GIRLS TALK DI MALAM HARI

Sehari kalau tak berbual dengan orang , rasa macam tak complete life ain tau. Tu la , suka sangat bercakap kan. Kan dah tak boleh hidup kalau tak dapat berborak dengan orang . 

Jujurnya , I memang suka bercakap face to face dengan orang berbanding mesej di telefon. Nak dijadikan girls talk di malam hari ni bila anak jiran si Aliya tu lepak di depan rumah ain. 

Kisahnya , pada sebelah petang memang Ain dan Aliya dah keluar spent time . Borak -borak santai. Tak sangka membawa sampai ke waktu malam. Aliya ajak singgah ke Family Mart . Tu yang ada oden dan juga matcha ais krim dari Family Mart. Semenjak Family Mart dah ada dekat kawasan perumahan ni , kemain ye selalu singgah. 

Donut red velvet tu pula Aliya beli dekat kedai sederet yang berdekatan. Paling best deretan kedai tu ada Family Mart , KK Mart dan 7 Eleven. Pilih je la nak masuk yang mana . Hehehe. 

Sebelah malam nya , kitorang decide je la lepak depan rumah Ain. Sambil makan sambil berbual. Kena pula si Aliya ni buka topik bab cari jodoh. Aduhai , ahahaha. Semoga Kak Ain dia ni bertemu jodoh la ehk. Kihkihkihh. 

Tetiba , si Farisya terdengar mungkin suara kitorang. Apa lagi , member pun terus bukak pagar rumah datang singgah ke rumah Kak Ain dia ni la. Terjadi la girls talk kami bertiga. 

Girls Talk tamat pada jam 9:30 malam. Girls talk ni best tau kalau buat. Dia macam salah satu healing therapy untuk orang perempuan. Tak percaya , try la buat dengan kawan-kawan uolls.

xoxo,
Ain 💕

Catat Ulasan

0 Ulasan