20/366 : DIARY OF THE DAY -20 JAN 2016



Assalamualaikum dan hello kepada uolls semua . How was your day today ? Aceceh  , speaking london uolls . Alhamdulilah , hari ini dah 20 hari kita berada dalam tahun 2016 . Februari are coming soon ! Tak sabar , sebab birthday kita  . Hahaha . Hari ini , apa yang aku nak kongsi kan dalam diary of the day aku ialah :

  • Masak ikan steam kicap
Dulu dulu , arwah ibu ain selalu masak ikan steam bukan steam limau tau , tapi steam kicap tu haa . Kebetulan , ain kan tengah dalam proses kurus menguruskan badan , makanya ain pun dengan gamble nya buat lah , tanpa sebarang bawang atau sebarang bahan sebab tak pergi beli lagi dekat pasar . Hanya letak kicap je dan alhamdulilah , sedap weyh . Mungkin sebab ikan itu sendiri dah memberi rasa juicy kan . Hehehe . Jadi , lepas ini dah tau lah nak masak apa kalau tak ada bahan langsung . Makanan sihat kan .


  • Gila minum air masak
Sebenarnya , aku bukan lah sejenis manusia yang obses pada air masak , dulu tak boleh terima langsung mesti nak minum air manis , tapi lepas ibu sakit dan meninggal 2013 , aku terus bertekad yang mesti kena suka juga minum air masak . Sekarang , air masak dah macam bff aku sekarang , pergi mana mana aku mesti tak lupa bawa botol air masak aku tu . Korang pun cuba jadi kan itu sebagai habit tau , jangan sampai ada penyakit tau . Aku trauma sebenarnya bila dengar bunyi ambulans , bunyi mesin dekat hospital itu , aku terus teringat pada arwah ibu aku . Ya ALLAH , tolong jadikan ini sebagai pengajaran untuk korang sebab arwah ibu aku dulu suka minum air teh tarik . Mesti setiap hari nak minum , masa dekat hospital pun sama . *Teringat dulu selalu suapkan ibu makan . Ala , tertacink pula . Dah , aku tak nak nangis dah ! . 


Okay , itu sahaja la apa yang aku boleh kongsi untuk diary of the day aku hari ini . Jumpa esok yer !. Assalamualaikum .

19/366 : DIARY OF THE DAY -19 JAN 2016




Assalamualaikum dan hello kepada semua . Alhamdulilah , lagi sekali kita bersyukur kepada Dia Yang Maha Esa kerana memberikan ruang dan peluang untuk kita hidup dimuka bumi  ALLAH ini . Makanya , hari ini aku update diary of the day aku pagi sebab malam aku agak pack sikit takut penat sangat terus tak sempat nak buka blog comel ini . Hahaha . Jadinya , ini lah sedikit coretan untuk diary of the day aku :


  • Pageviews tergolek jatuh
Untuk beberapa hari ini , aku sempat blogwalking sikit sikit je kadang tak sempat langsung blogwalking , drop komen . Ini secara tidak langsung pageviews aku bukannya mencanak naik , tapi mencanak turun . Hahaha . Tak apa , as long as aku keep update diary of the day , dengan kalau ada masa , blogwalking itu sudah cukup bagus . Cehwah ! . Aku teringin juga nak kosisten pageview beribu setiap hari . Hahaha . Followers pun belum berpuluh ribu ada hati . Hahaha . Tapi , tak salah kan nak berangan dan berusaha supaya impian tu jadi kenyataan . 


  • Blogwalking paling cepat
Ain nak tahu , macam mana korang boleh blogwalking paling cepat dalam sehari ? Macam cara ain , ain akan cari senarai nama peserta giveaway ke  , dan dari situ , ain akan buka satu satu blog dan follow serta tinggalkan komen . Betul ke ? Ke ada cara yang lagi efficiet . Cehwah . Bukan apa , ain nak jadikan blogwalking ini sebagai satu habit atau pun tabiat harian . Bila dah jadi habit , secara tak langsung ianya akan jadi satu perkara yang lebih mudah untuk aku lakukan . 


  • Target Followers
Sebenarnya , untuk pengakhiran bulan januari nanti , ain target untuk mendapatkan 2000 followers , susah je nak kejar target itu . Tapi , kalau perancangan asal tak menjadi , tak salah kalau kita adjust kan . 1700 followers pun insyallah , boleh dicapai dengan izin daripada ALLAH kan . Teringat dulu ain puna azam tahun 2015 nak dapatkan followers 2015 , amboi gebang lebih  ! . Hahaha . Tapi , insyallah tahun ini , kalau ain kosisten , tidak mustahill boleh sepopular Hanis Zalikha dan Maria Elena . OMG ! i really love them !



Korang kalau ada tips nak tambahkan followers , naikkan pageviews , dan tips blogwalking bagi tahu pada ain yer ! . Okay , itu sahaja untuk hari ini . Assalamualaikum , tak jawab dosa ! Kalau jawab sayang ! *Euww..