Asyira , Fahrina , Farisya |
ICE SKATING DENGAN ANAK JIRAN
Erm, cerita ini berlaku sekitar musim cuti sekolah yang lalu. Anak-anak jiran aku selalu lah dok bagi salam "Assalamualaikum Kak Ain". Maaf kan akak Ain kadang bukan kadang tapi dah jarang berkesempatan untuk meluangkan masa bersama mereka. Maafkan Kak Ain yer! (disclaimer : incase you all read this) I'm sure they are going to read my blog. Hahaha.
So, macam mana boleh terlepas sampai ke Ice Skating di Paradigm Mall Johor Bahru? Cerita nya sepatutnya diorang nak ke Karnival Jland sebabnya ada hot balloon yang diadakan di Bandar Dato Onn. Malangnya, kami pergi pun pada hari terakhir. So banyak aktiviti dah tak ada.
Pandai diorang bagi surat cinta dekat Kak Ain ehk |
Dah nama pun berjalan dengan budak sekolah, dengan panasnya lagi terus kitorang masuk ke AEON JUSCO Bandar Dato Onn. Pusing-pusing macam tak ada apa dan aku terfikir tak kan la nak terus balik ke rumah. Lantas yang bermain di fikiran aku ialah Paradigm Mall Johor Bahru. Ini kerana tempat tu je la interesting dan full of entertainment bagi kanak-kanak. Ceh, aku pun sebenarnya memang paling suka pergi ke sini. Hahaha.
Sampai je kami terus ke Pizza Hut dulu mencekik. Sebab kak Ain diorang ni tak makan apa lagi waktu tu. Kitorang order set yang siap ada aiskrim. Set tu memang lengkap untuk semua orang merasa. Alhamdulilah, memang kenyang!
Play time.. |
Nampak diorang dah pandai balance kan badan |
Lepastu, apalagi Ice Skating lah. Mula-mula tengok harga mak oi, fikir dua tiga kali juga. Diorang memang bawa duit sendiri. Mahal sedikit sebab school holiday kan. Dah masuk dan tolong bayarkan di kaunter, maka nya its time for them to enjoy their day! Mula-mula diorang hampir give up sebab tak dapat balance kan badan. Asyik terjatuh je dan bermain di tepi je.
Lama-kelamaan diorang dah semakin berani ke tengah. Walaupun jatuh banyak kali, tapi semangat diorang yang tak pernah give up tu harus dipuji! Berapa jam ehk diorang lepas geram? Berjam-jam juga tu. Hahaha.
Farisya! |
Syira |
So far memang nampak diorang enjoy sampai nak ajak Kak Ain teman lagi kesini keesokkan harinya.*Tepuk dahi! Hahaha.