121/366 : Bila Orang Jauh Datang Johor Bahru !




Assalamualaikum dan hello kepada uolls ! Sepatutnya , entri hari ke 121 perlu diupdate semalam . Tapi , memandangkan kawan aku datang dari jauh dari ipoh diorang datang ada program dan dah alang alang sampai , aku pun sebagai tuan rumah aceceyh tuan rumah kau melayan lah sebaik mungkin . Sampai dah tengah malam aku baru teringat , diary of the day aku tak di update . Ipad dan laptop sedap je aku tinggal dekat rumah .

So , hari ini aku nak cerita sedikit lah kepayahan aku kalau kawan kawan yang jauh datang ke JB ni . First , korang kena bersedia yang diorang akan cakap " woi , jauh gila lah rasanya JB ni !" . Bangun tidur bangun tidur dah banyak kali tak sampai sampai lagi . Hahaha . Memang woi , dah nama pun penghujung selatan kan . Makanya , jika uolls yang berhajat nak ke JB , sila prepare buku atau game yang boleh di main bagi mengelakkan kebosanan menunggu sign board Johor Bahru . Hahahaha .

Selepas itu , aku jadi macam blur nak bawa diorang ni lepak mana ehk . So , memandangkan ada yang nak cari baju I love JB , JDT apa semua itu , makanya teruslah ke Bazaar Karat . Ya Allah punyalah lama aku tak pergi sana , berpeluh peluh sebab ramai orang . Hahaha . Exercise habis kau !

Lepas dah dapat baju tu , terus aku bawa diorang ke kilang bateri yang mana tempat tempat hipster berkumpul . Which is aku pun akan datang bila orang jauh je nak tengok kilang bateri ni rupanya macam mana . Hehehe .

Kesimpulannya , kadang orang yang datang jauh ni bukannya nak cari port yang best sangat pun. Cukup just dapat jumpa je pun dah rasa best . Tapi dekat JB ni bukannya ada tempat yang nice untuk must visit place macam dekat Penang ada bukit bendera , naik feri . Kan orang rasa macam wahhh , something interesting kan . JB ni entertainment macam shopping mall tu okaylah . Tapi kalau macam must visit place ini tak ada sangat .

120/366: Selfie Ialah Perkara Wajib Untuk Perempuan !



Assalamualaikum dan hello kepada uolls ! Hari ni dah hari ke 120 kita berada dalam tahun 2016 . Bersyukur yang amat sangat kerana diberikan ruang dan peluang untuk merasai nikmat kehidupan ini . Hari ini sebenarnya aku tak ada topik yang nak diceritakan . Hahaha . As usual !

Tapi , kena gali dan cari jugak nak tulis apa ya untuk diary of the day ini . Oh , kebetulan hari ni berjumpa dengan kawan baik datang dari jauh . Dan terus dapat topik nak cerita hari ini .

"Perempuan Memang Gila Selfie Ke?"

Serius aku macam persoalkan perkara ni . Hahaha . Boleh dikatakan dekat gallery handphone perempuan penuh bersepah gambar selfie je kan . Tapi , kalau tanya aku . Lain pulak . Aku tak suka selfie . So bila kengkawan ajak selfie wefie , aku macam "nak senyum macam mana ehk". Hahaha . Nak pose macam mana . Sumpah i is very kaku ! Its feel awkward bebeh ! . Hahaha .

Perempuan bila jumpa je , perkara first mesti selfie dulu kan . Hahaha . Serius ! Tak yah nak nipu . Hahaha . Masalahnya nak pilih satu gambar je . Selfie sampai 50 gambar . Hahahaha .

Persoalan disini , selfie ini memang dah jadi satu perkara wajib atau sebenarnya macam mana ? Hahaha . Nampak kan perubahan teknologi sekarang mampu memberi satu tabiat kepada kita semua .

119/366 : Ketagihan Mee Rebus Yang Amat !



Assalamualaikum dan hai kepada korang semua . Pertama nak cakap terima kasih sebab masih sudi baca diary of the day aku ini dan ada yang sudi komen . OMG ! I is terharu beb . Hahaha . Walaupun aku ini menulis tahap kelas ke belakang lah kalau dekat sekolah . Serius , aku tak reti nak menulis tapi kalau suruh bercakap , aku boleh lah . So , kalau cara aku menulis ni macam kurang , hahaha , maafkan iolls yer uolls ! . 

Maka pada hari ini aku nak cerita pasal makanan yang aku ketagih . Hahaha . Ada beberapa ketika dulu aku suka gila makan soto . Tak kira lah soto nasi ke , bihun soto ke . Hari hari aku cari soto . Tu yang berat naik mendadak dan semakin bambam . Hahaha .

Dan sekarang pula , aku ketagih makan mee rebus . Hahaha . Habis lah ! Aku nak kena rasa insaf ini . Walaupun aku makan lepas buat cardio exercise . Well , untuk recover dengan makan high carb kan . Ceritanya , bila aku dah jumpa port mee rebus yang sedap . Dahla sekarang tengah dalam misiku kurus . 

Nampaknya , kena control wahai ain ! Nak kurus dipagi raya kan ? Aku nak sangat pakai size S . Makanya aku kena lah kawal ketagihan aku ini . Ya ALLAH , korang ada tak makanan yang korang ketagih sampai nak kena cari selalu ? Hahaha.

118/366 : Bila Perempuan India Suka Novel Dan Drama Melayu



Assalamualaikum dan hello kepada semua . Tadi petang masa workout sempat lah berborak borak dengan seorang fitness buddies aku juga . She is indian . Cuma yang menarik perhatian aku ialah dia suka gila novel dan drama melayu . OMG ! Kalah aku yang melayu ini . Aku memang jenis perempuan yang tak suka membaca novel melayu . Drama melayu pun aku pilih pilih tengok . Bukan choosy cuma I'm not a big fan of that kind of thing!.

Paling latest dia tengok drama melayu ialah "Tundukkan Playboy Itu" . Korang imagine macam mana perempuan indian punya cara bercakap . Aku gelak kemain kuat tadi . Its funny ! . Dia cakaplah , dia tak suka tengok drama tamil hindustan tuh sebab asyik menangis je . Lepastu mak mak mentua bergaduh dengan menantu lah . Sampai benda ni effect kepada mak dia juga . Hahahha . Memandangkan dia dan suami dia satu kampung , bila balik rumah suami dia , mak dia mesti buat drama hindustan . Hahahaha .

First time aku jumpa indian suka drama dan baca novel melayu . Habis je workout tadi dah nak magrib , cepat cepat nak balik sebab nak tengok drama . Hahaha . Kemain dia kalut semacam tadi . Aku rasa macam "Dia ni kahwin dengan orang melayu ke?" . Hahaha .

Bukan itu sahaja , dia siap update lagi pameran buku yang terkini dan dekat mana untuk dia grab banyak banyak novel melayu . Kau rasa ? Hahahaha . Kalau dia dapat geng yang suka layan novel melayu ini komfom tukar tukar novel setiap minggu . Hahaha .

117/366 : Smule Ialah Untuk Mereka Yang Suka Karoks !


Assalamualaikum dan hai uolls ! OMG ! Seperti biasa hari ini aku macam tak ada idea langsung nak menulis . Well , aku memang mengaku yang aku ini bukannya ada jiwa menulis . Nan hado ! Tapi azam tahun 2016 aku ialah untuk menulis Diary of the day ini kosisten setiap hari . Walaupun bosan tak best langsung , blog ini aku punya . Hahaha . Cehwah , aku tahu ramai je yang baca senyap senyap blog aku ini kan . Tapi tak nak ngaku . Ceh , jangan nak menipu ! . Hahaha . *Okay aku tergedik sekejap .

Jadi , untuk diary of the day pada hari ini , aku nak kongsikan dengan korang apa sebenarnya yang aku suka . Aku sebenarnya seorang manusia yang obses kepada muzik . Lebih tepat lagi aku suka menyanyi . Tapi tak ada lah sampai ke tahap nak jadi penyanyi . Hahaha . Aku jenis kalau nak buat sesuatu aku suka ada muzik . Percayalah , bila ada lagu , confirm kerja aku jadi cepat berbanding tak ada lagu .

Even aku tengah menaip blog ini pun kena dengar lagu . Haa , nampak tak dah panjang berjela dah aku membebel kes dengar lagu lah ini . Hahaha . Boleh dikatakan aku ini jenis perempuan yang suka karoke lah . Pergh , jangan berani ajak aku . Komfom tak bosan . Hahaha . Tapi , minat aku ini terhenti lepas arwah ibu aku meninggal . Aku terus macam stop dengar lagu dan lama juga lah aku tak pergi karoke . Hahaha . Sebenarnya , kalau dah itu minat kau . Layan kan jelah . Jangan halang apa minat kau itu . Tapi kalau yang tak baik itu , memanglah kena halang . Hahaha .

Dan sekarang aku suka gila dengar cover dari apps Smule itu . Jujurnya , aku yang suka lagu dan suka menyanyi ini pun tak ada akaun Smule . Sumpah , Betul ! . Aku tengok cover cover yang best pun dari youtube . Paling aku suka ialah Khai Bahar !

Boleh dikatakan semua cover dia aku suka . Tak nampak gedik kan statement aku . Abang aku perasan yang lately ini aku selalu layan cover song dari smule itu lah . Dia ada akaun smule itu . Oh , lupa yang satu keluarga aku memang suka menyanyi . Hahaha . Kalau pergi karoke memang tak bosan lah . Jenis gila pegang mikrofon . Tapi sekarang aku memilih sedikit , karoke jamban aku tak kesah pun janji sound system itu kena best . Especially mikrofon . Kalau tak best memang tak pergi lagi lah karoke dekat situ .

Oh , berbalik dengan akau smule itu , abang aku siap cakap dekat aku "Ain , kau guna jela akaun smule aku tuh !" . Hahaha . Masalahnya aku memang tak nak pun guna . Its just that mana yang sedap itu aku akan dengar banyak kali . Jadi , untuk mereka yang jenis ketagih nak karoks , makanya aplikasi Smule ialah pilihan yang tepat untuk melepaskan gian anda !

116 /336 : Bersenam Itu Memang Tak Best , Tapi 2 Perkara Ini Akan Jadi Lagi Best !



Assalamualaikum dan hello kepada uolls . Jujurnya , hari ini aku tak tahu nak update apa . Sebab rasanya hari ini monday blues kan . Permulaan kepada hari pada setiap minggu . Okay , dah dapat idea nak update apa untuk diary of the day pada hari ini . Aku nak kongsi macam mana aku boleh gagahkan diri untuk terus workout demi misiku kurus size S .

  • Ingat 'goal' yang ingin dicapai 
Setiap kali aku macam rasa sakit dan tercungap serta penat membuat cardio exercise , aku mesti nak menangis . Bukan sebab sakit tapi sebab aku sedar bambamnya aku . Sebab bambam ini lah aku kena buat exercise menggila macam gini . Yelah , orang bambam nak buang lemak kena buat cardio exercise . Aku tahu semua orang taknak buat tapi that the best way to solve your obesity problem . Jadi setiap kali aku sedang melakukan exercise , aku akan ingat balik goal aku . Ini bukan sahaja impian aku , tapi ini impian arwah ibu aku . Dia nak sangat tengok satu satunya anak perempuan dia ini kurus . Maka , aku akan imagine yang arwah ibu aku tengah gembira bila dia tengok anak perempuan dia ni dah kurus .Bila goal kita kuat , walaupun sakit urat ke , sakit kaki ke , tetap kita gagahkan juga untuk exercise sehinggalah misi kita selesai . Jadi ingat , stick your goal ! Cari your goal yang sangat kuat so that no matter what happen kau akan tetap berdiri gagah !


  • Hasilkan exercise yang berkualiti 
Jangan habiskan banyak masa dekat gym tapi exercise korang langsung tidak berkualiti . Ingat , badan kita bukannya robot. Robot pun kau guna dia non stop boleh rosak apatah lagi kita manusia . Kau kena ingat , kau kena sayang diri kau dan jadikan itu first priority ! Hasilkan exercise yang berkualiti yang memang you sweat like crazy ! . Misalnya , 20 minit intense workout . Komfom tercungap habis lah . Ingat , dont ever waste your time tapi kau tak dapat result yang bagus . End up , kau rasa penat dan akhirnya terus give up ! . Aku selalu cakap dekat diri aku , "Ain , workout sekejap je ni , tapi bila tengah workout ,push yourself as much as you can !"Kalau tak tahu nak workout apa , hello people , google kan ada , youtube kan ada" . Dont you ever create a lot of excuses ! It will not bring you the good result !



115/366 : 3 Sebab Kenapa Anda Kena Kemas Rumah Pada Hujung Minggu



Assalamualaikum dan hello kepada semua . Alhamdulilah , hari ini aku berkesempatan mengemas rumah , membasuh baju , vacuum satu rumah serta mop lantai . Ya , memang penat ssampai rasa nak menaip ini pun tidak larat nak angkat jari . Hahaha . Tapi , demi diary of the day aku gagahkan juga . Kalau tak bukannya diary of the day .

Aku nak kongsi 3 sebab kenapa anda semua wajib kemas rumah pada hujung minggu


  • Dapat mengurangkan stress dan serabut sewaktu pulang ke rumah
Semua orang kata , "Rumah ku Syurga ku" . Betul juga pada kata kata ini . Rumah kena lah sentiasa bersih . Aku akui kalau dapur rumah aku ini kotor , aku sendiri rasa malas nak memasak . Kalau bilik tidur bersepah , rasa tak selesa dan rasa malas nak duduk dekat rumah . Hahaha . Lagipun , korang hanya perlu spent masa 2-3 jam untuk mengemas pada hujung minggu . Jangan malas ! Sebab weekdays je makan 5hari kita kena hadap dan nak tunggu weekend pun lama . Setiap kali kekerapan anda pulang ke rumah dan melihat rumah tidak bersih , mesti mood jadi tak elok dan rasa bosan . Makanya , untuk mengurangkan stress dan serabut di kepala , anda amatlah digalakkan untuk mengemas rumah pada hujung minggu . Ala , sekejap je !


  • Lebih teratur
Kalau dah bersepah dan kotor , kebarangkalian untuk lupa barang letak dekat mana akan terjadi . Bila rumah dalam keadaan yang teratur , lebih sistematik tempat susun atur barang barang , mesti otak kita automatik ingat dekat mana tepat barang yang kita letak itu . Bukan itu sahaja , kalau nak keluar dengan cepat , tak perlulah dua tiga kali masuk cari barang yang tertinggal . Nampak bila rumah bersih  , aktiviti harian kita pun akan lebih teratur .


  • Mood lebih ceria dan gembira
Orang cakap , kebahagiaan dan kasih sayang itu sebenarnya bermula dari dalam rumah . Kalau rumah kotor , siapa yang selesa nak tinggal lama lama dalam rumah . Maka , anak anak pun pergilah mencari kasih sayang di luar , budaya melepak . Bila rumah bersih , kan lebih enjoy dapat berkumpul satu keluarga selalu tak payah kena tunggu hari raya baru nak bersama . Kebahagiaan itu sebenarnya boleh dipupuk dari dalam rumah . Percayalah , bila rumah bersih seluruh ahli keluarga kita pasti akan lebih gembira dan rasa macam tak nak keluar rumah sebab rasa selesa .

Segmen 12 Jam Bloglist #20 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Mei dan Jun 2016 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 24 April 2016, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #20 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 1 Mei 2016.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

114/366 : Rahsia Memasak Makanan Sihat Secepat 10 Minit



Assalamualaikum dan hello kepada uolls semua ! Hari ini rasanya macam hari malas malas sedunia . Well , its weekend namun seawal pagi lagi workout tetap kena wajib lakukan walaupun , kaki aku terluka semalam akibat tidak berhati hati . 

Jadi memandangkan aku sudah mengatakan hari ini hari malas malas sedunia  , nak masak pun malas sedangkan aku sekarang ini dalam proses menurunkan berat badan . Makanya , penyelesaian kepada masalah ini ialah aku mestilah mencari resepi yang mudah , cepat dan kena dengan tekak aku . Hahaha . No point beb masak cepat tapi rasa nan hado . Hahaha .

Daripada menghabiskan masa memasak resepi yang memakan masa setengah jam why not kau cari resepi yang kau boleh buat sepantas 10 minit . Yes ! Sepantas 10 minit dan insyallah its healthy.

Permulaannya , kau mesti harus membuat keputusan sayur sayuran apa yang menjadi kegemaran dan yang boleh diterima tekak . Jangan lupa juga cari yang pelbagai warna seperti kata pepatah "Colourful Your Plate Just Like A Rainbow" . Ada ke pepatah ini ? Hahaha . Aku pernah cerita pasal sayur colourful ini .

So , semudah 10 minit , macam aku buat tadi , potong kobis putih , tomato , lettuce makanya dah dapat tiga warna sayur . Lepastu korang letak dalam mangkuk dan gaul gaul kannya jadi sebati jadi lebih menarik . Tak adalah nampak macam sewarna je . Korang kena rasa macam enjoy makan sayur sayuran berwarna warni ini baru boleh feel macam ,"Okay , my six packs are coming soon bebeh!" . Hahaha .


Sementara membuat upacara memotong sayur sayuran pelangi , aku sarankan korang perap ayam ke , kambing ke , atau pun beli je yang dah siap marinate ataupun beli je ayam bbq yang kecil kecil dalam pek itu masuk dalam microwave . Set masa dalam 4-6 minit dah siap . Bergantung juga lah apa yang korang nak masak itu .

Sementara ayam itu tengah masak , korang potong potong lah sayur sayur itu . Potong pun rasanya makan masa dalam 2-3 minit je . See , nampak tak sebenarnya nak masak makanan yang sihat ini tak perlukan pun masa berjam jam berbanding kau nak masak nasi lemak ayam goreng nak masak sambal lagi lah .

Ini salah satu cara yang boleh korang lakukan . Sekarang ini tekak aku dah semakin mat saleh yang mana aku lebih selesa makan sayur mentah macam gitu berbanding sayur nak kena masak tumis apa segala itu . Its just wasting my time ! . Oh ye , nak lagi sedap perah dengan lemon ataupun limau nipis ataupun limau kasturi untuk mengelakkan rasa mual loya loya tekak . Hahaha .

113/366 : Akibat Tidak Berhati Hati , Kaki Hampir Cedera !



Assalamualaikum dan hai kepada semua . Peh , tajuk diary of the day aku hari ini macam gempak gila . Hahaha .  Short to the story pada hari ini , petang tadi lepas dah penat penat balik workout , waktu tu aku dah berpeluh peluh apa semua . Rasa tak selesa nak mandi lah dulu . Pastu tengok kucing aku si Suzie itu tak makan lagi , aku pun nak pergi lah ke dapur sebab nak ambil makanan dia .Well , Suzie sekarang  memang boleh makan wet food je . So , aku belikan dia Smartheart simpan dalam peti ais .

On the way nak ke dapur , prappp.. aku terlanggar penyapu dan aku terjatuh . Aku punya jatuh tu macam gaya tengah buat exercise tu . HAHAHA . Nak tergelak pun ada . Dua dua kaki sakit gila . Ambil masa 2 ke 3 minit juga aku nak bangun semula . Sebab sakit dia fuhh . Dahla tadi exercise aku banyak buat bear crawl dengan merangkak gaya askar . Rupanya bersambung sampai dekat rumah . Hahaha .

Nasiblah aku ni jenis lasak . Terus aku teringat arwah ibu aku . Sebab dia lah orang yang paling risau kalau aku sakit ke , terjatuh ke . Sebab aku suka sorok rasa sakit tu . Aku tak nak susahkan orang disekeliling aku . Masa aku jatuh tadi , terkejut abang dengan ayah aku . Yela , tak ada angin apa terus tergolek gitu . Hahaha .

Kesannya , dekat celah ibu jari kaki tu ada luka sedikit . Ayah aku kemain gelabah ,ingat lantai dekat dapur licin ke ada air ke . Sebenarnya , kecuaian aku . Aku tak berhati hati berjalan . So , next time walaupun kita penat ke , kena berhati hati dan jangan nak cepat je . Kalau dah penat , kena rilex dan buat sesuatu tu slow slow . Janji tak membahayakan diri sendiri .

Masa jatuh tadi , aku pun gelabah . Gelabah sebab takut injured teruk tak dapat nak workout lagi . Risau juga sebab aku jatuh tadi memang ngeri jugaklah . Hahaha . Tapi , insyallah .Tak ada apa apa lah yang berlaku . ALLAH cuma nak ingatkan aku supaya lebih berhati hati . Sebenarnya , ujian untuk aku , sama ada aku nak menangis merasakan rasa sakit itu atau bangun dan buat macam tak ada apa yang berlaku . Its my choice and i choose to get up ! Yeah ! Esok pagi nak workout ! Keep it up and dont give up !