132/366: "Pengorbanan Untuk Menjadi Kurus"
Assalamualaikum dan hello kepada semua . Ya ALLAH , hari ni memang terasa nak demam nak badan macam kepenatan . Tapi , cardio workout di petang hari mesti diteruskan demi menguruskan badan .
Aku nak buat pengakuan yang untuk menguruskan berat badan , kita perlukan banyak pengorbanan . Pengorbanan dari segi membuang tabiat buruk . Alhamdulilah , tabiat buruk aku yang dulu suka minum ais dan bertukar kepada minum air suam dah lama sebati dalam hidup aku .Minum air suam Bukan itu sahaja , air masak juga memang sekarang dah jadi bff aku yang mana asyik berkepit je dengan aku kemana aku pergi . Gila Minum Air Masak , Air Masak Is My Bestfriend !
Tambahan pula , dulu aku tak reti langsung makan sayur mentah dan alhamdulilah aku dah memang mengamalkannya sebagai makanan harian aku .Sayur Yang Colorful ! Lemak dan berminyak makanan pun aku dah kurangkan especially kulit ayam . Woi , yang kulit ayam ni tolong jauh kan . Hahahhaa . Effect dia memang cepat gila berat kau naik mencanak . Tentang isu makanan berminyak pula , kalau boleh setiap hari kurangkan lah lebihkan kepada makanan yang easy cook atau pun rebus dan stim ke . Rahsia Memasak Makanan Sihat
Cuma , ada satu je tabiat buruk pemakanan aku ini yang aku memang kena tepis mulai sekarang kalau aku serius nak bergaya dipagi raya . Hahaha .
Tabiat buruk itu ialah , SUKA MAKAN BENDA BERKUAH DAN HIRUP KUAH TUH SAMPAI HABIS DAN LICIN ! .
Hahahaha . Yang ini memang sukar gila dikawal . Tapi , demi size S yang aku memang nak sangat , aku kena juga buang tabiat buruk ini . Aku teringat yang kebanyakkan orang sekeliling aku mesti cakap , "Ain ni mesti suka makan benda berkuah kan ?" . Hahahha . Kantoi ! Insyallah , from now to on ward , memang aku nak buang tabiat ni . Semua ini sebab aku nak kejar impian aku .
So , untuk mencapai apa yang kita nak , macam badan six pack , tabiat buruk dalam pemakanan harian kita ni mesti dicegah dan di buang jauh dalam kehidupan kita .
131/366: "Terpilih Sebagai Blog List MiaLiana"
Assalamualaikum dan hello kepada semua . Alhamdulilah , blog akuainkausiapa terpilih untuk diletakkan sebagai blog list blogger Mia Liana
Rasa terharu pula ialah blogger yang ramai followers tuh . Bukan setakat rasa terharu malah rasa gembira yang teramat . Ain selalu juga join segmen dari kak Mia ni .
Nampaknya , bloglist ini penting juga kan . Insyallah lepas ni ain nak letak lah blog list dekat blog ini . Dulu pernah letak lepastu buang . Insyallah nanti nak letak semula lah . Nanti nak pilih sendiri blog mana . Yang mana blogger yang sudi drop link dekat komen pun insyallah ain akan letakkan dalam bloglist . Keutamaan kepada yang selalu komen dekat blog ain ni . Sebagai tanda penghargaan .
Langgan:
Catatan (Atom)