KERANA LAGU HARAM..


KERANA LAGU HARAM..

Aku tak pernah suka lagu ni. Iya, aku memang minat dekat Hael Husaini. Nak tahu kenapa aku tetiba rasa lagu ini something? Bila aku hayati lirik nya. Peh , seorang Farahain rupanya boleh tahan jiwang terlebih seh! HAHAHA. Aku jadi rasa lagu ni something bila aku terdengar seseorang play lagu ni. Lalu aku pernah react dekat story dia. "OMG , lagu hael". Tetiba aku terasa nak fikir eh kenapa dia play lagu ni ehk? Terus aku search Youtube dan dengar betul sambil baca liriknya betul-betul.

Eh, gila lah lagu ni memang mendalam betul lirik dia. Aku paling suka pada bahagian :

  Dan benar benar benar kali ini
Memilih kamu
Mencintai aku
Rahsiakan cinta ini
Biar tersimpan hingga sampai akhir nanti
Oh biar rasa ini
Tersimpan hanya untuk aku
Kamu saja tahu
Oh biar rasa ini
Hanya sekadar engkau tahu
Aku ada bila perlu
Kita saja tahu
Eh apasal tetiba aku rasa sesuatu sangat ehk? Ke aku yang syok sendiri. Arggh , suka hati la. Terima kasih sebab dia, aku jatuh cinta pada lagu ni. Hahaha. Pada lagu sahaja ye. Sekian! Aku rasa dia tahu blog aku. In case YOU read this , READ my favourite part of this song. Kbye!

REHAT DARI SOSIAL MEDIA

akuainkausiapa.blogspot.com
You may see I smile , you may see I laugh..But..

REHAT DARI SOSIAL MEDIA

Aku ambil keputusan ini. I’m taking a break! Selepas aku settlekan semua media invitation dan media release, aku nak berehat kejap dari sosial media. Cuma di blog ini aku tak pasti. Kalau ada rasa nak menulis, pasti diluahkan disini. 

Kenapa nak rehat?

 Jawapannya aku nak kurangkan perasaan sibuk mengambil tahu “story” orang. Yes, memang aku gunakan sosial media untuk berinteraksi dengan kawan-kawan. “Story” itu lah dijadikan topik perbualan. Best memang best! Yela, kita lebih senang nak keep in touch dengan orang. Terus hari-hari makin jadi lebih rapat. Memang sangat bagus kalau digunakan dengan betul terutamanya kalau kita tengah nak “gain attention”

Gain attention atau bahasa melayu pasar nya ialah “mencapub” iaitu mencari publisiti. Yes, memang bagus! Aku ni kalau bab-bab mencapub, paling pro! Hahaha. Tanya jela kawan-kawan yang rapat dengan aku. Tapi, di sudut hati aku ni tersimpan satu perasaan. Perasaan “being special”.

Ada “story” tak perlu kita nak public kan. Tak perlu kita mute atau hide pada sesetengah orang, cukup hanya kita sahaja yang rasa. Tak perlu kita nak pegang telefon dan record kan nya. So, this time around, aku nak berehat kejap dari Facebook, Twitter , Instagram. Hanya buka Youtube mungkin. Hahaha. Sebab aku jenis macam tu, tak tengok tv. TV aku adalah Youtube. Well, aku google Generation (tiber padahal kau dah nak masuk 28 tahun). Whatsapp only perkara yang penting sahaja. Tengok la bila aku rasa aku dah okay , aku ON!

I'm not give up! i'm just taking a break and that doesn't mean i'm quit! 

So, i’m taking a break! 
If they like you, they will find you! (pinjam tagline Sis Lin kejap)


Love, 
Ain 🦋

BAHAGIA ITU DI HATI

I wish to have this dekat rumah ,"when the breeze arrives,and the chimes ring,just close your eyes and start wishing"

BAHAGIA ITU DI HATI

Aku mendapat kiriman Whatsapp dari Sis Lin , 
“Bahagia itu wujudnya dalam hati.  Apabila kita mencari bahagia di luar maka jadilah kita orang yang bersifat keluh kesah.  Ingat, bahagia itu di hati..

Marilah kita memilih untuk bahagia hari ini.  Orang boleh ambil harta kita, duit kita, barang kita, orang kesayangan kita, jawatan kita.  Tetapi dia tidak boleh ambil bahagia dari hati kita.”

Aku nangis! Aku terdiam. “Bahagia itu dihati” Kenapa tuhan beri kita hati? Untuk menilai dan merasai kebaikan atau keburukan. Aku rasa “something is not right” with myself.   Mungkin banyak sangat hati ni dah terasa, dah terluka. Sebab itu ayat tu sangat bermakna. 

“.... Tetapi dia tidak boleh ambil bahagia dari hati kita.” Aku tanya hati aku sendiri? Kau bahagia ke? Hmmm.. Hati aku je yang ada jawapannya. ❤