136/366 : "Ini Untuk Anda Yang Mahu Kaya Raya Di Pagi Raya" (Part 1)



Assalamualaikum dan hello kepada semua . Memandangkan bulan puasa dan seterusnya hari raya dah nak muncul tak lama lagi . Bukan itu sahaja , ramai juga para bloggers yang aku lihat membuat review buffet buka puasa , port untuk buka puasa nanti . Wah , cakap pasal bab makan memang terliur lah aku tengok . Kata orang bila nak tiba musim raya ini , ramai yang nak juga cari duit tepi supaya poket tak lah kosong nanti waktu raya . Aku tertarik untuk kongsi kan 10 Tips Kaya Raya Di Hari Raya hasil perkongsian dari salah seorang mentor yang berjaya iaitu Dr Azizan Osman . Jujurnya , aku sendiri pernah pergi ke program beliau . I see different of me .Syukur , Alhamdulilah .

Makanya , tak salah untuk kongsikan tips ini kepada uolls semua . Mana yang rasa boleh dilaksanakan , sudah pasti dengan izin ALLAH , anda kaya beraya di pagi raya nanti . Hahaha . 





Umum dah tahu yang sekarang lagi lagi meraka yang tinggal di bandar yang mana mereka tak lari dari kesibukan . Bukan itu sahaja , mereka juga memang tak lari dari jem. Bila time berbuka puasa , tak sempat nak masak . Kadang nak pergi bazar ramadhan pun terkejar kejar . Jadi , untuk anda yang ada kepakaran memasak yang boleh membantu mereka masak dalam kuantiti kecil ini boleh lah start dari sekarang memberitahu kepada siapa pelanggan anda .  Lagipun ,sewa tapak bazar sekarang bukannya murah kan . Dan sekarang orang banyak membeli makan secara online . Ini salah satu group delivery yang aku suka tengok . JB Home Food Delivery . Tapi ini untuk yang berada di johor bahru . Start cari group group yang targeted market sebegini . 







Zaman sekarang juga kita seringkali lihat kita suka berbuka secara berjemaah atau pun secara ramai . Jadi , untuk para katerer , bukan musim kahwin pun anda juga boleh kaya raya . Di bulan puasa, ramai orang suka memberi makan atau membuat jamuan berbuka puasa di rumah, masjid atau surau. Kadang-kadang, ramai syarikat katering yang besar telah ditempah lebih awal atau tidak mahu menerima tempahan katering dalam kuantiti yang kecil.
Anda boleh membantu orang ramai yang mahukan perkhidmatan ini dengan menawarkan perkhidmatan katering berskala lebih kecil.

Jika anda memberikan perkhidmatan terbaik untuk mereka, pasti mereka akan menggunakan perkhidmatan anda lagi untuk jamuan Raya mereka nanti.







Ramai orang yang bekerja tidak ada masa atau terlalu letih untuk membersihkan rumah di bulan Ramadhan. Anda boleh bantu mereka dengan menawarkan perkhidmatan membersihkan rumah, tandas, menukar langsir, membersihkan kipas siling dan banyak lagi.


Lagipun, bila hampir dengan Hari Raya, pasti ramai yang mahu rumah mereka kelihatan bersih dan berkilat nanti. 








Baju raya adalah satu perkara wajib bagi kebanyakan orang. Ada yang beli baju yang dah siap dan ada yang menempah dari tukang jahit. Masalahnya, bila dibeli di kedai, ada yang tidak dapat saiz yang sesuai, mungkin terlalu labuh atau terlalu besar. Atau bila dah puasa sebulan, badan mula susut sikit. Pakaian yang dah ditempah awal mungkin dah jadi longgar. 


Untuk anda yang mempunyai kemahiran menjahit atau kenal seseorang yang boleh menjahit, anda boleh menawarkan perkhidmatan ‘altering’ pakaian kepada mereka yang memerlukan. 



Untuk jadikannya lebih unik, anda boleh memberikan perkhidmatan ‘ambil dan hantar’ untuk membantu pelanggan yang tiada masa.







Di musim perayaan, ramai orang mahu menghias rumah mereka. Ada yang suka membeli barang hiasan baru dan buangkan sahaja barang hiasan lama. Anda mungkin boleh beli dari mereka dengan harga murah, lakukan sedikit penambahbaikan dan jual semula secara online atau jualan ‘garage’.


Apa yang anda perlukan ialah pemasaran yang baik. Cadangan ain korang boleh pergi ke "Group Facebook Ini Akan Membuatkan Anda Nak Kemas Dan Hias Rumah Setiap Hari" . Disini lah lubuk mereka yang mencari idea nak menghias rumah . Tapi , jangan menjual ! . Kenal dulu , tak kenal maka tak cinta . GITEWW..


Ada 5 lagi tips yang akan bersambung di entri yang lain . 

135/366 : Kerana Selalu Komen , Ini Untuk Mereka...



Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu kepada uolls semua . Untuk hari ini , aku nak beri special gift even its free . Hahaha . Aku sangat sangat menghargai mereka .


Mereka yang sudi komen dekat blog akuainkausiapa ini . Well ,i is very appreciate uolls semua . Aku berikan hadiah yang istimewa kepada mereka yang tersenarai dalam top commentor aku sepanjang tahun ini . Mungkin aku tak boleh beri kan hadiah yang berbentuk fizikal (barang barang ) tapi dah tersenarai dalam blog list ini juga sebagai satu hadiah juga okay .


Insyallah , setiap bulan yang kehadapan , aku nak update lagi top commentor every month . Dari situ ,  aku boleh tahu lah siapa peminat aku . Gitewww. HAHAHHA . 

So , kalau korang nak tahu siapa yang terpilih dalam blog list aku , boleh lah scroll dekat tepi blog aku tuh haa.. 

Oh , aku masih lagi tak boleh move on dengan cerita "Terpilih Sebagai Blog List MiaLiana .