kau tengah nak menjerit ke menguap tu Ain? Hahaha. |
KITA HANYA PERLU DENGAR
Kadang kita rasa kita dah cukup kenal orang tu. “Cukup kenal” diukur bukan pada berapa lama tempoh perkenalan kita. Bukan takat tempoh berapa lama perhubungan kita tak kira lah kawan, kekasih , pasangan suami isteri malah keluarga. Iya, kadang keluarga sendiri kita tak betul-betul kenal. Apatah lagi orang luar.
Kita hanya perlu dengar ! Kadang seseorang tu dia nak cuba meluahkan sesuatu, tapi kita rasa kita dah kenal dia. “Ala, tak payah lah nak pay attention sangat!” , “Bukan apa sangat pun dia nak cakap”, “nak mengeluh letew” , “aku dah kenal sangat dengan perangai dia ni”. TAK ! Kadang dia bukan nak mengeluh, dia hanya ingin didengari. Apa susah sangat ke? Iya, memang susah.
Sebab kita tak pernah cuba untuk mendengar apa yang dia tengah sampaikan. Dulu, aku pun macam tu. Pada aku, aku lebih suka menjadi seorang yang menyampaikan meaning to say “orang yang bercakap” instead of menjadi listeners. Tapi lama kelamaan, semenjak aku dah pernah rasa kehilangan , Allah mengubah cara tingkah laku aku kepada seorang pendengar. Hahaha. Bukan aku kata ehk tapi ni kawan aku pernah cakap dulu , “Ain kau ni kan boleh jadi pakar motivasi” . Sampai tahap gitu sekali tapi jawapannya ialah memang tak ler weh. Aku ni suka mengenali seseorang. Bila aku dah selesa dengan orang tu, aku akan pay attention la. Its not easy to get my attention. Hahaha. Belagak gila statement aku. Level diva-diva sangat! ITS NOT EASY! Sebab tu first impression orang kepada aku ialah seorang yang sombong. Aku mudah dikenali, kau boleh tegur tapi sukar untuk didekati. Katanya!
Berbalik kepada cerita , Orang yang ingin didengari ni dia biasanya sedang dalam satu fasa yang berbeza. Kadang dia tengah sedih, kadang dia tengah hilang keyakinan diri ataupun dia tengah dalam masalah. Kalau kita dah perasan “something is not right” , jangan provoke dia. Jangan potong cakap dia. Biarkan dia sampaikan apa yang dia nak luahkan.
TAPI...
Tak semua orang boleh faham. Tak semua orang boleh nampak walaupun Tuhan bekalkan hati untuk manusia. Jangan salahkan dia kenapa dia berhenti untuk meluahkan. Jangan salahkan dia kerana berhenti bercakap. Kerana suaranya tidak didengari. Kerana suaranya tidak mendapat perhatian. Kerana suaranya tidak difahami.
Kadang kita hanya boleh DIAM . Sebab kita tahu there nothing else we should say it. 😉