126/366: "Daripada Simpan Baju Tak Pakai , Lebih Baik Usaha Sampai Boleh Pakai Dan Muat !"



Assalamualaikum dan hello kepada uolls semua . Hari ini aku rasa happy . Sebab semalam aku tengok lah wardrobe aku . Kan aku pernah cerita yang aku asingkan baju yang tak muat dan baju yang muat . Sampai bila nak simpan baju yang tak muat tuh?

Dan sebelum aku tidur semalam , aku terasa nak cuba beberapa baju aku . OMG ! Baju yang tahun 2012 tuh muat woi . And you know what , baju yang aku beli dekat USS size L Fit tahun 2014 , tak pernah berani aku nak pakai selama ni dan muat ! . Lagi sedikit je cutting badan aku komfom nice lah .

Best nya rasa bila baju yang tak muat , akhirnya kau muat juga pakai . Semuanya usaha aku exercise dan jaga makan . Alhamdulilah . Walaupun masih belum dapat lagi berat idaman , perjuangan misiku kurus mesti diteruskan untuk tampil bergaya pada hari raya nanti . Oh , aku pernah juga share yang Bersenam Itu Memang Tak Best , Tapi 2 Perkara Ini Akan Jadi Lagi Best !



Semua orang nak cantik , semua orang nak rasa dipuji . Tapi bila kita sedar diri kita yang tak kurus , bambam yang tak awesome , kita kenalah make it our life awesome ! The effort tu yang penting daripada tak buat apa apa . 

125/366 : "Perempuan Memang Cerewet Bab Deco Rumah"

Arghh , dapat idea nak buat dekat rumah ni 

Assalamualaikum dan hello kepada semua . Terima kasih sebab sudi singgah ke blog ain ini . I is very the appreciate . Untuk hari ini , aku nak cerita lah yang sebenarnya "Perempuan Memang Cerewet Bab Deco Rumah Kan"

Aku sebagai perempuan memang akuinya . Tapi zaman zaman dulu nak cari design kena beli magazine , hire interior design lah . Zaman sekarang dah mudah kan . Aku suka gila tengok group dekat facebook ini . Ni haa : Deco Rumahku Syurgaku

Well , aku ini dahla tak berapa nak perempuan sangat . Bila cuci mata dalam group ini aku jadi lebih bersemangat nak deco rumah . Ni tunjuk dekat family ini mesti dapat ni . Hahaha . Sebab aku adik beradik semua lelaki . Diorang bukan kisah apa .

Woi , usha dalam group ini lagi best cuci mata dari korang dok usha handbag , kasut , tudung apa semua tuh . Betul lah orang kata , rumah ku syurga ku . Bila rumah cantik dan sedap mata memandang , kita pun jadi macam bestnya duduk rumah aku ni tak payah nak cari kebahagiaan dekat luar . Hahaha . 
lepas ni nak buat label bahan bahan dekat dapur tuh
Oh , dah terlanjur kita bercerita tentang deco rumah ini , aku pernah kongsikan juga 3 Sebab Kenapa Anda Kena Kemas Rumah Pada Hujung Minggu .

cantik kan lampu tuh

So sekarang kita dah tak ada sebab untuk kata , "Rumah aku biasa biasa je , actually kita yang boleh jadikan nya suasana yang luar biasa" . -oh , gambar ini semuanya aku ambil dekat group tuh . Its such inspire me !

124/366 : "Sampai Bila Nak Simpan Baju Yang Tak Muat Tuh ?"

 


Assalamualaikum dan hello kepada semua . Hari ini dah hari ke seratus dua puluh empat kita berada dalam tahun 2016 . Macam mana dengan azam korang yang kononnya panjang berjela tu ? Dah tercapai ? Ingat , kena sentiasa audit dan tengok semula so that kita semua akan berusaha untuk mencapai impian yang kita inginkan .

Untuk hari ini , aku nak share dengan korang terutama gegirl yang asyik komplain je bila lah nak kurus , tapi tak buat apa apa pun ! . Nah , you are so wrong girl ! Komplain dari awal tahun lepas sampai sekarang pun kalau kita tak take action terhadap apa yang kita impikan , it would not give the good result to you ! . 

Aku nak kongsikan dekat korang cara aku get out of this excuses katanya nak kurus , tapi tak buat apa apa ! Weh , jangan pemalas ! Kata nak kurus . Semangat tak ada . Macam mana nak kosisten laksanakannya .

  • Cari Sebab Terkuat Kenapa Kena Buat Sesuatu Untuk Kurus !
Normally , aku faham bila aku cakap pasal fitness dan bab jaga makan , mesti orang tak tak serius . Sebab apa ? Sebab matlamat kita untuk kurus tu tak jelas !. Sebagai yang paling dekat ialah , HARI RAYA DAH TAK LAMA LAGI DAH NI WOI ! Masih tak sedar diri lagi ? Hahaha . Takkan nak biar orang sekeliling yang dah lama tak jumpa cakap "Gemuknya kau sekarang ehk !" . Kan lagi seronok bila dengar orang cakap "Woi , kurus ehk kau sekarang !" . Bukan itu sahaja , aku juga pernah cerita tentang big why ataupaun matlamat yang kuat kenapa kita kena jaga makan dan exercise untuk kurus . Ini 3 Cara Aku Macam mana Nak Kosisten Kuruskan Berat Badan .

  • Sampai Bila Nak Simpan Baju Yang Tak Muat Tuh ?
Okay , kesedaran dan keinsafan aku mula timbul dan sangat bertekad untuk kurus ialah bila satu ketika aku kemas wardrobe aku dan asingkan baju yang muat dan tak muat . Ya ALLAH , banyak rupa baju yang tak muat . Teringin aku nak pakai semula baju yang tak muat tuh . Nah , disebabkan itu lah aku bersungguh nak turunkan berat badan . Alhamdulilah , ada sesetangah baju aku dah cuba pakai dan kembali semula muat . So , korang tanya diri korang , "Sampai bila nak simpan baju yang tak muat tuh ?" . Boleh baca cerita  Dulu Gemuk Sekarang Kurus !


So , aku dah share kan dah pada korang ini , terpulang pada korang sama ada nak membiarkan lemak itu menjadi parasit dalam badan kita atau kita buang dia jauh jauh dalam hidup kita . The choice is yours ! All the best !