7/366 DAYS -7 JAN 2016
Assalamualaikum dan hello kepada semua . Ya ALLAH tak sangka , hari ini dah hari ketujuh aku kosisten untuk menulis diari yang tak seberapa ini . Alhamdulilah . Ini merupakan suatu permulaan perjalanan yang bagus . Doakan semoga aku semakin kosisten ya dalam dunia blog ini .
Jujurnya , setiap hari aku macam terfikir , apa kebenda yang aku nak update ni haa ? Tapi , kalau kita asyik dengan melayan alasan dan persoalan maka tak jalan lah kerja atau tugasan yang kita hendak lakukan . Sebabnya sesuatu perkara baru untuk kita membiasakannya dalam kehidupan harian kita , kita mesti lakukannya dengan kosisten tanpa berhenti sekurang kurangnya dua minggu ke .Hahaha .Betul ke fakta aku ini ? Senang cerita , kena lebih dari tiga hari lah kot .hahaha.
Sebabnya , bila kita dah kosisten melakukannya , ia akan menjadi satu habit atau tabiat harian kita . Makanya , aku nak kongsi apa perkara yang aku belum pernah lakukan dulu tapi Alhamdulilah ,dah menjadi tabiat kebiasaan .
- Minum air suam /panas
Dulu , nak minum air panas ialah bukan kegemaran aku . Tapi , aku ada baca sebab nak kurus punya pasal . Hahaha . Aku belajar juga , aku paksa juga kalau pergi mana mana kalau di kedai , order air suam atau air yang berasaskan minuman panas . Ada aku pernah baca kalau nak kurus jangan minum ais . Tapi tak tahu lah betul ke tidak . Yang pasti , minum ais kan memang tak berapa elok kan . Rasanya , bermula tahun 2014 aku membiasakan diri order air panas . Alhamdulilah , aku jadi suka minum air panas . Bukan itu sahaja , minum air panas ini mengajar kita untuk jadi seorang yang penyabar . Dulunya , aku ni paling anti kalau orang hidang air panas . Hahaha . Tapi , sebab gelojoh malas nak tunggu air tu sampai sejuk , dan sebab itu lah aku jadi tak suka air panas .
Tapi , bila aku cuba untuk membiasakan benda yang aku tak pernah biasa , Alhamdulilah , benda benda kecil macam gini pun mengajar kita untuk menjadi penyabar . Nampak kan kadang benda yang kecil macam minum air suam ni je ialah satu perubahan yang kita berjaya lakukannya , kita patut rasa diri kita hebat apatah lagi melakukan perubahan perkara yang besar besar .
- Gila shopping
Sebabnya , aku selalu mind set benda ini dalam kepala otak aku "Alah , is just a piece of THINGS je" . Lagi sekali aku ulang , ini atas diri sendiri .Hanya diri sendiri yang boleh buang jauh jauh tabiat ini , Alhamdulilah , semoga yang ini terus kosisten hilang . Hahaha, Lagi satu , kita mesti menjadi pengguna yang bijak . Is not what you spent it , is how you spent it . ahaks !
Cukup dua perkara yang aku dapat kongsi untuk entri diary of the day aku hari ini . Boleh ain tahu , apa tabiat korang yang dah berubah kearah kebaikan ? Kita share bersama bersama ye . Hahaha . Komen lah dekat ruang komen itu . Ruang komen itu bukan hanya sekadar untuk perhiasan sahaja ye.
Hahaha. Ok, jumpa lagi !
Oh ! "You Are Stronger Than What You Think !"
6/366 DAYS - 6 JAN 2016
Assalamualaikum dan alhamdulilah , hari ini dah 6 hari kita berada di dalam tahun 2016 . Cepatnya masa berlalu kan . Dok rasa macam baru je dengar orang buat lawak , "Wei , jangan masuk tandas hari ini esok keluar dah tahun baru" . Okay , ini lawak . Hahaha . Kita throwback hari ini * apa yang aku lakukan , antaranya ialah :
- Edit Blog
Dah beberapa hari ini tangguh sikit nak edit yang saki baki celah celah tepi tepi itu , Insyallah siap lah nanti . Lagipun , aku bukannya profesional sangat lepastu mabuk pening pening kot tengok coding html tu .Hahaha . Kenapa aku tak upah orang ? . Jawapannya ialah , aku ini agak cerewet sedikit terutamanya dari segi kerja . Kalau dari segi perkara perkara lain , aku tak cerewet langsung .hahaha. Terutamanya , bab MAKANAN . hahaha. *Ops !
- Idea Design Rumah
Okay , aku sekarang lebih suka tengok gambar gambar macam mana nak hias rumah , nak letak perabot dekat mana . Sebab dari situ , kita akan dapat lebih banyak idea macam mana kita nak aplikasikannya dekat rumah sendiri . Sebenarnya kan , nak hias rumah bukannya perlukan material yang mahal ke , tetapi idea macam mana kita yang mendekorasikannya . Cehwah . Contohnya , macam hari tu aku kemas ruang solat , aku dapatkan dulu design macam mana yang aku nak . Lepastu kan , aku visualize dulu , sesuai ke tidak nak letak perabot tu dekat situ , then baru proceed dengan kerja sengseng lengan , perah tenaga dan make it happen lah . Hahaha . In fact that , kau boleh save duit dari hire interior design .
Makanya , itu sahaja lah apa yang aku nak kongsi dengan korang untuk diary of the day aku. Jumpa esok . !
Makanya , itu sahaja lah apa yang aku nak kongsi dengan korang untuk diary of the day aku. Jumpa esok . !
Langgan:
Catatan (Atom)