak lili ni nak beranak ke . Nak tahu kucing tu dah nak due date senang je . Kucing akan usha kawasan untuk dijadikan port bersalin supaya selamat dari ancaman kucing lain terutama kucing jantan . 


Anak lili 4 ekor . 2 ekor bulu kembang warna oren , 2 ekor lagi bulu biasa . Tapi , sekarang aduhai , anak - anak lili dah pandai menyelinap masuk rumah ain . Lili makan dekat rumah ain . Iya , pelikkan . Padahal bukan kucing ain . Tapi , ain sayang lili ni sebab dia comel dengan bulu kembang . Bila dia mintak makan , aduhai bising satu rumah dengar suara dia je . Lili tak makan makanan kering , pernah bagi dulu dari sebelum beranak lagi memang dia tak nak . Dia nak wet food . 
anak anak kucing

kucing meniarap




Redha je la ain belikan . Walaupun ain cakap "lili aku ni tak la kaya mana woi , nak bagi makan wet food hari hari dekat kau . Tapi , kau doakan la aku dapat rezeki dari Allah" . Lagi pula ain kesian dekat si lili ni sebab dia menyusukan anak anak dia .Lili ni kucing yang bertanggungjawab . Dia makan kenyang . Dia sanggup mintak weh banyak kali sebab nak menyusukan anak anak dia. 


Dari situ ain belajar , tentang pengorbanan seorang ibu kepada anak anak. Wah ! Maklumla kita dah tak ada ibu . Banyak sekarang belajar sendiri je . Benarlah yang dikatakan kucing sebagai terapi . Si lili ni kadang datang singgah tumpang tidur sekejap je dekat dalam lepastu dia keluar . Kadang - kadang berbual dengan dia .

kucing me time

kucing tak nak kibbles


Lili also want a me time ! Hahaha . Stress agaknya dengan nak melayan anak 4 ekor . Tu yang datang rumah jiran sebelah . Bukan rumah ain je , rumah sebelah ain pun dia datang . Sebelum dia beranak , dia banyak cari makan dekat rumah belakang sampaikan jiran belakang dah kenal si lili ni . Ain kan selalu masak buka pintu dapur , tu yang ain selalu kutip si lili ni bawa pergi depan . Tapi , dia tak nak makan makanan yang kibbles tu. Jenuh la tuan dia belikan dia memang tak nak . 


Tu yang sanggup dia pergi sampai ke belakang sebab nak cari makanan . Ain selalu perati , dia akan sebolehnya makan kenyang kenyang baru dia akan bagi menyusu anak anak dia . Bayangkan anak anak dia sekarang aduhai dah besar kemain . 

kucing tengah makan

kucing tengah tidur


Begitula kisah kucing sebagai terapi buat hari hari ain . Asal waktu pagi je , buka pintu cari lili dulu . HAHAHA . Sebelum tidur , buka pintu tengok lili lapar ke nak makan . Kadang balik dari rumah , dia dah tunggu depan pintu nak masuk rumah . Kelakar gila . Bukan kucing peliharaan tapi lili dah jadi sebahagian dalam kehidupan ain . 



xoxo ,
ain💓

Catat Ulasan

1 Ulasan

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.