Something that triggered my mind selepas menonton video di youtube Hazeman Huzir. Aku tak nak membicarakan tentang Sajat , LET THE NETIZEN TALK ABOUT THAT .. Tapi , sesuatu yang aku terkesan ialah pada point self reflection ataupun dalam bahasa melayu nya refleksi diri .
Let me share with you ...
Dulu-dulu masa zaman aku belajar masa tu zaman degree , kawan aku selalu kata aku ni kuat gosip . Perempuan paling banyak bergosip , you name it...apa je gosip terkini aku tak tahu , dunia hiburan dan artis memang makanan dan topik membawang aku selalu . Website rotikaya.com tu dah macam benda pertama yang aku suka baca dulu.
Sehingga la ...ada kawan lelaki aku panggil aku dengan nama MAK JEMAH... Sorry , if korang baca my blog..no , aku tak marah ! aku cuba nak terangkan dengan lebih jelas . Aku tak suka bila orang panggil aku macam gitu . Aku tak suka orang layan aku dan anggap aku macam gitu walaupun pada hakikatnya aku boleh gelak-gelak when they call me like that..
Bukan tahap tu je , ada yang siap cakap dekat aku.. "weh jemah tak nak apply intern dekat Melodi ke?" . Aku bukan anti dunia hiburan , tapi kita sendiri semua dah tahu yang program tu memang tentang gosip artis . Macam tu sekali kan orang menilai aku.
Aku tak benci apa pandangan diorang pada ketika itu sebabnya bila aku tengok balik diri aku waktu tu , yeah...i admit that...selayaknya aku dilayan sebegitu. Dah kalau semua gosip artis paling latest aku tahu , kenapa aku nak marah bila orang melayan aku macam gitu ? kan !
My point is... kita kadang-kadang selalu rasa diri kita betul .. selalu rasa diri kita bagus ! Pada hakikatnya , its a reflection of yourself .
So , macam mana cara aku buang setiap judgement itu ? Ubah diri kita .. Buang sikap yang kau sendiri rasa tak best . Senang kata , kita nak orang layan kita dengan baik , so kita kena jadi lebih baik dulu..
Aku start to slowly tak layan gosip , dah tak ambil tahu tentang dunia hiburan , benda-benda viral walaupun aku tahu benda viral first akan masuk dekat twitter . Twitter pula adalah bahan bacaan aku yang paling utama. Aku start to remove mana-mana news yang tak best. Benda kita boleh control , kita yang nak tengok.. Kita yang buat pilihan , kita nak tengok ape !
Bila kita banyak buat self reflection ni , aku jadi testimoni pada diri sendiri . Dulu-dulu , bila orang buat taik dekat aku...Aku balas balik weh . Tapi sekarang , aku pilih untuk senyap. DIAM . Walaupun aku tahu aku tak salah , orang sakitkan hati aku , orang cakap buruk tentang diri kita ...aku DIAM . That the way to shut down the things by not saying anything!
Sekarang...
Aku rasa best...Aku dah jarang dapat mesej dari kawan-kawan yang mengajak aku bawang sama-sama tentang topik yang viral.Because i stop that ! Sekarang , kawan-kawan banyak tanya tentang tips nak buat ayat iklan , cara nak tulis ayat lagi best , macam mana nak edit video , pasal instagram dan macam-macam lagi yang tentang knowledge..
Baca balik dekat point aku jadikan Twitter sebagai bahan bacaan utama aku! So , you will get my point.
Selamat merefleksi diri ~ kalau orang cakap kau makcik bawang ... kau ada pilihan to stop that or to stay what they talk about YOU !
Dekat bawah ni video youtube Hazeman Huzir yang aku cakap kan tu... kalau nak tengok , klik aje ...
Pakai pelitup muka dengan menutupi hidung dan mulut sepenuhnya
Jangan pakai pelitup muka di bawah hidung
Jangan biarkan dagu terdedah
Jangan pakai pelitup muka yang longgar
Jangan pakai pelitup muka di hujung hidung sahaja
Jangan turunkan pelitup muka ke bahagian dagu
*alamak...tapi ain selalu terbuat yang jangan tu... hehehe.. dengan posting ini ..ain akan lebih menasihatkan diri untuk memakai mask dengan cara yang betul .. Lindung Diri ! Lindung Kita ! Kita jaga Kita ~
Bila dah besar ni, kalau bab terasa dengan member. Aku lebih pilih untuk keep it silent. Bukan apa, just malas nak gaduh gaduh, takut nanti tak bertegur sapa tu yang lagi sakit.
Lebih kurang 2 minggu berturut-turut ain menolong memasak nasi ambeng. Orang sini selalu nya panggil rewang . Rewang ni macam bergotong-royong bersam-sama untuk mengadakan kenduri / majlis atau program . Jadinya kejiranan wanita tempat ain ni setiap hari sabtu memang akan masak-masak dan makanan tersebut diedarkan kepada kejiranan serta membuat program CSR .
Minggu pertama yang ain join tu masak nasi ambeng dengan tambahan ayam masak lemak cili padi . Masa ni kena siapkan 12 ekor ayam . Ain tolong la bersihkan ayam tapi yang kali kedua masak nasi ambeng tu hanya 7 ekor. Kali kedua tu ain banyak siapkan sorang-sorang dah nak habis baru ada makcik yang tolong . Itupun tolong siapkan bahagian yang kecil-kecil macam hati dan pedal .
Bila ain tolong siang ayam...rasa macam rendah diri betul..Yela , siapa je yang nak buat kerja yang geli-geli macam gitu. Lagipun dekat rumah memang ain la yang kena bersihkan ayam dan ikan . Nak tak nak memang dah diajar oleh arwah ibu... kena juga pandai buat.
Selain itu , dengan join rewang ni secara tak langsung ain belajar juga cara memasak dengan lebih sedap . Masa time masak tu , ain memang tengok betul-betul cara menumis , bahan-bahan yang disediakan dan cara memasak tu . Balik je dekat rumah nanti ain akan cuba masak sendiri . Gitu la cara ain belajar masak .. Yela , kita kan hidup sendiri-sendiri .. Ibu dah takde . 😔ðŸ˜
Nasi Ambeng ni sedap makan dialaskan bersama dengan daun pisang . Jadi nya selepas selesai memasak , makcik-makcik ni siap ade station masing-masing . Daripada letak nasi sampai la ke ikan kering dan terakhir sekali sampai ke sesi membungkus .
Penat memang penat ..tapi pada ain ni pengalaman.. Dapat belajar cara memasak supaya masakan lagi sedap . Ade makcik siap sponsor apron kaler pink sorang satu . Hehehe . So Sweet 💕
Everyone ada instinct. Kita tahu siapa tak suka kita. Kita tahu siapa pura pura suka kita. Sebenarnya ni bukan negative thinking. But the vibes that they show. Obvious sangat. That's why jauhkan diri is better.
akuainkausiapa ialah sebuah blog bertemakan diari harian yang ditulis oleh Ain menceritakan tentang kisah kehidupan harian , jadinya boleh la di kategorikan sebagai Lifestyle Personal Blogger aaa gitewww~~