|
Baju kurung tuh lah yang aku pakai kancing kain nya pernah tercabut. Hahaha |
PEREMPUAN TAK PANDAI MENJAHIT
Semalam sambil aku menggosok baju kurung , tetiba aku rasa macam nak pakai baju kurung gais! Sebabnya sayang tengok baju kurung jarang-jarang pakai bila ke mana-mana event. Anyway sambil aku tengah menggosok baju tu, something captured in my mind.
Aku terus senyum sorang-sorang. Gais, aku sebenarnya perempuan yang tak pandai menjahit. Hahaha. Padahal dulu masa sekolah ambil course Ekonomi Rumah Tangga masa subjek Kemahiran Hidup. Oh pembetulan , aku tak nak pun tapi dah kelas aku kena belajar subjek tu, maka hati ini pasrah sahaja. Kenapa tetiba aku nak confess ni?
Sebabnya kain baju kurung yang aku tengah gosok waktu tu dia punya kancing pernah terbukak. Aku rasa tension betul waktu tu. Dah aku memang tak pandai menjahit. Haram aku nak ingat jenis-jenis jahitan yang aku belajar semua tak masuk kepala otak weh. Hahaha. Pastu masa kancing kain ni terbukak, aku cakap dekat abang aku nak mintak dia teman pergi kedai makcik cina tolong jahitkan.
Sudahnya, abang aku yang tolong jahitkan. Hahaha. Yer, dia yang tolong jahitkan. Jenis jahitan apa tu jangan ditanya la. Haram aku tak tahu. Bukan itu sahaja, aku teringat masa belajar subjek ERT kena siapkan jahitan apa kebenda kelim entah. Aku dengan relaks nya meminta bantuan kawan baik aku iaitu Mye.
Siapa dia? Dia la yang muncul dalam cerita
Kisah Seorang Pengawas dan rakan-rakannya. Terima kasih la kepada dia. Mye yang tolong siapkan kerja sekolah tu. Aku ingat sampai sekarang. sebab apa? TAK KANTOI! Tak kantoi langsung dengan cikgu waktu tu. Hahaha. Selepas aku dah mintak tolong Mye , aku belanja la dia sepinggan nasi ayam. Hahaha.
Kelakar pula kalau teringat kisah zaman sekolah ni. Yer, saya masih lagi perempuan yang tak pandai menjahit. Mungkin di satu hari nanti aku mendapat hidayah! Nak belajar menjahit tengok dekat Youtube. Hahaha.
Ceh, jangan nak gelak sangat.. korang tu pandai ke menjahit? Kihkihkihkih.