MEDIA RELEASE: WARNA-WARNI RAMADAN BUFFET AT THE RILEK THE CAFE


JOHOR BAHRU , 26 APRIL 2018 : This Ramadan, treat your family and friends to a 'buka puasa' event with a difference! . Get ready for an exciting "Warna-warni Ramadan" experience here at Rilek the cafe, where you can find your favorite Ramadan delights at a collection of stalls and live cooking stations. Rilek the cafe aims to bring about a delightful and tantalizing Ramadan experience, boasting more than 100 mouth-watering specialities traditional Malay cuisine with a rich display of influences from Chinese, Indian and other ethnic cultures, making it a truly Asian dining experience for all present. Guest can expect and array of famous dishes such as Sup Rawon, Whole Lamb with Briyani Rice, Asam Pedas Bandar Maharani, 'Kong Po' Chicken, Laksa Johor, Udang Masak Lemak Rebung, Otak-otak and many more dishes you could select from the buffet spread and you can also witness our chefs create dishes at live cooking stations for a dining experience.

The Buffet is priced at RM 98 nett per person with an early bird promotion priced at RM78 nett until the 15th May. It is available for dinner only from 17th of May untill the 14th of June 2018. Kids below 4 years old eat for free and kids from 4 to 12 years old will received special rate at RM 40 nett per person for normal rate and RM 34 nett per person for early bird promotion.

If you are staying with us during the Ramadan month, you will be able to have your sahur at Rilek the cafe starting from 4.30am.

Wait no longer! Go ahead and plan your Ramadan gathering with your loved ones today at Rilek the cafe, Swiss-Inn Johor Bahru and share the spirit of the Ramadan Al-Mubarak. For reservations, call 07-2183333 ext 3351 or email to info@sijb.swissgarden.com to book your seats today or log on to www.swissgarden.com to find out more.

Haryati Karim
Marcom Executive
E-mel : haryati.karim@sijb.swissgarden.com

SURPRISE MENJADI ! YEAY!!




Kalau ada yang belum baca blog aku tentang SURPRISE BIRTHDAY TAK JADI , MOHON BACA DULU.



Aku pernah ungkapkan kata-kata itu kepada seseorang , "Johor Bahru dengan Ipoh memang dekat, sebab tu boleh sampai dekat you". Walaupun memang sangat jauh , tapi dunia sekarang semakin maju dan canggih. Dulu, semuanya macam terbatas kan. Semua kena keep waiting. Sekarang dah laju. Pada aku, dah tak ada alasan untuk kita tidak berkomunikasi sesama sendiri.



Back to my story, kali ini suprise aku dah berjaya dan menjadi woi !. Terkejut kawan aku tu. Kali ini memang aku nak make sure surprise tu menjadi. Aku senyap-senyap custom made hadiah di PRINTCIOUS.COM . Sangat mudah prosesnya , semudah ABC lah kata kan. Memandangkan masa wedding dia bulan Mac haritu aku tak bagi hadiah. So, why dont kita suprise kan terus.

Cuba tengok respon dia:




By the way , aku sangat happy dengan respon dia. Well, aku jenis suka tengok orang yang aku sayang tu happy dan perkara itu datang dari effort aku. (Puji diri sendiri sangat kau ni Ain). Hahaha.

Pesanan penaja : Mira la watak yang terlibat dalam entri suprise birthday tak jadi aku tu. Dia la yang tolong deliver kan kek itu. Done disclaimer. Watak yang lain tak boleh bagi tahu nanti semua nak minta payment. Hahaha.

So, korang tunggu apa lagi . Cepat-cepat ke PRINTCIOUS.COM

MEDIA RELEASE: 'BUFET CITRA ALA BAZAR' DI PULAI SPRINGS RESORT BERKONSEPKAN BAZAR



JOHOR BAHRU , 24 APRIL 2018- Nikmati kemeriahan berbuka puasa tahun ini di Pulai Springs Resort yang menawarkan hidangan bufet ramadan bertemakan 'Citra Ala Bazar' yang akan menghidangkan masakan tempatan dan Antarabangsa bermula 19 Mei hingga 13 Jun 2018.

Selaras dengan tema 'Bufet Citra Ala Bazar', lebih kurang 15 bazar termasuk hidangan di luar dan di dalam restoran memudahkan pengunjung untuk memilih makanan kegemaran mereka.

Hidangan 'Bufet Citra Ala Bazar' yang disediakan setiap hari sepanjang bulan Ramadan bermula dari 19 Mei hingga 13 Jun 2018 terdiri daripada hidangan-hidangan yang menyelerakan termasuklah pembuka selera, salad, jeruk, daging, makanan laut, barbeku, pencuci mulut, hidangan-hidangan yang pedas dan panas serta minuman-minuman sejuk dan panas. Konsep masakan dari negara Barat dan Arab juga akan diketengahkan oleh Senior Sous Chef Rusle Ahmad serta pasukan jurumasaknya pada Ramadan tahun ini.

Hidangan dari negeri Kelantan, iaitu kambing kuzi yang dipanggang bersama pilihan herba terbaik dihidangkan bersama Nasi Briyani, Ayam Masak Opor dengan kentang dan terung, Tulang Rusuk Masak Merah, Udang Mentega dengan Daun Kari. Selain itu, hidangan tradisional seperti Kambing Gulai Kawah dan Sup Tulang Merah atau Sup Gear Box akan dihidangkan bersama Roti Perancis dan Sambal Kicap.

Di samping itu, menu-menu makanan tempatan yang akan dihidangkan semasa 'Bufet Citra Ala Bazar' termasuklah Asam Pedas Johor dan Gulai Lemak bersama pilihan Ikan Pari , Ikan Siakap, Ikan Kembung dan Ikan Tenggiri, Laksa Johor, Murtabak, Sate Daging & Ayam. 'Bufet Citra Ala Bazar' juga akan menghidangkan Mee Goreng ala Mamak serta Penang Char Kway Teow yang digoreng secara 'live' di depan tetamu.

Di samping itu, terdapat juga hidangan-hidangan lain seperti Pizza, Roti John, Otak-otak serta hidangan barbeku (BBQ) yang merangkumi Kambing Golek, Kambing Bakar, Kepak Ayam, Sosej, Ikan Caru, Ikan Kembong dan Ikan Pari Bakar yang dihidangkan bersama beberapa pilihan sos pencicah. Tambahan pula, terdapat juga gerai yang menyediakan pelbagai pilihan sos pencicah. Tambahan pula, terdapat juga gerai yang menyediakan pelbagai makanan yang digoreng seperti Pisang Goreng, Keledek Goreng, Popiah Goreng, Durian Goreng, Hati Ayam, Paru Lembu, dan Ginjal Ayam dan dihidangkan bersama sos cili, sambal kicap dan sos Thai.

Bagi penggemar ulam-ulaman, bufet tersebut turut menyajikan pelbagai jenis ulam-ulaman kampung yang dihidangkan dengan pelbagai jenis sambal. Tidak ketinggalan juga, Rojak Petis, Tauhu Sumbat, Jeruk-jeruk Malaysia, Acar Jelantah, Keropok Udang dan Ikan serta pelbagai lagi jenis makanan.

'Bufet Citra Ala Bazar' turut menyediakan aneka pilihan pencuci mulut seperti ABC, cendol, ais krim Malaysia, potongan-potongan buah, aneka jenis kek, teh tarik, kopi tarik, puding, jeli dan minuman popular di Klebang, Melaka iaitu Coconut Shake.

Untuk kemudahan pengunjung, Pulai Springs Resort menyediakan surau untuk solat Maghrib dan Terawih.

Para pelanggan dijemput untuk menikmati kemeriahan hidangan yang disediakan dengan harga RM108 untuk dewasa dan RM54 untuk kanak-kanak. Selain itu, para pengunjung juga akan menerima tawaran eksklusif iaitu  dengan setiap pembelian 9 orang dewasa, percuma seorang (promosi 9+1) . Bukan itu sahaja, malah, pelanggan yang menjamu selera pada minggu pertama bulan Ramadan iaitu daripada 19 Mei hingga 25 Mei 2018 hanya perlu membayar RM85 untuk dewasa dan RM43 untuk kanak-kanak. Sementara itu, bagi pelanggan yang ingin membuat pra-pembelian baucar, pelanggan boleh mendapatkan baucar tersebut dengan harga RM90 untuk dewasa, RM45 untuk kanak-kanak dan nikmati penjimatan sehingga RM18 seorang. Pra-pembelian baucar ini boleh didapati daripada pihak resort bermula 1 April hingga 10 Mei 2018.

Untuk keterangan lanjut dan tempahan, sila hubungi 07-5212121 atau melalui Whatsapp di +6017 7455776 (Pengurus Restoran) atau e-mel enquiry@pulaispring.com . Untuk tempahan korporat atau secara berkumpulan pula, sila hubungi pegawai Pemasaran dan Jualan di talian 07-5554845. Para pelanggan juga boleh layari laman web kami di www.pulaisprings.com

*semua harga termasuk GST

Hubungi:

Charlotte Monterio
Pengurus Komunikasi Pemasaran
Pulai Springs Resort
Tel : 07-5212121
HP : +6012-7561807

Siti Suhaili Bte Md Yusof
Eksekutif Komunikasi Pemasaran
Pulai Springs Resort
Tel : 07-5212121
HP : +6017-7275526