ICE SKATING DENGAN ANAK JIRAN

johor bahru
Asyira , Fahrina , Farisya

ICE SKATING DENGAN ANAK JIRAN

Erm, cerita ini berlaku sekitar musim cuti sekolah yang lalu. Anak-anak jiran aku selalu lah dok bagi salam "Assalamualaikum Kak Ain". Maaf kan akak Ain kadang bukan kadang tapi dah jarang berkesempatan untuk meluangkan masa bersama mereka. Maafkan Kak Ain yer! (disclaimer : incase you all read this) I'm sure they are going to read my blog. Hahaha.

So, macam mana boleh terlepas sampai ke Ice Skating di Paradigm Mall Johor Bahru? Cerita nya sepatutnya diorang nak ke Karnival Jland sebabnya ada hot balloon yang diadakan di Bandar Dato Onn. Malangnya, kami pergi pun pada hari terakhir. So banyak aktiviti dah tak ada.
bandar baru uda
Pandai diorang bagi surat cinta dekat Kak Ain ehk
Dah nama pun berjalan dengan budak sekolah, dengan panasnya lagi terus kitorang masuk ke AEON JUSCO Bandar Dato Onn. Pusing-pusing macam tak ada apa dan aku terfikir tak kan la nak terus balik ke rumah. Lantas yang bermain di fikiran aku ialah Paradigm Mall Johor Bahru. Ini kerana tempat tu je la interesting dan full of entertainment bagi kanak-kanak. Ceh, aku pun sebenarnya memang paling suka pergi ke sini. Hahaha.

Sampai je kami terus ke Pizza Hut dulu mencekik. Sebab kak Ain diorang ni tak makan apa lagi waktu tu. Kitorang order set yang siap ada aiskrim. Set tu memang lengkap untuk semua orang merasa. Alhamdulilah, memang kenyang!
paradigm mall johor bahru
Play time..

paradigm mall johor bahru

paradigm mall johor bahru
Nampak diorang dah pandai balance kan badan
Lepastu, apalagi Ice Skating lah. Mula-mula tengok harga mak oi, fikir dua tiga kali juga. Diorang memang bawa duit sendiri. Mahal sedikit sebab school holiday kan. Dah masuk dan tolong bayarkan di kaunter, maka nya its time for them to enjoy their day! Mula-mula diorang hampir give up sebab tak dapat balance kan badan. Asyik terjatuh je dan bermain di tepi je.

Lama-kelamaan diorang dah semakin berani ke tengah. Walaupun jatuh banyak kali, tapi semangat diorang yang tak pernah give up tu harus dipuji! Berapa jam ehk diorang lepas geram? Berjam-jam juga tu. Hahaha.
johor bahru
Farisya!

johor bahru
Syira

So far memang nampak diorang enjoy sampai nak ajak Kak Ain teman lagi kesini keesokkan harinya.*Tepuk dahi! Hahaha.

PEREMPUAN TAK PANDAI MENJAHIT

Baju kurung tuh lah yang aku pakai kancing kain nya pernah tercabut. Hahaha

PEREMPUAN TAK PANDAI MENJAHIT

Semalam sambil aku menggosok baju kurung , tetiba aku rasa macam nak pakai baju kurung gais! Sebabnya sayang tengok baju kurung jarang-jarang pakai bila ke mana-mana event. Anyway sambil aku tengah menggosok baju tu, something captured in my mind.

Aku terus senyum sorang-sorang. Gais, aku sebenarnya perempuan yang tak pandai menjahit. Hahaha. Padahal dulu masa sekolah ambil course Ekonomi Rumah Tangga masa subjek Kemahiran Hidup. Oh pembetulan , aku tak nak pun tapi dah kelas aku kena belajar subjek tu, maka hati ini pasrah sahaja. Kenapa tetiba aku nak confess ni?

Sebabnya kain baju kurung yang aku tengah gosok waktu tu dia punya kancing pernah terbukak. Aku rasa tension betul waktu tu. Dah aku memang tak pandai menjahit. Haram aku nak ingat jenis-jenis jahitan yang aku belajar semua tak masuk kepala otak weh. Hahaha. Pastu masa kancing kain ni terbukak, aku cakap dekat abang aku nak mintak dia teman pergi kedai makcik cina tolong jahitkan.
Sudahnya, abang aku yang tolong jahitkan. Hahaha. Yer, dia yang tolong jahitkan. Jenis jahitan apa tu jangan ditanya la. Haram aku tak tahu. Bukan itu sahaja, aku teringat masa belajar subjek ERT kena siapkan jahitan apa kebenda kelim entah. Aku dengan relaks nya meminta bantuan kawan baik aku iaitu Mye.

Siapa dia? Dia la yang muncul dalam cerita Kisah Seorang Pengawas dan rakan-rakannya. Terima kasih la kepada dia. Mye yang tolong siapkan kerja sekolah tu. Aku ingat sampai sekarang. sebab apa? TAK KANTOI! Tak kantoi langsung dengan cikgu waktu tu. Hahaha. Selepas aku dah mintak tolong Mye , aku belanja la dia sepinggan nasi ayam. Hahaha. 

Kelakar pula kalau teringat kisah zaman sekolah ni. Yer, saya masih lagi perempuan yang tak pandai menjahit. Mungkin di satu hari nanti aku mendapat hidayah! Nak belajar menjahit tengok dekat Youtube. Hahaha. 

Ceh, jangan nak gelak sangat.. korang tu pandai ke menjahit? Kihkihkihkih.